Sempat mengabadikan kenangan di papantanda berhampiran rumah Ah Mat (Mat Gebu) di Sedenak, Johor. Dari KL jam 5.30 & sampai di sana 9.30 pagi. Dalam perjalanan, berhenti di Pagoh (saya tiba2 teringat akan Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di sini).
Cuaca baik sepanjang perjalanan dan kami disambut dengan mesra oleh Mat & bondanya. Kawasan sekitar sangat aman & dipenuhi ladang kelapa sawit. Bonda Mat begitu peramah & rajin bercerita tentang anak kesayangannya. Kami singgah selama 1 jam saja kerana hendak ke Kulai pula.
Meskipun seketika, kami rasa cukup berbesar hati menerima layanan yg mesra. Sempena kunjungan ke sana, saya menyampaikan gift Ah Mon @ Brunei untuk Mat. Hehe, bukan senang nak berfoto dgn papantanda jalan rumah Kasawari. Blognya mengambil sempena nama jalan ini.
kawasan perumahan agak sunyi & damai. Sangat sesuai mencari ilham untuk melahirkan entries blog yg 'mengancam'. Di depan rumah Kasawari ada pokok mangga yg sarat berbuah...
No comments:
Post a Comment