Monday, July 28, 2008

Morse Code

Tentu kalian terfikir siapakah lelaki ni? Beliau adalah Samuel Morse yg mencipta Morse Code pada 1844 untuk digunakan dengan telegraf elektrik. Ia digunakan dengan meluas sekitar awal abad ke-20. Malah sangat penting bagi militari semasa dalam pertempuran. Ia masih digunakan sehingga kini oleh amateur radio operators atau dikenali sebagai ham. (Lihat MARES : Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia.) 

Morse Code menggunakan tanda pendek dan panjang dalam bentuk dots (dikenali sebagai dits) dan dashes (tanda panjang, atau dahs), dengan ruang di antaranya untuk menunjukkan huruf, nombor (0-9), tanda bacaan (sengkang, noktah, tanda seruan dll). Setiap orang di seluruh dunia boleh berkomunikasi dengan menggunakan kod yg tertera di bawah.  

Kini saya sedang belajar Morse Code kerana bagi saya, ia sesuatu yg sangat mencabar. Ia berkait rapat dengan keupayaan kita mendengar bunyi kod, kemudian mengidentifikasinya dalam 2-3 saat sebelum mengubah ia menjadi huruf yg perlu ditulis di atas kertas. 

Lebih cepat dapat melakukannya, lebih mahirlah seseorang itu. Sebagai permulaan, mungkin boleh mengenali 12 wpm (perkataan seminit) tetapi boleh meningkat sehingga 30 wpm atau lebih. Menurut kajian, mengirimkan teks dengan Morse Code lebih pantas daripada melalui sms! Hebat, bukan?

Thursday, July 10, 2008

Program Masakan RTM1

 

 Salam semua... Kesibukan tahap gaban. Mungkin inilah ungkapan 'orang muda' masa kini. 

Saya sedang membuat persiapan untuk sesi penggambaran 30 episod rancangan masakan untuk RTM1 bulan Ramadan kelak. Ingin juga saya kongsi jadual seminggu lalu yg amat padat: 

* Mencipta 60 resipi menggunakan produk penaja rancangan 

* Membeli bahan2 masakan yg diperlukan 

* Mencuba 60 resipi masakan & membuat pindaan (jika perlu) 

* Membungkus setiap bahan untuk hampir 100 masakan kerana ada yg perlu disediakan terlebih dulu di rumah (menjimatkan masa di studio) 

* Memasukkan semua bahan resipi di dalam kotak2 bertanda Day 1 hingga Day 10  

* Memastikan semua barang2 dapur yg diperlukan sudah tersedia (kena lias dengan penerbit) 

* Mengunjungi butik untuk fitting baju & tudung (30 helai) 

* Meeting dengan pembantu seramai 2 orang bagi memastikan shooting berjalan lancar  

* Memunggah semua barang ke dalam studio selewat2nya hari Jumaat petang Di tengah2 keberantakan ini, saya dijangkiti virus tekak dan kehilangan suara selama 3-4 hari (kini masih serak macam suara rocker, hehe...). Makan ubat dan vitamin punyalah banyak...dah naik loya. Makanya inilah yg dinamakan dugaan. 

Mungkin juga sedikit stress kerana belum cukup 'rihat' (yg sebenarnya tiada). Syukur saya hampir sembuh... Jadi, selama 10 hari mulai Sabtu (12 Julai-21 Julai) ini, saya akan 'berkurung' di dalam studio dari jam 9 pagi hingga 6 atau 7 malam. 

Sangatlah saya harapkan rakan2 taulan bloggers agar mendoakan saya sihat sejahtera dan dapat menyempurnakan amanah yg diserahkan pada saya ini. Terima kasih, semoga Ilahi memberkati kalian. 

Saturday, June 14, 2008

Mak's 64th Birthday

Sabtu lalu saya menjadi tuanrumah majlis sambutan hari ulangtahun bonda tersayang. Ia juga menjadi 'family day' buat kami. Keseronokan lebih terasa kerana persiapan barbeque dan party hats, masks, belon untuk kanak-kanak. Foto di atas, anak-anak saudara saya yg seramai 7 orang nampak gembira dapat berkumpul beramai-ramai.
Hidangan yg sudah sedia untuk dijamah. Sebelum tu, upacara memotong kek untuk bonda sempena menyambut ulangtahun ke-64 pada 27 Mei yg lalu. Bonda bergambar dengan semua cucu iaitu seramai 11 orang. Di atas kek ada 'Sweet 17' ..hamboi.

Saya bersama bonda yg kelihatan sungguh gembira melihat anak-anak, menantu dan cucu berseronok. Yg paling ditunggu tentulah acara cabutan nombor bertuah. Semua tetamu dikehendaki membawa hadiah. Setiap hadiah dilekatkan nombor. Jadi, setiap orang pasti akan mendapat hadiah. Jika terkena hadiah keluarga sendiri, boleh pula tukar suka sama suka...meriah!!

bersama bonda yg kelihatan sungguh gembira melihat anak-anak, menantu dan cucu berseronok. Yg paling ditunggu tentulah acara cabutan nombor bertuah. Semua tetamu Saya bersama adik-adik. Dari kiri, Nordiana, Norman, Norita & Norafiza. Foto kanan, saya sekeluarga bersama bonda. Suasana begini jarang juga dapat dirasakan walaupun hari raya kerana kami yg sudah berkeluarga kadangkala pulang ke kampung mertua masing-masing...







Monday, May 26, 2008

Bali Mei 2007

Genap setahun yg lalu, saya bercuti ke Bali bersama Lily & Saadi. Memang menarik pengalaman pergi bertiga saja. Tambang kapalterbang RM400, sewa van (termasuk supir) untuk berjalan2 ke seluruh Bali RM300. Makan, membeli belah terutama ukiran kayu & lukisan memang murah. Namun mesti berhati-hati kerana terdapat peniaga makanan yg tidak Halal (walau nampak seperti Melayu).  

Pantai Jimbaran yg amat mempesonakan di kala senja. BGenap setahun yg lalu, saya bercuti ke Bali bersama Lily & Saadi. Memang menarik pengalaman pergi bertiga saja. Tambang kapalterbang RM400, sewa van (termasuk supir) untuk berjalan2 ke seluruh Bali RM300. Makan, membeli belah terutama ukiran kayu & lukisan memang murah. 

Namun mesti berhati-hati kerana terdapat peniaga makanan yg tidak Halal (walau nampak oleh pesan makanan laut sambil menikmati pemandangan matahari tenggelam. Lauk-pauk Nasi Padang yg banyak betul pilihan. Kita ambil semua dan bayar apa yg dimakan saja.   

Tanaman padi di kawasan lereng bukit-bukau (Ubud). Jalanraya di Bali amat sempit dan banyak van. Jadi, perlu pemandu tempatan yg tahu selok-belok kawasan. Saya di anjung restoran yg menghadap gunung berapi (Kintamani). Bahagian hitam di kejauhan itu adalah lahar yg pernah dimuntahkan oleh gunung tersebut. 

Di sebelah kanan ada tasik yg membiru airnya. Memang indah! Gunung Kawi di mana ada tempat ibadat atau candi Hindu-Bali yg besar. Semua yg masuk ke situ perlu mengikat seutas kain berwarna merah di pinggang mereka. Kawasan pinggir Tanah Lot dengan temple yg dibina pada kurun ke16. Bila air laut pasang, kawasan sekitar ditenggelami air. 

Banyak gerai menjual cenderahati di kawasan ini. Upacara keagamaan di mana semua yg mengambil bahagian berpakaian putih. Orang2 Bali sangat taksub dengan pemujaan semangat dan di mana-mana kawasan perkampungan yg dilewati, pasti ada upacara sebegini. Pemandangan indah di pinggir tasik yg berlatarbelakangkan kawasan gunung yg hijau kebiru-biruan menjadi kunjungan ramai pelancong.





 

Thursday, May 15, 2008

Pulau Mutiara

Pasar jual jeruk. Pilih aje yg mana berkenan. Harga RM8 sekilo, kalau campur, RM6 sekilo. Singgah di rumah Seniman P.Ramlee di Kg.Jelutong. Suaranya mendendangkan lagu-lagu penuh nostalgia berkumandang dari galeri yg terletak tidak jauh dari rumah ini. 

Bertemu keluarga Norsham (teman fotopages NY) di kedai makan di Jln Dato' Keramat. Petang damai di Padang Kota dengan sis_honey (teman blogger kami) yg sentiasa hendak 'menembak'... Best jumpa mereka...mesra macam dah lama kenal. Thanks kerana layanan mesra.  

Restoran Kassim Mustafa yg menyajikan hidangan India-Muslim yg enak. Banyak sungguhlah restoran sebegini, tak tahu mana satu nak kunjungi. Pemandangan dari tingkat 17 Hotel Grand Continental.  

 Pemandangan indah dari Masjid Terapung. Kawasan inilah dulu paling teruk dilanda tsunami. Kawasan perkuburan lama Inggeris berhampiran Northam. Sangat gelap kerana pokok2 yg amat rendang di sekitarnya. Mengembalikan ingatan terhadap filem2 horror Inggeris.






Kunjungan saya ke Pulau Pinang adalah kerana memenangi tiket penerbangan pergi-balik (ke mana2 destinasi domestik) Peraduan Dialog anjuran UncleJ di blognya. Ribuan terima kasih kepada penaja, Tuan Hj Sabtu pemilik blog sumber.INOVASI.intelektual dan panel pemilih Sifu PTS dan Prof MKI. Juga kepada Kassim Selamat yang menyiarkan peraduan yang sama di blognya. Jasa kalian tidak dilupakan.

Sepatah kata dari saya, memang berbaloi menyertai peraduan anjuran teman2 blogger. Tunggulah siapa pula yg akan memenangi voucher membeli-belah dari saya....ehem.

Wednesday, May 7, 2008

May & August Birthdays

Keunikan Famili Saya:

Bulan Mei
Nazurah - 02 Mei (Gombak)
Nadzri - 07 Mei (Kangar)
Norzailina - 10 Mei (Kuantan)

Bulan Ogos
Nazratul - 08 Ogos (Kuantan)
Nasrunnizar - 13 Ogos (Kangar)
Nazifa - 16 Ogos (Gombak)

Mei, jarak birthday Nazurah dgn abahnya, 5 hari. Manakala jarak birthday saya dgn Nadzri, 3 hari.
Ogos pula, jarak birthday Nazratul dgn adiknya Nasrun, 5 hari. Manakala jarak birthday Nasrun dgn Nazifa, 3 hari juga...
 
Saya bersama bonda tersayang (yg lahir 270544). Memori semasa 8 bulan, cerita bonda, dia bawa saya masuk Pertandingan Bayi Sihat anjuran Dumex. Syukur dapatlah setin susu tepung free... hehe!  Foto: Ketika pelancaran 5 Novel bersama Alaf 21.
 

Syukur Alhamdulillah, sudah bersama selama 39 tahun.
 

Saturday, May 3, 2008

Don't Be Careless

 

 

 

 

 

Kisah benar ~ Pengalaman gembira & duka:  

Dua minggu lepas, seorang bapa memakir keretanya di hadapan sebuah Medical Centre di taman perumahan berdekatan rumah saya. Oleh kerana isterinya hendak bersalin (anak ketiga; last sekali bersalin 16 tahun lalu!), tentulah rasa excited sangat. Jadi, dalam keadaan terburu-buru tu, terlupa pasal lap-top di dalam but kereta. Mungkin waktu tu baru sekitar 9-10 malam. Dah selamat segalanya, dia turun ke kereta dan mendapati cermin tingkap dipecahkan orang! Bukan setakat lap-top kena curi, dompet dengan duit sebanyak RM6 ribu (dalam kompartmen depan) juga lesap...! Jika diperhatikan dari sudut lain, gembira dapat anak tapi sedih hilang wang... 


E-mailed by Manimalah, a M'sian friend living in US:  

It looks like a sad story.....but do continue reading to the end! Its a lesson to be learnt.... I was walking through the supermarket to pick up a few things when I noticed an old lady following me around. Thinking nothing of it, I ignored her and continued on. Finally I went to the checkout line, but she got in front of me. "Pardon me," she said, "I'm sorry if my staring at you has made you feel uncomfortable. It's just that you look just like my son, who just died recently." "I'm very sorry," I said to her, "Is there anything I can do for you?" "Yes," she said, "As I'm leaving, can you say 'Good bye, Mom?' It would make me feel so much better." "Sure," I said An odd request, but no harm would come of it. As the old woman was leaving, I called out, "Good Bye, Mom!" As I stepped up to the checkout counter, I saw that my total was $1027.50. "How can that be?" I asked, "I only purchased a few things!" "Your mother said that you would pay for her," said the cashier. 

Thursday, May 1, 2008

Philea Mines Resort

Mines Palace Beach and Spa (skrg Philea Mines Beach Resort) memang mewah. Bersesuaian dengan nama 'palace' yg tersisip. Jam hampir 9.45 mlm tika saya menjejakkan kaki ke lobi hotel yg keseluruhan lantainya daripada kayu, berperabot jati, berdekorasi cengal dengan lukisan2 menarik dan rimbunan anggerik segar mewarnai beberapa sudut. 

Pemandangan malam cukup menawan, panorama amat mendamaikan dan suasana sangat romantis.  Di situlah saya bertemu mrs.sheikh buat kali pertama. Dia datang dari Labuan untuk berkursus. Kami sempat bertukar-tukar cerita tentang rakan2 di blogosfera. 

'Mrs.sheikh' agak pemalu juga orangnya, hehe. Apa yg mencuit hati saya, dia telah meminta anak saudaranya datang ke Pesta Buku membeli novel saya. Dalam perkiraan saya, dialah blogger pertama yg 'memiliki' novel tersebut. Terima kasih atas sokongan.







 

Monday, April 21, 2008

Corat Coret MSJBox

Foto kenangan sempena gathering di Restoran Tupai Tupai.

Buku saya 'Rahsia Dapur' dimenangi oleh Sheda (diwakili anaknya yg comel tuu..). Saya terima buku 'Forbidden' karya Tori Carrington dari Sodep. Bertukar2 hadiah yg merupakan bahan bacaan adalah sesuatu yg bagus untuk menambah pengetahuan...syabas pada msjbox!

Junaidix menyampaikan hadiah untuk pemenang Pakaian Wanita Terbalik...oopss, terbaik. Saya & Kasawari (Pakaian Terbaik : Lelaki) ...
 
Sabtu (19 April 08) berlangsung sambutan Ulangtahun ke-3 MSJBOX. Junaidix (bos) memotong kek berbunga biru sempena birthday dalam bulan April. Bergambar ramai2 satu kemestian selepas usai majlis kira-kira jam 5.15 ptg.  Kek marble butter berbunga merah, kek chocolate moist berbunga biru & kek sponge strawberry berbunga hijau. 
 
Longgokan cenderahati untuk acara bertukar2 hadiah. Semangkuk mi kari yg ermm...(memang susah la nak citer pasal 'tekak' chef ni sukar dipuaskan, hehe...)  Pemandangan interior Restoran Tupai-tupai dengan lantai kayu beratap zink (di sesetengah tempat). Suasana persekitaran redup dgn pokok2 rendang dan sesekali terdengar bunyi unggas hutan di celah2 dedaun merimbun. 
 
Namun pagar di sekeliling restoran (kawasan menganjur ke hutan) rasanya tidak begitu selamat untuk kanak2 kecil. Sambutan Ulangtahun ke-3 Msjbox ni sesungguhnya, meriah! Saya juga sempat sign beberapa buah novel 'Menanti Kasih' yg dipesan oleh teman2 bloggers. Ia mengukir sebuah lagi kenangan indah bagi saya dalam dunia blogosfera. Tahniah buat semua yg sporting menjayakannya terutama event manager, hehe...
 




 
 
 
 

Tuesday, March 25, 2008

MSJBox Ziarah KS

Cuaca baik hari ahad 23 Mac 2008. Perjalanan dari rumah ke Bandar Rinching memakan masa tak sampai sejam. Sebelum jam 2 ptg NY & saya sudah tiba di rumah bercat hijau muda dengan pepohon rendang di sebelah kiri pagarnya. Suasana sekitar sunyi & damai mungkin kerana ramai penghuni kawasan perumahan itu beristirehat atau keluar bersiar-siar. 

Kami berdua yg terawal jadi tak hairanlah, teragak2 juga perasaan bila pertama kali masuk ke rumah itu. Namun begitu kami terus rasa selesa selepas menatap senyuman ceria pada wajah KS. Rajin dia bercerita kisah2 dulu yg sesekali membuat kami tergelak. 

Walaupun demikian saya tak berupaya menghindari rasa sebak mengenangkan ketabahan dan kecekalannya mengharungi kehidupan seharian. Kami berbual kira-kira 15 minit sebelum kedatangan Lily Haslina Nasir (rakan saya sejak 15 tahun lalu) yg juga merupakan jiran KS.  Tetamu seterusnya, KuJie. Saya meluru mendakapnya kerana kami memang sudah lama berhasrat utk berjumpa tetapi tiada ruang waktu. 

Sejak itu kami terus duduk bersama di sofa & berbual tentang teman2 bloggers yg lain. Saya rasa macam dalam mimpi sebab sebelum ini hanya pernah beberapa berbual dengan Jie di telefon. Kami berpegangan tangan dalam rasa sangat gembira. Inilah kali kedua KuJie bertandang ke rumah KS. 

Suasana semakin riuh dgn ketibaan Junaidix, Carneyz & Shai. Makanan secara potluck terhidang di atas meja. Ada pulut dgn rendang ayam, putu bambu, tembikai, anggur, cupcakes serta air kelapa. Ain (isteri KS) juga menyediakan mi berkuah yg sungguh sedap rasanya. Kesempatan Ziarah MSJBOX kali ini diabadikan dgn foto beramai-ramai. Sila lihat sini utk foto2 lain.   

Antara tetamu awal, Kujie & Intan (anak bongsunya), Lily & saya bersama Ain & KS dgn kek coklat yg dihiaskan khas utk majlis Ziarah Mac 2008 ini. Bila semua tetamu telah hadir, suasana bertambah meriah. Kami mengerumuni cucu sulong KS & Ain yg tidur di ruang tamu itu. 

Anak2 Sheda & Tuah serta Intan begitu sukakan baby yg comel & amat baik (hanya sesekali bangun utk minum susu) tu. Sementara Intan sibuk mengambil foto pelbagai pose tetamu sedang menjamu selera. Turut hadir, Kiki, Retna & Uncle J. 

Sesungguhnya program Ziarah ini mengeratkan silaturrahim di antara kami bloggers. Terima kasih kepada KS & keluarga yg menerima kehadiran kami dgn penuh mesra... Ia kenangan yg pastinya tak dapat kami lupakan sehingga ke akhir hayat.





 

Monday, March 17, 2008

Sedenak-Pagoh-Kulai

Sempat mengabadikan kenangan di papantanda berhampiran rumah Ah Mat (Mat Gebu) di Sedenak, Johor. Dari KL jam 5.30 & sampai di sana 9.30 pagi. Dalam perjalanan, berhenti di Pagoh (saya tiba2 teringat akan Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di sini). 

Cuaca baik sepanjang perjalanan dan kami disambut dengan mesra oleh Mat & bondanya. Kawasan sekitar sangat aman & dipenuhi ladang kelapa sawit. Bonda Mat begitu peramah & rajin bercerita tentang anak kesayangannya. Kami singgah selama 1 jam saja kerana hendak ke Kulai pula. 

Meskipun seketika, kami rasa cukup berbesar hati menerima layanan yg mesra. Sempena kunjungan ke sana, saya menyampaikan gift Ah Mon @ Brunei untuk Mat.  Hehe, bukan senang nak berfoto dgn papantanda jalan rumah Kasawari. Blognya mengambil sempena nama jalan ini. 

kawasan perumahan agak sunyi & damai. Sangat sesuai mencari ilham untuk melahirkan entries blog yg 'mengancam'. Di depan rumah Kasawari ada pokok mangga yg sarat berbuah...

Juga bertemu Kasawari, Linda, Ammar & Aiman. Inilah pertemuan ketiga dgn Kasawari & anak2nya. Kali kedua sempena MsjBox Gathering di Port Dickson. Ammar & Aiman sungguh ceria & menggembirakan kami dengan telatah2 mereka.
 


 

Saturday, November 17, 2007

Fraser's Hill

 




Salam ceria! Kunjungilah Fraser's Hill, Raub, Pahang untuk menghirup udara nyaman yg menyegarkan. Pastikan kenderaan dlm keadaan baik sebelum mendaki jalan sempit ke puncak. Isi minyak penuh2 sebab di atas sana tiada stesen minyak. Juga bawa duit secukupnya kerana ATM tiada (ketika posting ni dibuatlah) untuk beli makanan atau keperluan lain serta, tentu sekali, souvenirs.

Kalau nak bawa bekalan sendiri pun boleh. Bentang tikar dan makanlah roti dengan sardin atau telur rebus. Tapi, awas ... di sesetengah tempat banyak monyet berkeliaran dan mereka akan datang 'serang' kalau terbau makanan.

Harga makanan .. biasalah, mahal sikit. Tapi dapat tengok pemandangan cantik, dapat bergambar, tu dah best, kan. Don't expect too much bila di sini, just enjoy yourself. 

Monday, September 3, 2007

Nostalgia Ramadan





Ramadan mengimbau sejarah dan kenangan terhadap keluarga yg telah pergi meninggalkan kita. Sekitar 1965. Saya bersama ayahanda (pulang ke Rahmatullah 1996) di kuarters Klinik Kesihatan Dong, Raub, Pahang. Itulah uniform Pengawas Kesihatan yg perlu dikanji dan digosok (ketika itu seterika arang). (Kanan) Bersama bonda di Padang Bandaran Bentong. Fesyen rambut 'pokok kelapa' memang kegilaan anak-anak masa tu...Bonda dengan trend rambut 'kembang' ala 60an, berkebaya renda dan kain batik lepas.

Wan Bah, bidan di Ketari, Bentong yg telah menjaga 3 orang anak angkat termasuk 2 anak perempuan Cina (salah seorangnya, bonda saya). Saya tak sempat mengenalinya kerana dia meninggal dunia waktu saya masih kecil. Bonda bergambar dengan mertuanya, Watiah bt Ranu (keturunan Jawa) di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Bahagian hutan di belakang tu kini sudah dipenuhi hotel.

Itulah saya (nombor 2 dari kiri) bersama lelaki Sikh yg saya panggil Tata (datuk). Dia telah menjadi 'bapa angkat' kepada bonda saya. Kebetulan, rumah kecilnya di belakang rumah Wan Bah. Dia yg berasal dari Chad di benua India menjadi tempat bonda saya meminta wang masa dia masih di bangku sekolah. Tata memang penyayang terhadap kami 'cucu-cucu angkat'nya kerana dia sebatang kara. Masih teguh dalam ingatan, setiap kali dia pulang dari tempat kerjanya, dia pasti membawakan biskut, gula-gula dan jajan lain untuk diberikan kepada kami... Foto tahun 1967 

Thursday, March 8, 2007

Reunion March 2006

 




Majlis Re-union MGSS-Tg.Afzan ke-2 setahun yg lalu. Kami berpakat untuk hi-tea di Puteri Pacific kerana kebanyakan daripada kami bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Kali ini lebih ramai daripada yg pertama. Kali pertama bertemu, topik menarik adalah berapa orang anak, serta bagaimana kami berubah dari segi wajah dan bentuk tubuh, ahaks!

Saya (yg selalu jadi penganjur) turut menjemput guru2 yg mengajar kami tetapi malangnya mereka masih tinggal di Kuantan dan tidak dapat hadir. Walaubagaimana pun, dua rakan yg bermastautin di sana sempat singgah untuk beramah mesra. Ada yg membawa anak sekali dan sudah tentu mereka menjadi tumpuan.

Ada di antara rakan2 yg dah jadi pegawai besar, bos firma mereka sendiri atau penolong HM. Malah ada yg begitu successful sehingga mampu berumah dan berkereta besar (mungkin juga punya teman hidup yg kaya). 

Namun ada juga yg mengalami keruntuhan rumahtangga dan kini hidup sendirian atau bersama anak2. Walauapa pun, re-unions sering memberi rasa gembira dan sedih, nostalgia dan permainan emosi. Ia mengingatkan kita bahawa dulu kita pernah menjadi remaja...

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...