Thursday, March 12, 2020
Kek Buah Kukus
Saturday, September 21, 2019
Anugerah Sasterawan Negara 2019
Catatan:
Anugerah Sastera Negara diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada
sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan
cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air
melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang
bermutu tinggi.
Maszlee berkata Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 September ini di Kuala Lumpur.
Siti Zainon, 69, ialah anak kelahiran Gombak, Kuala Lumpur dan pernah menghasilkan karya novel (tiga); kumpulan cerpen (10); kumpulan puisi (25); antologi cerpen (tujuh) dan antologi puisi (lima).
Selain itu, Siti Zainon turut menghasilkan 18 kajian ilmiah (buku); esei kajian dalam buku - bab (21) dan esei dalam monograf, jurnal, dokumentasi serta majalah-katalog (21).
Siti Zainon juga pernah menerima pengiktirafan dalam negara dan antarabangsa, termasuk SEA Write Award (1989) dan Tokoh Anugerah Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) - Anugerah Tokoh Seni Budaya 2015.
Dalam pada itu, Maszlee berkata pemilihan Siti Zainon sebagai penerima anugerah itu berdasarkan pandangan dan nasihat daripada panel penilaian pemilihan, termasuk daripada sasterawan negara yang terdahulu.
Friday, September 13, 2019
Kek Kukus Strawberi
KEK KUKUS STRAWBERI
Bahan A
4 biji telur
120g gula kastor
1 sudu kecil ovalet
Bahan B (diayak)
100g tepung serbaguna
1 sudu kecil serbuk penaik
⅛ sudu kecil garam
30g susu tepung
Bahan C
100g mentega (dicairkan)
3 sudu besar susu pekat
2-3 sudu besar emulco strawberi
pewarna merah secukupnya
Bahan Aising Mentega (hiasan)
1 cawan mentega (dibiar lembut)
1 - 1-1/4 cawan gula aising (diayak)
1 sudu besar susu segar,
strawberi (dihiris nipis) dan daun pudina
Cara
1. Pukul Bahan-bahan A sehingga kembang. Kaup balik Bahan-bahan B kedalam adunan dengan perlahan.
2. Masukkan sedikit demi sedikit mentega dan susu pekat. Bahagikan menjadi 3.
3. Tambah emulco dan pewarna merah ke dalam bahagian pertama. Campurkanbaki emulco dan sedikit pewarna merah ke dalam bahagian kedua. Bahagianpertama lebih terang daripada bahagian kedua.
4. Ratakan bahagian pertama ke dalam loyang yang dilengser. Kukus selama13-15 minit. Ratakan bahagian kedua dan kukus lagi 13 minit. Kukus lapisanbiasa pula selama 20 minit.
Untuk Aising Mentega:
Pukul mentega dan separuh gula sehingga sebati.Kemudian masukkan baki gula dan susu secukupnya, pukul sehingga gebu.Susunkan strawberi dan daun pudina.
Dipetik daripada buku: Manisan Kukus Barat Memikat
Dijual di Popular Book Stores atau pesan online di popular.com
Wednesday, May 15, 2019
Pau Kacang
PAU
Friday, May 10, 2019
Cara Khusyuk Solat
" Rasulullah pernah berpesan yang diriwayatkan Ahmad mengenai masalah ini, 'Jika kentut, pastikan telinga kita mendengar suara dan mencium baunya. Jika tidak, bererti itu pekerjaan Khanzab. Kalau teringat urusan di luar solat, itu juga perbuatan dia."
Cara melawan Khanzab ini, sebenarnya cukup mudah. Semuanya dilakukan sebelum mengerjakan solat.
Dianjurkan Pahami Setiap Bacaan Sholat
Setelah melakukan itu semua, baru memulai solat. Ustaz Alif juga menganjurkan untuk memahami setiap bacaan dalam solat sehingga menambah khusyuk."Cuba fahami maksud ayat-ayat dalam bacaan solat. Apa ertinya Surah Al-Fatihah, bacaan rukuk, iqtidal, sujud dan lain-lain," katanya. "Jadi,sambil membaca bacaan solat, kita juga harus faham ertinya. Bukan hanya dibaca atau dihafalkan saja.
"Silakan cuba cara ini. Lihat siapa yang menang, kita atau syaitan?"
Insyaa Allah.
(Sumber: siakapkeli.my)
Monday, May 6, 2019
Dapur With Love
Friday, October 19, 2018
Bridge Near Neuschwanstein Castle
Neuschwanstein Castle, Southern Bavarian, Germany is a 19th-century Romanesque Revival palace on a rugged hill above the village of Hohenschwangau near Fussen. The palace was commissioned by King Ludwig II of Bavaria as a retreat and in honour of Richard Wagner. Ludwig paid for the palace out of his personal fortune and by means of extensive borrowing, rather than Bavarian public funds. The castle was intended as a home for the King, until he died in 1886. It was open to the public shortly after his death. Since then more than 61 million people have visited Neuschwanstein Castle. More than 1.3 million people visit annually, with as many as 6,000 per day in the summer.
Sunday, August 26, 2018
Duta Vesawit
Thursday, April 13, 2017
7 New Cartergate Street
Saya berjalan kaki ke kolej (macam masa student) meskipun cuaca dingin bulan April 2017. Dari kolej, naik bas pula ke bandar Grimsby. Kawasan shopping telah berbumbung, begitu juga pasar lebih teratur dan kemas berbanding dulu.
Kawasan depan New Cartergate Street ini dulunya tempat letak kereta. Kini sudah ada jalan raya merentanginya. Nostalgia sungguh apabila teringat zaman student dulu yg penuh dengan memori pahit dan manis.
Semoga ada rezeki untuk ke sana lagi satu hari nanti, insyaa Allah.
Sunday, September 13, 2015
Ulam Kasih Sambal Cinta
Saturday, September 6, 2014
Bake n Sell
Saturday, August 30, 2014
Pesta Makanan di Putrajaya
Saya telah berpeluang bertemu dengan chef-chef terkemuka, Datuk Chef Wan, Chef Florence dan Chef Kamarul di even masakan di Putrajaya sempena Bulan Kemerdekaan. Saya juga menjual buku-buku masakan di salah sebuah reruai di sana. Turut dijual adalah produk-produk pes, makanan keluaran pelbagai syarikat dan makanan ringan / jajan.
Semoga ada lagi peluang begini supaya pakar-pakar masakan dapat berjumpa dan bertuka-tukar fikiran tentang dunia kulinari di Malaysia, khususnya. Di event itu juga, Datuk Chef Wan telah mengadakan demo masakan dan mencuit hati penonton dengan pelbagai kisah menariknya sepanjang menjadi chef.
Sunday, November 15, 2009
Bekal Ke Sekolah
Membawa bekalan ke sekolah mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan kerana masakan itu disediakan oleh ibu sendiri. Bukankah air tangan ibu penting dalam mendidik anak-anak yang akan patuh dan membalas kasih sayang yang ditunjukkan? Biarpun hanya dua keping roti bersapu mentega/majerin dengan taburan gula, jem atau serikaya, ia lambang sebuah kesinambungan antara anak, ibu dan keluarga secara keseluruhan.
Tentu sekali bagi ibu-ibu surirumah sepenuh masa, tiada masalah kerana mereka tidak perlu bergegas ke pejabat. Bekalan yang lazimnya dibawa selain sandwich adalah nasi atau mi serta mihun goreng. Dengan campuran udang atau ayam dan sayur lain, ia hidangan yang sempurna. Jika anda menyediakan semua bahan asas terlebih dulu - kisar bawang, potong sayur dll - masa menggoreng tidak sampai 15 minit.
Apa yang paling penting bila menyediakan bekalan anak ke sekolah?
* mudah - tidak rumit untuk dibuat (jimat masa)
* murah - menggunakan bahan asas yang mudah diperolehi (jimat wang)
* seimbang - mengandungi karbohidrat, protin dan zat lainnya
Sumber karbohidrat selain roti putih atau wholemeal (gandum tulen) ialah roti pita, croissant, ban. Sandwich yang biasa selain sardin atau tuna, ialah telur rebus yang dicampur mayonis dan thousand island dressing atau telur scramble.
Untuk kelainan, belah 2 roti pita dan sumbatkan dengan isian yang disukai oleh anak-anak. Jangan lupa salad, timun atau tomato untuk zat tambahan. Jika membuat nugget atau sosej goreng, pastikan ada mafin lobak atau roti dengan keju serta buah (epal, oren, pisang) yang mampu memberi diet seimbang untuk anak anda. Sekiranya anak hanya suka makan telur dan ayam, misalnya, ciptakan kelainan.
Contohnya, bila membuat telur dadar, campurkan dengan sedikit parutan kentang atau pasta rebus (karbohidrat memberi tenaga). Selain digoreng, ayam boleh direbus, dikukus atau dibakar. Jangan putus asa memperkenalkan makanan lain dalam jumlah yang sedikit pada mulanya. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak memang sukar tetapi keadaan ini selalunya berubah bila mereka meningkat dewasa.
Pastikan juga bekas makanan dan minuman menarik supaya anak-anak gembira membawanya ke sekolah. Jika anak suka berkongsi makanan dengan rakan-rakan, apa salahnya memberi dia bekalan yang lebih? Andaikata anak anda memberi bekalannya pada kucing pada waktu rehat, beritahu dia betapa penting makanan tersebut untuk dirinya sendiri.
Sikap penyayang baik tetapi harus kena pada tempatnya. Ajak anak-anak ke dapur untuk membuat brownies, biskut dll yang boleh dibawa sebagai bekalan. Ini akan menyemaikan rasa tanggungjawab di samping dapat memupuk semangat yang baik. Tidak salah memberi duit tetapi haruslah menggalakkan dia menabung dan berjimat cermat.
Elakkan dari membeli jajan yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan pengawet serta pewarna tiruan. Ajar anak-anak dengan cara yang berhemah dan lembut supaya mereka tahu bahawa perhatian yang anda tunjukkan adalah demi kasih sayang pada mereka.
Wednesday, September 9, 2009
NAMA SYAITAN dalam SURAH AL-FATIHAH
Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN, hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Tuesday, March 3, 2009
Warkah Cinta
1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ? Masa umur 19 tahun
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ? Tiada - hanya kata-kata puitis yg menyentuh jiwa.
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ? Tiada - siapa yg mampu, ada kertas wangi, beb.
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ? Ada beberapa helai, tak semua.
5 - Ada disertakan gambar ? Tiada - klise sangatlah.
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ? Tidak - dah koyak setem buat collection.
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ? Simpan buat kenangan (untuk Muzium Cinta ker…?)
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ? 10 November 1982
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ? Anak, masa mula-mula posmen hantar, emak baca dulu...huhu!
10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ? Bergantung pada siapa yang menghantarnya, dan betapa taksub anda mencintainya...fuhh!
Tuesday, February 24, 2009
Novel 'Cuma Dia'
Hampir 70 jam selepas menghabiskan novel, rasa rindu pada Dalila, Iqbal, Nina, Farish, Mimi, Ikhwan, Jenny Tan dan Meor Hassan begitu menebal. Tiada dapat lagi menghitung hari bersama mereka, makan di restoran atau kafe yang mereka gemari, melihat pemandangan cantik dan melalui malam-malam yang menggamit kenangan terindah...
Mungkin perasaan begini juga 'terpaksa' ditempuhi oleh ramai novelis di luar sana kerana watak-watak 'ciptaan' di dalam novel telah menjadi sebahagian daripada diri sendiri. Novelis sama-sama mengecapi pengalaman yang dilalui oleh watak dan penuh dengan rasa kasih, benci, sayang, rindu atau bosan. Malah novelis menyelami setiap kegembiraan, kesedihan, kemurungan atau keseronokan watak.
Perjalanan watak yang penuh intrigue, adventure dan suspens membuat novelis gementar dan jiwa sama-sama dihambat perasaan sedemikian. Bayangkan setiap hari selama hampir tiga bulan, menganyam rasa dan membuai naluri bersama mereka. Sebagai novelis, sepanjang masa menulis novel, mampu 'masuk' ke dunia imaginasi cum realiti kerana sesebuah novel merupakan extension kepada apa yang tersirat di dalam diri (atau apa yang didengari, hehe..!!).
Saya kagum dengan novelis yang mampu menulis tiga buah novel sekaligus. Saya ibaratkan minda seperti mempunyai tiga buah bilik. Bila menggarap novel pertama, masuk ke minda 'bilik A'. Seterusnya, tutup pintu dan masuk ke minda 'bilik B' untuk novel kedua. Nampak sukar tetapi semuanya bergantung pada semangat dan sejauh mana seseorang novelis ingin mencabar dirinya sendiri...
Peristiwa Pilu 11 April 2021
Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...
















