Showing posts with label hobbies. Show all posts
Showing posts with label hobbies. Show all posts

Wednesday, February 17, 2021

Kenali: Buah Keras

 



Salah satu bahan yang amat penting apabila membuat rendang ialah buah keras. Pernah tengok pokoknya? Buah keras tidak boleh dimakan mentah kerana ia boleh menyebabkan keracunan. Jadi, pastikan bumbu yang mengandungi buah keras ditumis betul-betul. 

Jikalau nak kurangkan santan, boleh tambah buah keras kerana ia akan memekatkan kuah. Jika tiada buah keras, boleh digantikan dengan 1-2 sudu besar serbuk badam atau gajus. Buah keras juga memberikan rasa 'lemak' kepada sebarang jenis masakan berkuah.

Buah keras hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk (chiller, ya ... bukan freezer/peti pembeku) kerana ia mudah rosak (tumbuh kulat) jika dibiar pada suhu bilik.

 

 


Thursday, December 3, 2020

Sejenak Peringatan

 

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat makbulkan doamu, Maka DIA Ingin mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNYA.


Mudah-mudahan mesej ini memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya-ALLAH. Manusia hanya dapat merancang, TUHAN yang menentukan... 

Sunday, June 7, 2020

Pokok Tajam Belat

Pokok Tajam Belat atau nama saintifiknya Baccaurea Motleyana berasal dari keluarga Rambai yang semakin sukar untuk ditemui di Malaysia namun ada yang menemuinya dalam Hutan Simpan Tekai Tembeling, Jerantut, Pahang yang terkenal dengan pelbagai spesis flora dan fauna. 

Kebiasaannya ia mengeluarkan buah bersaiz biji guli hingga sebesar bola ping pong berwarna kekuningan dan berbuah lebat dibatang secara bergayut pada tangkai panjang. Buah Tajam Belat rasanya masam manis dan boleh dimakan begitu sahaja selain dibuat jeruk dan kulitnya pula boleh dijadikan sayur. 

Pokok Tajam Belat hanya boleh ditemui di kawasan hutan berbukit tinggi. Oleh sebab itu, ramai yang tidak mengenali spesis ini disebabkan pokok berkenaan hanya tumbuh dalam hutan yang sukar untuk dikunjungi selain taburan pokoknya yang terlalu sedikit.

Friday, June 5, 2020

My Hobby : Cross-Stitch

Inilah hasil jahitan saya. Bermula sejak sebelum MCO Mac 2020 dan mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk disiapkan. Bersaiz 18inci x 25 inci kain Adda 11ct, menggunakan benang DMC. Sungguh menyeronokkan apabila sudah selesai, kan. Ada sesiapa teringin nak beli, boleh tinggalkan emel di bawah, ya. Thank you semua.

Wednesday, October 29, 2008

Bertemu Ejul

 

Pada hari Isnin, 13 Oktober 2008 saya mengadakan pertemuan dengan Ejul di pejabatnya di Shah Alam. Meskipun sempat berbual hanya beberapa ketika, saya rasa gembira kerana dapat menghadiah buku2 sebagai cenderahati. Doa saya semoga Faizul akan meneruskan karya dan kelak muncul sebagai penulis yg disegani. Setiap kali Pesta Buku Antarabangsa KL, Ejul akan datang berbual dgn saya di booth (reruai). Dia telah berjaya menulis buku, tahniah!

Tuesday, October 7, 2008

Kita Dan al-Quran

 

JANGAN MENGELUH ……….. Kita selalu Bertanya… dan Al-Quran sudah menjawabnya…  

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB ‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (’I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.’- Surah Al-Ankabut ayat 2-3  

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’- Surah Al-Baqarah ayat 216 

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB ‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.‘ - Surah Al-Baqarah ayat 286 

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA? QURAN MENJAWAB ‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.’ - Surah Al-Imran ayat 139 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).‘  

KITA BERTANYA : APAKAH JALAN TERBAIK UNTUK MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB ‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’ - Surah Al-Baqarah ayat 45  

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB ‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111  

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘ - Surah At-Taubah ayat 129 

KITA BERKATA : AKU HAMPIR BERPUTUS ASA!!! QURAN MENJAWAB‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’ - Surah Yusuf ayat 12 

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...