Saturday, January 23, 2021
Novel Terbaru! Terbitan Karyaseni.
TEASER 2 - LELAKI KE 19 - NORZAILINA NORDIN
Teaser 1 'Lelaki Ke-19'
Sunday, September 13, 2015
Ulam Kasih Sambal Cinta
Tuesday, February 24, 2009
Novel 'Cuma Dia'
Hampir 70 jam selepas menghabiskan novel, rasa rindu pada Dalila, Iqbal, Nina, Farish, Mimi, Ikhwan, Jenny Tan dan Meor Hassan begitu menebal. Tiada dapat lagi menghitung hari bersama mereka, makan di restoran atau kafe yang mereka gemari, melihat pemandangan cantik dan melalui malam-malam yang menggamit kenangan terindah...
Mungkin perasaan begini juga 'terpaksa' ditempuhi oleh ramai novelis di luar sana kerana watak-watak 'ciptaan' di dalam novel telah menjadi sebahagian daripada diri sendiri. Novelis sama-sama mengecapi pengalaman yang dilalui oleh watak dan penuh dengan rasa kasih, benci, sayang, rindu atau bosan. Malah novelis menyelami setiap kegembiraan, kesedihan, kemurungan atau keseronokan watak.
Perjalanan watak yang penuh intrigue, adventure dan suspens membuat novelis gementar dan jiwa sama-sama dihambat perasaan sedemikian. Bayangkan setiap hari selama hampir tiga bulan, menganyam rasa dan membuai naluri bersama mereka. Sebagai novelis, sepanjang masa menulis novel, mampu 'masuk' ke dunia imaginasi cum realiti kerana sesebuah novel merupakan extension kepada apa yang tersirat di dalam diri (atau apa yang didengari, hehe..!!).
Saya kagum dengan novelis yang mampu menulis tiga buah novel sekaligus. Saya ibaratkan minda seperti mempunyai tiga buah bilik. Bila menggarap novel pertama, masuk ke minda 'bilik A'. Seterusnya, tutup pintu dan masuk ke minda 'bilik B' untuk novel kedua. Nampak sukar tetapi semuanya bergantung pada semangat dan sejauh mana seseorang novelis ingin mencabar dirinya sendiri...
Wednesday, September 3, 2008
Nostalgia Ramadan
Ramadan mengimbau sejarah dan kenangan terhadap keluarga yg telah pergi meninggalkan kita. Sekitar 1965. Saya bersama ayahanda (pulang ke Rahmatullah 1996) di kuarters Klinik Kesihatan Dong, Raub, Pahang. Itulah uniform Pengawas Kesihatan yg perlu dikanji dan digosok (ketika itu seterika arang).
(atas gelunsur) Bersama bonda di Padang Bandaran
Bentong. Fesyen rambut 'pokok kelapa' memang kegilaan anak-anak masa
tu...Bonda dengan trend rambut 'kembang' ala 60an, berkebaya renda dan
kain batik lepas.
Wan Bah,
bidan di Ketari, Bentong yg telah menjaga 3 orang anak angkat termasuk 2
anak perempuan Cina (salah seorangnya, bonda saya) dan seorang anak India Malbari.
Saya tak sempat mengenalinya kerana dia meninggal dunia waktu saya masih kecil. Bonda bergambar dengan mertuanya, Watiah bt Ranu (keturunan Jawa) di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Bahagian hutan di belakang tu kini sudah dipenuhi hotel.
Thursday, May 1, 2008
Philea Mines Resort
Mines Palace Beach and Spa (skrg Philea Mines Beach Resort) memang mewah. Bersesuaian dengan nama 'palace' yg tersisip. Jam hampir 9.45 mlm tika saya menjejakkan kaki ke lobi hotel yg keseluruhan lantainya daripada kayu, berperabot jati, berdekorasi cengal dengan lukisan2 menarik dan rimbunan anggerik segar mewarnai beberapa sudut.
Pemandangan malam cukup menawan, panorama amat mendamaikan dan suasana sangat romantis. Di situlah saya bertemu mrs.sheikh buat kali pertama. Dia datang dari Labuan untuk berkursus. Kami sempat bertukar-tukar cerita tentang rakan2 di blogosfera.
'Mrs.sheikh' agak pemalu juga orangnya, hehe. Apa yg mencuit hati saya, dia telah meminta anak saudaranya datang ke Pesta Buku membeli novel saya. Dalam perkiraan saya, dialah blogger pertama yg 'memiliki' novel tersebut. Terima kasih atas sokongan.
Peristiwa Pilu 11 April 2021
Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...
