Wednesday, February 17, 2021

Kenali: Buah Keras

 



Salah satu bahan yang amat penting apabila membuat rendang ialah buah keras. Pernah tengok pokoknya? Buah keras tidak boleh dimakan mentah kerana ia boleh menyebabkan keracunan. Jadi, pastikan bumbu yang mengandungi buah keras ditumis betul-betul. 

Jikalau nak kurangkan santan, boleh tambah buah keras kerana ia akan memekatkan kuah. Jika tiada buah keras, boleh digantikan dengan 1-2 sudu besar serbuk badam atau gajus. Buah keras juga memberikan rasa 'lemak' kepada sebarang jenis masakan berkuah.

Buah keras hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk (chiller, ya ... bukan freezer/peti pembeku) kerana ia mudah rosak (tumbuh kulat) jika dibiar pada suhu bilik.

 

 


Saturday, January 23, 2021

Novel Terbaru! Terbitan Karyaseni.

 

TEASER 3 - LELAKI KE 19 - NORZAILINA NORDIN
Beberapa orang remaja mendekati gerai. Masing-masing pesan burger berbeza. Yang beli untuk mak, kakak dan adik pun ada.
Dah tiga jam di situ, Nuha dah tahu macam mana nak bungkus burger. Masalahnya cuma kaki dia, tak tahu pergi ke mana. Macam lunyai. Kena minta upah mahal ni.
“Kita tutuplah, stok burger pun dekat nak habis,” seru Adwan seraya membelek jam di tangan. Dah dekat 10.30 malam.
Tiba-tiba dia perasan Nuha hanya terpaku tidak bergerak-gerak. Matanya tertancap ke satu tempat yang gelap.
“Nenek kebayan tu...” bisik gadis itu.
“Dia jalan ke sini.”
Adwan merenung ke arah yang sama. “Dia nak burger darah orang.”
Mata Nuha terbeliak. “Darah lelaki, bukan perempuan... Awaklah tu!”
Semakin lama nenek itu semakin dekat. Langkahnya agak senget, mungkin dia sakit lutut. Barulah jelas dia berselendang dan berbaju kurung gedoboh.
Peniaga berdekatan sudah lama menutup gerai mereka. Mungkin sebab malam ni episod terakhir drama yang sedang viral. Semua orang nak balik awal. Suasana sepi dan suram.
“Aku nak burger ayam dua, takmo tomato, timun dan bawang.”
Di tangannya ada beberapa helai duit seringgit. Terketar-ketar dia menghulurkan kepada Adwan. Kata Adwan, tak payah bayarlah, dia belanja.
“Jangan macam tu, aku makan, aku bayar.” Berkeras pula dia.
Adwan memberi isyarat kepada Nuha untuk mengambil duit itu. Manakala dia sibuk menggoreng burger yang dipesan.
“Nek duduk dulu,” pelawa Nuha sewaktu memulangkan wang baki.
“Cepat sikit boleh tak? Cucu aku lapar.” Nenek tua itu mendesak. Dia langsung tidak mengendahkan pelawaan Nuha tadi.
Nuha menyusun daun salad di atas roti. Kemudian Adwan memicitkan mayones dan sos di atas kepingan burger. Nenek itu melangkah pergi membimbit plastik berisi burger.
Sedetik kemudian, sebuah motosikal berhenti di hadapan gerai.
“Hah, Abang Jali. Nak burger daging special, tiga?” soal Adwan kepada pelanggan setianya itu.
Abang Jali angguk. Dia menuding ke arah nenek tua yang kian jauh itu. “Tu macam Nek Som. Dia duduk seorang kat rumah dia di hujung kampung. Dah lama dia tak keluar rumah... Yalah, sejak cucu dia mati kena langgar tiga tahun lepas.”
Adwan dan Nuha saling berpandangan dengan wajah penuh saspens!

TEASER 2 - LELAKI KE 19 - NORZAILINA NORDIN

 
Selamat membaca teaser novel terbaru bulan januari 2021

Adwan memandu pergi selepas Nuha membuka pintu hadapan rumah. Lampu ruang tamu memang sentiasa dipasang. Jadi tidaklah Nuha perlu meraba-raba di dalam gelap.
Gadis itu bergerak ke biliknya. Langkahnya tiba-tiba terhenti tatkala dia terdengar suara wan mengaji. Eh, cepat dia balik. Kata sesudah subuh? Nuha tersengih mengenangkan usikan wannya itu.
Kalau tak silap tadi, wan kata dia nak keluar selepas solat isyak. Nuha membuat perkiraan. Jam belum pun pukul 10 malam. Dia segera masuk ke bilik lantas meletakkan beg tangan di atas katil.
Sewaktu hendak keluar ke bilik air, Nuha perasan suara wan kedengaran agak berbeza. Macam sayup-sayup sahaja. Padahal selalunya tidak begitu. Kalau mengaji dalam bilik, mana boleh bunyi macam mengaji di belakang rumah Leha?
Nuha kembali ke bilik tidurnya. Capai telefon, lepas tu letak semula di atas meja. Bingung. Dia menapak ke pintu bilik wan. Tiba-tiba ada debaran asing di dadanya.
Kalau ketuk pintu, wan keluar, aku nak cakap apa? Kalau bukan dia yang keluar, aku nak lari mana? Astaghfirullah! Nuha cuba mententeramkan hatinya.
Gadis itu menarik nafas panjang. Dia masih tercegat di hadapan pintu. Tangan kanannya hampir-hampir hendak memulas tombol dan terus masuk. Namun begitu kakinya berasa kaku dan tak dapat berganjak.
Sementara itu, suara wan terus kedengaran di sebalik pintu. Nuha terfikir untuk menelefon Adwan pada saat itu. Kalau dia datang nanti, boleh ajak tengok betul ke tak wan dalam bilik. Eh, kalau memang wan, tak ke aku yang malu sendiri?
Bila dalam keadaan itu, rasa seram yang sukar digambarkan menghadirkan ilusi yang menggerunkan. Kalau dalam bilik itu ada kak pon atau hantu raya yang ikut naik kereta Adwan tadi, macam mana?
Bukan ke hantu raya boleh menyerupai seseorang? Allah! Nuha tak sangka dia jadi begitu penakut di dalam rumah wannya sendiri.
Ah, mustahil! Ni semua mainan perasaan kerana mendengar cerita Adwan pasal mayat berulat tadi.
Tanpa berfikir panjang, Nuha masuk ke bilik untuk mengambil telefon. Dia menekan nombor telefon Leha. Ketika ini, Nuha perasan suara yang mengaji tadi sudah hilang. Perasaan gerun mulai menjerut di kerongkongnya.
“Assalamualaikum, Nuha.”
“Waalaikumussalam.”
“Aku baru nak call kau. Ni hah... Wan baru suruh aku tanya kau, kau nak tak pulut dengan rendang? Dia nak suruh aku bungkuskan.”
Sepantas kilat Nuha berlari ke pintu hadapan. Darahnya berderau. Tangannya menggeletar sewaktu dia memulas kunci pada tombol. Kunci itu tidak mahu ke kanan langsung.
Sesuatu melekat dan menghalang pergerakannya. Nuha memusingkan pemegang tombol beberapa kali namun pintu tidak juga terbuka. Bangang betul pintu ni, dia menyumpah seranah.
Sesekali dia memandang ke pintu bilik wan. Bila-bila masa sahaja pintu itu akan terbuka dan segala imej yang menakutkan terbayang di dalam kepalanya.
Mayat atuk bangun dengan taring sejengkal panjang. Lidah berulat yang bergoyang ke kiri dan ke kanan. Ya Allah, Ya Allah!
Pintu hadapan itu terbuka dengan sendiri dari luar. Nuha tidak sempat berfikir panjang lagi, dia terus melompat ke serambi tetapi kakinya tersadung bendul pintu. Tubuhnya melayang. Dia menutup mata kerana terlalu takut. Namun begitu dia tidak jatuh ke lantai. Apabila membuka mata, dia dalam pelukan seseorang.
Adwan Firdaus!
Tubuh lelaki itu mengiring dan membongkok sedikit. Kedua-dua belah tangannya memaut pinggang dan bahu Nuha. Nafas mereka deras kerana keributan di luar jangkaan tadi.
“Kenapa, Nuha? Awak pucat macam nampak hantu!”
Nuha perasan tudungnya senget teruk. Dia cuba berdiri dengan bantuan anak muda itu. Entah kenapa lututnya terasa lemah. Kemudian dengan susah payah dia membetulkan tudung sambil meraup wajahnya. Gugup.
“Dalam bilik wan, ada... Ada orang mengaji.” Suara Nuha terketar-ketar.
“Kenapa awak berbisik? Bau petailah.”
Gadis itu menampar dada Adwan. Boleh lagi nak melawak time time begitu, getus hatinya.

Teaser 1 'Lelaki Ke-19'

 

TEASER 1 - LELAKI KE 19 - NORZAILINA NORDIN
AKAN DATANG JANUARI - TUNGGU...
 
“Awak, lain kali kalau nak ke mana-mana, bawa kawan.”
Eik, nak nasihat kita pula? Dia ingat dia siapa, hah?
“Kali ni aje saya naik bas ke Lentang. Selalu saya naik bas balik Balok tak ada masalah pun.”
Adwan memeluk tubuh. “Tu tempat yang awak selalu pergi.”
“Semalam jam, lepas tu saya letih sangat, jadi saya tertidur dalam bas.” Weh, kenapa aku ni baik sangat nak cerita panjang lebar kat dia?
Adwan hanya tersenyum senget. Hampir rebah Nuha kerana dia memang lemah kalau lelaki tersenyum senget.
“Eh, awak kena pergi pasar beli ikan, kan? Pergilah, saya okey. Ramai orang kat sini.”
“Dia orang ni semua nak pergi Lentang ke?” tingkah anak muda itu pula.
“Hari kan siang, saya pasti akan turun di Lentang. Kawan saya tunggu tepi jalan.” Nuha berjanji bukan hanya pada lelaki di sebelahnya itu tetapi juga pada dirinya sendiri.
“Jangan sampai awak terlentang di tengah jalan dah.”
Kurang asam! Geram betul Nuha dengan Adwan. Ada-ada saja peluang dia nak mengenakan aku, getusnya.
“Daripada saya terlentang di tengah jalan, lebih baik saya terlentang dalam hati awak.”
Adwan mengangkat keningnya. Mereka berpandangan. Nuha rasa nak pitam kerana malu yang amat sangat.
“Sorry, sorry... Saya tak... Saya tak maksudkan apa-apa!”
Nuha rasa macam nak sepak mulutnya sendiri kerana berkata-kata tanpa menunggu tindak balas otaknya yang, emmm ... Barangkali lebih waras.
Anak muda itu hanya tersengih.
Gadis itu menekan butang di telefon. Bila nak sampai bas ni? Kenapa lambat betul masa bergerak? Lemas betul dia.
“Awak jangan ingat saya tak pergi pasar lagi ni, sebab saya suka sangat berbual dengan awak ...”
Ceh! Nuha mencebik.
“Mak saya tu, dia yang suruh saya tunggu sampai awak naik bas. Lepas tu ada ke dia cakap kat saya, bagitahu pemandu tu yang awak nak turun di Lentang.”
Oh my God. Nuha menarik nafas panjang sambil cuba bersabar. Ada orang yang sangat baik sampai sanggup menyusahkan orang lain? Ya, aku patut bersyukur. Kadangkala kita takkan tahu apa hikmah sesuatu perkara itu berlaku. Semua dengan izin-Nya.

Thursday, December 3, 2020

Sejenak Peringatan

 

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat makbulkan doamu, Maka DIA Ingin mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNYA.


Mudah-mudahan mesej ini memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya-ALLAH. Manusia hanya dapat merancang, TUHAN yang menentukan... 

Wednesday, October 7, 2020

Cook Along With The Stars - boleh tonton sekarang!

Boleh saksikan saya di YouTube Channel 'Star Events Online' yg telah berlangsung pada 6 Oktober 2020 yang lepas. Jangan lupa LIKE, ya. Terima kasih.

https://youtu.be/MnESUhZZagI




 

Wednesday, September 30, 2020

Cook Along With The Stars

 





Hi, semua. Bagi yg ingin membeli tiket bagi menyertai saya dalam siri 'Cook Along With The Stars' yg akan berlangsung pada hari selasa 06 Oktober 2020, saya share caranya dari langkah 1 hingga 4, ya.

1. Click https://www.eventbrite.com/e/cook-along-with-the-stars-with…
2. Setelah anda click 'Tickets', akan muncul page ni.
2A. Kemudian tekan 'Checkout'.
3. Click untuk pilih cara pembayaran.
4. Isikan butir-butir kad untuk pembayaran. Selepas tu, tekan 'Place Order'.

Anda akan dihubungi dgn emel oleh penganjur dan diberikan:
1. Senarai bahan-bahan untuk disediakan (jika ingin memasak bersama saya di dapur sendiri - tak apa jika nak tengok saja)

2. Link ke aplikasi Zoom di mana anda dapat saksikan saya pada hari tersebut.

Terima kasih semua. Saya menghargai sokongan kalian.

 

Monday, September 28, 2020

World Heart Day!

 

People with cardiovascular disease are more vulnerable to COVID-19.

Know the symptoms of heart attack & stroke. If you are experiencing any of these symptoms, seek medical care immediately.

 

Friday, September 18, 2020

Shefu Marble Stone Cookware

 


Memang berbaloi memiliki Shefu Marble Stone Range Set! Saya dah cuba masak pelbagai jenis juadah. Cantik dan bermutu tinggi.

Ciri-ciri Produk:

  • Set periuk jimat tenaga menerusi batu marble yang merupakan material asas periuk. 
  • Bebas PFDA dan bebas toksik serta menjadikan masakan lebih sihat meskipun dengan suhu yang panas. 
  • Cepat dan mudah dicuci. Setiap periuk dan kualinya juga memiliki pemegang dan penutup kayu dengan sentuhan lembut yang ergonomik direka khas untuk keselesaan pengguna.
  •  Diperbuat daripada 6 lapisan di mana lapisan pertama hingga ketiga menggunakan salutan batu. Lapisan keempat pula menggunakan salutan primer.
  •  Manakala lapisan kelima dan keenam menggunakan salutan badan aluminium dan keluli yang terikat. 

Set ini mengandungi:

1 SHEFU 28cm glass casserole with glass lid
1 SHEFU 28cm deep fry pan
1 SHEFU 30cm wok with glass lid
FREE 1 SHEFU 24cm fry pan

Untuk memesan, silalah ke:
 



 

Sunday, September 13, 2020

Shefu Low Pressure Cooker

 

Inilah periuk tekanan rendah yang senang diguna, tidak seperti periuk tekanan lain yang perlu dilepaskan (release) wapnya sebelum dibuka. Ia juga mempunyai ciri keselamatan yang menjamin wap panas tidak merembes keluar.

Selain itu, cuma perlukan haba / api yang kecil kerana periuk ini diperbuat daripada bahan yang mampu menyalurkan haba dengan efektif. Daging mudah empuk dan ayam pun mudah masak jika menggunakan periuk ini.

Bukan saja elok untuk memasak lauk-pauk, nasi dll, periuk ini juga sesuai untuk memasak kek atau roti. Harganya juga amat berpatutan. Kalau berminat, sila klik:

Whatsapp - www.wasap.my/60173899250/shefu⁣
⁣Website - https://shop.icookasia.com/⁣

 

Tuesday, September 8, 2020

Soal Jawab al-Quran

 

JANGAN MENGELUH ……….. Kita selalu Bertanya… dan Al-Quran sudah menjawabnya… KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?  

QURAN MENJAWAB ‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (’I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.’- Surah Al-Ankabut ayat 2-3  

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

QURAN MENJAWAB ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’- Surah Al-Baqarah ayat 216  

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  

QURAN MENJAWAB ‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.‘ - Surah Al-Baqarah ayat 286  

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA? 

QURAN MENJAWAB ‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.’ - Surah Al-Imran ayat 139  

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).‘ 

KITA BERTANYA : APAKAH JALAN TERBAIK UNTUK MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB ‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’ - Surah Al-Baqarah ayat 45  

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 

QURAN MENJAWAB ‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111  

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘ - Surah At-Taubah ayat 129  

KITA BERKATA : AKU HAMPIR BERPUTUS ASA!!!  

QURAN MENJAWAB‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’ - Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, August 18, 2020

Brand Ambassador : Shefu Cookware

 

 
Mudahnya buat Paella dengan periuk Shefu Ceramic Marble Stone (Energy Saving) yang menjimatkan haba, non-stick, bebas PFOA, selamat digunakan dan menyalurkan haba dengan efektif.

Bagi yang mendapatkan periuk ini dan produk Shefu yang lain, klik je link kat bawah

Whatsapp - www.wasap.my/60173899250/shefu

Website - https://shop.icookasia.com/


PAELLA (NASI SEPANYOL)

Bahan A (Herba)

½ cawan hirisan parsli

2 sudu besar jus lemon

1 sudu besar minyak zaitun

1 ulas bawang putih, dicincang

Bahan B

450ml air rebusan ayam

½ sudu kecil saffron

Bahan Paella

1 thigh dan paha ayam, dipotong 1.5cm

Serbuk lada sulah, garam secukup rasa

3 sudu besar minyak zaitun

8 ekor udang harimau, dibuang kulit kecuali ekor

½ labu bawang Holland cincang

½ cawan cili benggala merah cincang

6 kepingan pepperoni, dihiris

½ cawan tomato (dadu, dalam tin) cincang

½ sudu kecil paprika

2 ulas bawang putih, cincang

250g beras basmathi, direndam 20 min (air bergaram)

½ cawan pis

10 ekor kupang

2 sudu besar jus lemon

Hirisan lemon (hiasan)

 

Cara Membuat

1.     Campurkan A. Ketepikan.

2.     Jerang B dalam 24cm Ceramic Marble Stone Casserole. Masukkan saffron. Angkat.

3.     Gaul ayam dengan serbuk lada sulah dan garam.

4.     Panaskan 2 sudu besar minyak dalam 30cm Ceramic Marble Stone Wok.

5.     Goreng ayam sehingga keperangan. Angkat.

6.     Goreng udang sebentar. Angkat.

7.     Panaskan baki minyak zaitun.

8.     Tumis bawang dan cili benggala sehingga wangi.

9.     Masukkan pepperoni, tomato, paprika dan bawang putih, kacau.

10.  Apabila wangi, masukkan beras, kacau ½ minit.

11.  Masukkan A, B, ayam dan pis. Kacau dan tutup.

12.  Apabila kering airnya, masukkan kupang dan udang.

13.  Tutup, perlahankan api dan biar 5 minit.

14.  Renjiskan jus lemon. Hidangkan dengan hirisan lemon, jika suka.

 

 

 

Kenali: Buah Keras

  Salah satu bahan yang amat penting apabila membuat rendang ialah buah keras. Pernah tengok pokoknya? Buah keras tidak boleh dimakan mentah...