Bulan
Disember di pusat-pusat membeli-belah dan ruang lobi pejabat-pejabat
besar memang meriah dengan pokok-pokok fir yg dihias cantik. Jika anda
berpeluang ke negara barat, keadaannya lebih 'sakan' dengan lagu-lagu
Christmas Carols berkumandang di merata tempat. Di
pekarangan bangunan CIMB berdekatan stesen LRT Masjid Jamek. Ramai
pelancong asing mengambil kesempatan mengabadikan kenangan. Pokok fir
dihias dengan pelbagai jenis bebola, riben, hadiah dll. Saya suka
membandingkan efek setiap hiasan pada keseluruhan pokok.
Di
Berjaya Times Square...memang 'gergasi' pokok krismasnya. Foto bawah
seperti berada di angkasa dengan bintang-bintang bertaburan dan planet
merah serta keemasan.
No comments:
Post a Comment