Kepulangan saya ke kampung mertua di Perlis begitu bermakna pada Syawal tahun ini. Saya bertemu Ezry
(budak lelaki di dalam foto, bersama ibunya). Ezry sangat meminati
rancangan masakan dan setiap kali semasa bersahur, dia akan menghadap tv
untuk menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils.
Hari cuti sekolah
pula, dia akan menonton siaran pagi dan ulangannya juga!
Sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, dia begitu teruja (dan tak sangka,
mungkin) sehingga terus mencapai basikalnya dengan pantas lalu mengayuh
laju meninggalkan rumah. Kami tersenyum melihat kelibatnya yg begitu
terburu-buru pergi. "Mungkin dia malu," kata ibunya.
Sebelum tu, dia di
dapur dan ibunya telah menceritakan bahawa 'Chef Lin' ada di ruang tamu.
Ezry juga peminat Chef Liza dan semua rancangan masakan yg ditayangkan
di tv. Dia bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang
masakan di UiTM Shah Alam! Masih di Tahun 3 tapi penuh dengan
semangat...!!
Kisah
kedua diceritakan oleh Raihan, adik ipar saya. Dia memiliki sebuah
kedai menjahit pakaian. Kebetulan tak jauh dari rumah Ngah Lah, seorang
lelaki yg sudah berusia lebih 60 tahun. Kata Ngah Lah, dia cukup suka
menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils sehinggakan tak lepas satu
siaran pun. Punyalah terkejutnya dia bila Raihan memberitahunya bahawa
pengacara rancangan tu, merupakan kakak iparnya!
Jadi, sehari sebelum
Hari Raya, saya pun mengambil kesempatan bertemu dan berbual seketika
dengannya. Ternyata dia bagaikan tak percaya...
Demikianlah
antara kenangan manis yg ingin saya kongsi...dari penjual bunga di
Padang Besar sehingga ke penjual tudung berbangsa Siam di Nat (pasar
pagi Balai Baru), mereka menegur mesra saya kerana mengaku tak
ketinggalan menonton rancangan masakan itu...mudah-mudahan kita mendapat
manfaat.