Ulam Kasih Sambal Cinta
( published by Alaf21 ) - 560 pages - Romantic Comedy
RM 27.00 SM   |   RM 30.00 SS
Sinopsis Novel : 
Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green
 Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef 
Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. 
Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.
Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai 
hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! 
Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu 
sudah bertukar niat mengurat! Habis!
Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi
 pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan 
Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk
 memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata 
dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!
Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan 
kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour 
kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. 
Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

No comments:
Post a Comment