Saturday, September 21, 2019

Anugerah Sasterawan Negara 2019

Berpeluang bertemu KDYMM Permaisuri Agong sempena Anugerah Sastera Negara yang berlangsung di Hotel Istana. Inilah pertemuan kali ke-3 dengan baginda yang begitu mesra dan hebat memasak.

Catatan:
Anugerah Sastera Negara diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi.

Maszlee berkata Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 September ini di Kuala Lumpur.

Siti Zainon, 69, ialah anak kelahiran Gombak, Kuala Lumpur dan pernah menghasilkan karya novel (tiga); kumpulan cerpen (10); kumpulan puisi (25); antologi cerpen (tujuh) dan antologi puisi (lima).

Selain itu, Siti Zainon turut menghasilkan 18 kajian ilmiah (buku); esei kajian dalam buku - bab (21) dan esei dalam monograf, jurnal, dokumentasi serta majalah-katalog (21).

Siti Zainon juga pernah menerima pengiktirafan dalam negara dan antarabangsa, termasuk SEA Write Award (1989) dan Tokoh Anugerah Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) - Anugerah Tokoh Seni Budaya 2015.

Dalam pada itu, Maszlee berkata pemilihan Siti Zainon sebagai penerima anugerah itu berdasarkan pandangan dan nasihat daripada panel penilaian pemilihan, termasuk daripada sasterawan negara yang terdahulu.

 

No comments:

Post a Comment

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...