Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Thursday, April 15, 2021

Peristiwa Pilu 11 April 2021

    Assalamualaikum sahabat,

Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ). Menantu yg dikasihi, Muhamad Fadhil b Hasanudin telah dijemput Ilahi pada 11 April 2021 pada usia 30 tahun kerana kemalangan motosikal. Arwah Fadhil meninggalkan isterinya, Nazifa Aqillah anak bongsu saya yg sedang hamil 7 bulan.
Sesungguhnya, dgn rasa hiba yg sukar diungkapkan, kami meredhai pemergiannya. Allahumma Ya Affuw, ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa dan kekhilafan arwah Muhamad Fadhil bin Hasanudin. Terimalah, redhailah segala amalan-amalannya.
Arwah seorang menantu yg amat baik meskipun saya cuma sempat mengenalinya hanya 1 tahun 4 bulan. Ya Allah, rindunya suara dia bila jadi imam solat jemaah famili, gelaknya bila bergurau dengan anak saudaranya, suka cucur udang yg saya masak, rajin basuh pinggan mangkuk lepas makan, senyumannya yg ceria, sentiasa membantu ...
Fadhil, mak dan keluarga akan menjaga isteri & anakmu yg bakal lahir dgn penuh kasih sayang. Terima kasih ya Allah, ya Syakur, ya Hamid atas pinjaman sementara hambaMu ini kepada kami. Kami berdoa agar dipertemukan semula dengan arwah di syurga FirdausMu yang abadi. Aamiin Ya Rabb.
Allahumma Ya Fattah, Ya Razzaq, Ya Wasiq, kurniakan & lapangkanlah kubur arwah dengan taman-taman syurgaMu, permudahkanlah segala urusannya di alam barzakh, hanya kepadaMu ya Allah kami berserah & panjatkan segala doa.
Terima kasih buat semua yg mendoakan agar kami terus kuat dan tabah.




Tuesday, September 8, 2020

Soal Jawab al-Quran

 

JANGAN MENGELUH ……….. Kita selalu Bertanya… dan Al-Quran sudah menjawabnya… KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?  

QURAN MENJAWAB ‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (’I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.’- Surah Al-Ankabut ayat 2-3  

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

QURAN MENJAWAB ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’- Surah Al-Baqarah ayat 216  

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  

QURAN MENJAWAB ‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.‘ - Surah Al-Baqarah ayat 286  

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA? 

QURAN MENJAWAB ‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.’ - Surah Al-Imran ayat 139  

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).‘ 

KITA BERTANYA : APAKAH JALAN TERBAIK UNTUK MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB ‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’ - Surah Al-Baqarah ayat 45  

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 

QURAN MENJAWAB ‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111  

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘ - Surah At-Taubah ayat 129  

KITA BERKATA : AKU HAMPIR BERPUTUS ASA!!!  

QURAN MENJAWAB‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’ - Surah Yusuf ayat 12

Friday, May 10, 2019

Cara Khusyuk Solat

"Ketika kita sholat, akan ada Iblis bernama Khanzab. Dia ini kerjanya memang mengganggu orang solat. Kita akan mengingat hal-hal yang tidak penting atau lupa rakaat. Dia juga akan membawa keraguan apakah kita kentut atau tidak," tulis Ustaz Alif Omar.

" Rasulullah pernah berpesan yang diriwayatkan Ahmad mengenai masalah ini, 'Jika kentut, pastikan telinga kita mendengar suara dan mencium baunya. Jika tidak, bererti itu pekerjaan Khanzab. Kalau teringat urusan di luar solat, itu juga perbuatan dia."

Cara melawan Khanzab ini, sebenarnya cukup mudah. Semuanya dilakukan sebelum mengerjakan solat.

"Pertama, baca ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim), setelah itu ludah tiga kali ke kiri. Syarat saja meludahnya, jangan dengan air-airnya. Kemudian baca Ayat Kursi sebanyak satu kali. Disambung dengan membaca Surag An-Nas juga satu kali," kata Ustaz Alif.

Dianjurkan Pahami Setiap Bacaan Sholat

Setelah melakukan itu semua, baru memulai solat. Ustaz Alif juga menganjurkan untuk memahami setiap bacaan dalam solat sehingga menambah khusyuk.

"Cuba fahami maksud ayat-ayat dalam bacaan solat. Apa ertinya Surah Al-Fatihah, bacaan rukuk, iqtidal, sujud dan lain-lain," katanya. "Jadi,sambil membaca bacaan solat, kita juga harus faham ertinya. Bukan hanya dibaca atau dihafalkan saja.

"Silakan cuba cara ini. Lihat siapa yang menang, kita atau syaitan?"

Insyaa Allah.

(Sumber: siakapkeli.my)


 

Wednesday, September 9, 2009

NAMA SYAITAN dalam SURAH AL-FATIHAH

 

Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. 

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 

2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 

3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 

4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 

5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! 

7) SIROTHOLLAZI........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 

8) AMIN, hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Tuesday, March 3, 2009

Warkah Cinta

 

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ? Masa umur 19 tahun
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ? Tiada - hanya kata-kata puitis yg menyentuh jiwa.
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ? Tiada - siapa yg mampu, ada kertas wangi, beb.
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ? Ada beberapa helai, tak semua.
5 - Ada disertakan gambar ? Tiada - klise sangatlah.
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ? Tidak - dah koyak setem buat collection.
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ? Simpan buat kenangan (untuk Muzium Cinta ker…?)
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ? 10 November 1982
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ? Anak, masa mula-mula posmen hantar, emak baca dulu...huhu!
10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ? Bergantung pada siapa yang menghantarnya, dan betapa taksub anda mencintainya...fuhh!

Sunday, October 26, 2008

Rakan Klinik Kesihatan Dong, Raub.









Foto tahun 1969. Saya di Standard One, Methodist Girls' School, Raub, Pahang. Uniform blaus putih dengan skirt dan tali leher merah. Waktu itu kami sekeluarga tinggal di Pusat Kesihatan Dong yg terletak kira-kira 9 batu dari Raub. Ia juga menempatkan klinik untuk rawatan pesakit luar. 

Di situlah penduduk kampung mendapatkan rawatan pergigian, ibu2 mengandung, suntikan pelalian dan seumpamanya. Di mana agaknya rakan2 saya yg tiga orang lagi tu? Masihkah mereka mengingati saya, agaknya? Saban tengah hari kami menunggu bas sekolah yg berwarna hitam-putih. 

Foto ini diambil oleh ayahanda saya pada satu hari yg panas terik (tengoklah muka saya berkerut...!) Malangnya persahabatan kami tidak lama (walaupun tinggal di berek yg sama). Berek adalah kuarters khas untuk kakitangan kerajaan yg bekerja di situ. Pegawai yg lebih tinggi pangkatnya akan tinggal di rumah berkembar dua. 

Manakala doktor pula di rumah banglo lengkap dengan orang gaji dan tukang kebun. Masa ni pula, ramai doktor dari Korea yg berkhidmat di pusat2 kesihatan seumpama ini. Yg paling boring, doktor tu memelihara anjing. Kadangkala anjing itu terlepas dari kurungan dan mengejar kami yg bermain di persekitaran. Pengalaman ngeri, woo, dikejar anjing...!

Barrack Friends

Foto tahun 1969. Saya di Standard One, Methodist Girls' School, Raub, Pahang. Uniform blaus putih dengan skirt dan tali leher merah. Waktu itu kami sekeluarga tinggal di Pusat Kesihatan Dong yg terletak kira-kira 9 batu dari Raub. Ia juga menempatkan klinik untuk rawatan pesakit luar. Di situlah penduduk kampung mendapatkan rawatan pergigian, ibu2 mengandung, suntikan pelalian dan seumpamanya.

Di mana agaknya rakan2 saya yg tiga orang lagi tu? Masihkah mereka mengingati saya, agaknya? Saban tengah hari kami menunggu bas sekolah yg berwarna hitam-putih. Foto ini diambil oleh ayahanda saya pada satu hari yg panas terik (tengoklah muka saya berkerut...!)

Malangnya persahabatan kami tidak lama (walaupun tinggal di berek yg sama). Berek adalah kuarters khas untuk kakitangan kerajaan yg bekerja di situ. Pegawai yg lebih tinggi pangkatnya akan tinggal di rumah berkembar dua. Manakala doktor pula di rumah banglo lengkap dengan orang gaji dan tukang kebun. 

Masa ni pula, ramai doktor dari Korea yg berkhidmat di pusat2 kesihatan seumpama ini. Yg paling boring, doktor tu memelihara anjing. Kadangkala anjing itu terlepas dari kurungan dan mengejar kami yg bermain di persekitaran. Pengalaman ngeri, woo, dikejar anjing...!


 

Friday, October 17, 2008

Polo The 3rd Cat

Inilah kucing yg sudah tinggal bersama kami sejak 2 bulan lalu. Usianya hampir 4 bulan kini. Mulanya ia dipelihara oleh umi-e (3 ekor). Oleh kerana umi-e sedang mencari sesiapa yg sudi untuk memberikan tempat tinggal dan kasih-sayang pada kucing itu, shali sudi mengambil dua ekor. 

Seminggu kemudian shali menyerahkan kepada kami seekor. Nama kucing shali ialah Solo. Kami pula menamakan kucing di sebelah ini, Polo. Polo sangat suka bermain (typical young boys, hehe). Ia akan mengejar kaki kita dan menggigit manja tumit. Ia sangat manja dengan Nazurah & Aqilah. 

Kadangkala tidur pun di atas perut Aqilah, anak bongsu saya. Kalau dengan NY, ia gemar memegang hujung seluar dan tak lepaskan walau dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Kami ketawa melihat gelagatnya. Kata NY, "Tengok nii! Polo berlagak macam mintak ampun..." 

Balik ke Perlis raya yg lepas, Polo ikut sekali. Dalam kereta sepanjang 7 jam perjalanan, ia hanya makan dan tidur saja. Memang mudah menjaganya. Di kampung, ia berlari ke sana dan ke mari kerana halaman yg begitu luas. Dan kesukaannya ialah bermain karom! 

Setiap kali bunyi seseorang menjentik buah karom, Polo akan datang biar pun ia sedang makan... Selalunya ia berjaya menolak sebiji-dua buah karom ke dalam lubangnya! Memang Polo menceriakan keluarga kami...  

Thanks, umi-e & shali. Inilah kucing ke-3 yg kami pelihara setelah Quedo (mati sakit) dan Kittywit (jadi terlalu hiperaktif & ganas menggigit aje kerjanya; jadi terpaksa dilepaskan...).  

 

Thursday, October 9, 2008

Bertemu Ezry

Kepulangan saya ke kampung mertua di Perlis begitu bermakna pada Syawal tahun ini. Saya bertemu Ezry (budak lelaki di dalam foto, bersama ibunya). Ezry sangat meminati rancangan masakan dan setiap kali semasa bersahur, dia akan menghadap tv untuk menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils. Hari cuti sekolah pula, dia akan menonton siaran pagi dan ulangannya juga!

Sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, dia begitu teruja (dan tak sangka, mungkin) sehingga terus mencapai basikalnya dengan pantas lalu mengayuh laju meninggalkan rumah. Kami tersenyum melihat kelibatnya yg begitu terburu-buru pergi. "Mungkin dia malu," kata ibunya. Sebelum tu, dia di dapur dan ibunya telah menceritakan bahawa 'Chef Lin' ada di ruang tamu.

Ezry juga peminat Chef Liza dan semua rancangan masakan yg ditayangkan di tv. Dia bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di UiTM Shah Alam! Masih di Tahun 3 tapi penuh dengan semangat...!!


Kisah kedua diceritakan oleh Raihan, adik ipar saya. Dia memiliki sebuah kedai menjahit pakaian. Kebetulan tak jauh dari rumah Ngah Lah, seorang lelaki yg sudah berusia lebih 60 tahun. Kata Ngah Lah, dia cukup suka menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils sehinggakan tak lepas satu siaran pun. Punyalah terkejutnya dia bila Raihan memberitahunya bahawa pengacara rancangan tu, merupakan kakak iparnya! Jadi, sehari sebelum Hari Raya, saya pun mengambil kesempatan bertemu dan berbual seketika dengannya. Ternyata dia bagaikan tak percaya...

Demikianlah antara kenangan manis yg ingin saya kongsi...dari penjual bunga di Padang Besar sehingga ke penjual tudung berbangsa Siam di Nat (pasar pagi Balai Baru), mereka menegur mesra saya kerana mengaku tak ketinggalan menonton rancangan masakan itu...mudah-mudahan kita mendapat manfaat.

 

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...