Monday, December 22, 2008

Moroccan Pavilion

Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman. Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas. Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman. Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas. Lihatlah pintunya yg besar, menghala ke dalam kawasan yg boleh dilawati. Seni ukiran dan mozek begitu halus, menggambarkan keunikan yg tersendiri. Ukiran ayat2 suci menambahkan rasa murni dan keinsafan dalam jiwa. Sebelum ke Putrajaya, singgah di Cyberjaya menjemput anak lelaki yg menuntut di MMU. Dia jarang pulang (kerana banyak assignment), jadi pada hujung minggu yg agak free, memang kami ambil peluang untuk menghabiskan waktu bersamanya...

Morocco Pavilion

 

 




Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman.

Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas.

Lihatlah pintunya yg besar, menghala ke dalam kawasan yg boleh dilawati. Seni ukiran dan mozek begitu halus, menggambarkan keunikan yg tersendiri. Ukiran ayat2 suci menambahkan rasa murni dan keinsafan dalam jiwa.

Sebelum ke Putrajaya, singgah di Cyberjaya menjemput anak lelaki yg menuntut di MMU. Dia jarang pulang (kerana banyak assignment), jadi pada hujung minggu yg agak free, memang kami ambil peluang untuk menghabiskan waktu bersamanya...

 

Tuesday, December 16, 2008

Christmas 2008

Bulan Disember di pusat-pusat membeli-belah dan ruang lobi pejabat-pejabat besar memang meriah dengan pokok-pokok fir yg dihias cantik. Jika anda berpeluang ke negara barat, keadaannya lebih 'sakan' dengan lagu-lagu Christmas Carols berkumandang di merata tempat. Di pekarangan bangunan CIMB berdekatan stesen LRT Masjid Jamek. Ramai pelancong asing mengambil kesempatan mengabadikan kenangan. Pokok fir dihias dengan pelbagai jenis bebola, riben, hadiah dll. Saya suka membandingkan efek setiap hiasan pada keseluruhan pokok. 

Di Berjaya Times Square...memang 'gergasi' pokok krismasnya. Foto bawah seperti berada di angkasa dengan bintang-bintang bertaburan dan planet merah serta keemasan.

Christmas Trees

 




Bulan Disember di pusat-pusat membeli-belah dan ruang lobi pejabat-pejabat besar memang meriah dengan pokok-pokok fir yg dihias cantik. Jika anda berpeluang ke negara barat, keadaannya lebih 'sakan' dengan lagu-lagu Christmas Carols berkumandang di merata tempat.

Di pekarangan bangunan CIMB berdekatan stesen LRT Masjid Jamek. Ramai pelancong asing mengambil kesempatan mengabadikan kenangan. Pokok fir dihias dengan pelbagai jenis bebola, riben, hadiah dll. Saya suka membandingkan efek setiap hiasan pada keseluruhan pokok.

Di Berjaya Times Square...memang 'gergasi' pokok krismasnya. Foto bawah seperti berada di angkasa dengan bintang-bintang bertaburan dan planet merah serta keemasan.

 

Wednesday, October 29, 2008

Bertemu Ejul

 

Pada hari Isnin, 13 Oktober 2008 saya mengadakan pertemuan dengan Ejul di pejabatnya di Shah Alam. Meskipun sempat berbual hanya beberapa ketika, saya rasa gembira kerana dapat menghadiah buku2 sebagai cenderahati. Doa saya semoga Faizul akan meneruskan karya dan kelak muncul sebagai penulis yg disegani. Setiap kali Pesta Buku Antarabangsa KL, Ejul akan datang berbual dgn saya di booth (reruai). Dia telah berjaya menulis buku, tahniah!

Tuesday, October 28, 2008

Blog dan ITNM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada minggu lepas pula, saya membuat surprise visit ke Institut Terjemahan Negara Malaysia di Wangsa Maju untuk bertemu dengan enche. Beliau sudah berkhidmat di sana selama 15 tahun. Banyak cerita menarik tentang dunia buku yg kami kongsi bersama. Enche memang seorang yg peramah dan dia juga bercita-cita untuk menulis novel di masa akan datang. 

 Saya bersama Datuk Chamil Wariya di dalam studio BLOG, yg dapat ditonton setiap Ahad di RTM1 bermula jam 8.40 malam. Datuk Chamil kaya dengan pengalaman dalam bidang penulisan dan sempat berkongsi dengan saya pelbagai aspek tentang dunia perbukuan dan media secara amnya. Pengalaman yg tidak ternilai!

Sunday, October 26, 2008

Rakan Klinik Kesihatan Dong, Raub.









Foto tahun 1969. Saya di Standard One, Methodist Girls' School, Raub, Pahang. Uniform blaus putih dengan skirt dan tali leher merah. Waktu itu kami sekeluarga tinggal di Pusat Kesihatan Dong yg terletak kira-kira 9 batu dari Raub. Ia juga menempatkan klinik untuk rawatan pesakit luar. 

Di situlah penduduk kampung mendapatkan rawatan pergigian, ibu2 mengandung, suntikan pelalian dan seumpamanya. Di mana agaknya rakan2 saya yg tiga orang lagi tu? Masihkah mereka mengingati saya, agaknya? Saban tengah hari kami menunggu bas sekolah yg berwarna hitam-putih. 

Foto ini diambil oleh ayahanda saya pada satu hari yg panas terik (tengoklah muka saya berkerut...!) Malangnya persahabatan kami tidak lama (walaupun tinggal di berek yg sama). Berek adalah kuarters khas untuk kakitangan kerajaan yg bekerja di situ. Pegawai yg lebih tinggi pangkatnya akan tinggal di rumah berkembar dua. 

Manakala doktor pula di rumah banglo lengkap dengan orang gaji dan tukang kebun. Masa ni pula, ramai doktor dari Korea yg berkhidmat di pusat2 kesihatan seumpama ini. Yg paling boring, doktor tu memelihara anjing. Kadangkala anjing itu terlepas dari kurungan dan mengejar kami yg bermain di persekitaran. Pengalaman ngeri, woo, dikejar anjing...!

Barrack Friends

Foto tahun 1969. Saya di Standard One, Methodist Girls' School, Raub, Pahang. Uniform blaus putih dengan skirt dan tali leher merah. Waktu itu kami sekeluarga tinggal di Pusat Kesihatan Dong yg terletak kira-kira 9 batu dari Raub. Ia juga menempatkan klinik untuk rawatan pesakit luar. Di situlah penduduk kampung mendapatkan rawatan pergigian, ibu2 mengandung, suntikan pelalian dan seumpamanya.

Di mana agaknya rakan2 saya yg tiga orang lagi tu? Masihkah mereka mengingati saya, agaknya? Saban tengah hari kami menunggu bas sekolah yg berwarna hitam-putih. Foto ini diambil oleh ayahanda saya pada satu hari yg panas terik (tengoklah muka saya berkerut...!)

Malangnya persahabatan kami tidak lama (walaupun tinggal di berek yg sama). Berek adalah kuarters khas untuk kakitangan kerajaan yg bekerja di situ. Pegawai yg lebih tinggi pangkatnya akan tinggal di rumah berkembar dua. Manakala doktor pula di rumah banglo lengkap dengan orang gaji dan tukang kebun. 

Masa ni pula, ramai doktor dari Korea yg berkhidmat di pusat2 kesihatan seumpama ini. Yg paling boring, doktor tu memelihara anjing. Kadangkala anjing itu terlepas dari kurungan dan mengejar kami yg bermain di persekitaran. Pengalaman ngeri, woo, dikejar anjing...!


 

Friday, October 17, 2008

Polo The 3rd Cat

Inilah kucing yg sudah tinggal bersama kami sejak 2 bulan lalu. Usianya hampir 4 bulan kini. Mulanya ia dipelihara oleh umi-e (3 ekor). Oleh kerana umi-e sedang mencari sesiapa yg sudi untuk memberikan tempat tinggal dan kasih-sayang pada kucing itu, shali sudi mengambil dua ekor. 

Seminggu kemudian shali menyerahkan kepada kami seekor. Nama kucing shali ialah Solo. Kami pula menamakan kucing di sebelah ini, Polo. Polo sangat suka bermain (typical young boys, hehe). Ia akan mengejar kaki kita dan menggigit manja tumit. Ia sangat manja dengan Nazurah & Aqilah. 

Kadangkala tidur pun di atas perut Aqilah, anak bongsu saya. Kalau dengan NY, ia gemar memegang hujung seluar dan tak lepaskan walau dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Kami ketawa melihat gelagatnya. Kata NY, "Tengok nii! Polo berlagak macam mintak ampun..." 

Balik ke Perlis raya yg lepas, Polo ikut sekali. Dalam kereta sepanjang 7 jam perjalanan, ia hanya makan dan tidur saja. Memang mudah menjaganya. Di kampung, ia berlari ke sana dan ke mari kerana halaman yg begitu luas. Dan kesukaannya ialah bermain karom! 

Setiap kali bunyi seseorang menjentik buah karom, Polo akan datang biar pun ia sedang makan... Selalunya ia berjaya menolak sebiji-dua buah karom ke dalam lubangnya! Memang Polo menceriakan keluarga kami...  

Thanks, umi-e & shali. Inilah kucing ke-3 yg kami pelihara setelah Quedo (mati sakit) dan Kittywit (jadi terlalu hiperaktif & ganas menggigit aje kerjanya; jadi terpaksa dilepaskan...).  

 

Thursday, October 9, 2008

Memori Raya 2008











Kepulangan saya ke kampung mertua di Perlis begitu bermakna pada Syawal tahun ini. Saya bertemu Ezry (budak lelaki di dalam foto, bersama ibunya). Ezry sangat meminati rancangan masakan dan setiap kali semasa bersahur, dia akan menghadap tv untuk menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils. 

Hari cuti sekolah pula, dia akan menonton siaran pagi dan ulangannya juga! Sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, dia begitu teruja (dan tak sangka, mungkin) sehingga terus mencapai basikalnya dengan pantas lalu mengayuh laju meninggalkan rumah. Kami tersenyum melihat kelibatnya yg begitu terburu-buru pergi. "Mungkin dia malu," kata ibunya.

Sebelum tu, dia di dapur dan ibunya telah menceritakan bahawa 'Chef Lin' ada di ruang tamu. Ezry juga peminat Chef Liza dan semua rancangan masakan yg ditayangkan di tv. Dia bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di UiTM Shah Alam! Masih di Tahun 3 tapi penuh dengan semangat...!! 

 Kisah kedua diceritakan oleh Raihan, adik ipar saya. Dia memiliki sebuah kedai menjahit pakaian. Kebetulan tak jauh dari rumah Ngah Lah, seorang lelaki yg sudah berusia lebih 60 tahun. Kata Ngah Lah, dia cukup suka menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils sehinggakan tak lepas satu siaran pun. Punyalah terkejutnya dia bila Raihan memberitahunya bahawa pengacara rancangan tu, merupakan kakak iparnya! 

Jadi, sehari sebelum Hari Raya, saya pun mengambil kesempatan bertemu dan berbual seketika dengannya. Ternyata dia bagaikan tak percaya... Demikianlah antara kenangan manis yg ingin saya kongsi...dari penjual bunga di Padang Besar sehingga ke penjual tudung berbangsa Siam di Nat (pasar pagi Balai Baru), mereka menegur mesra saya kerana mengaku tak ketinggalan menonton rancangan masakan itu...mudah-mudahan kita mendapat manfaat.

Bertemu Ezry

Kepulangan saya ke kampung mertua di Perlis begitu bermakna pada Syawal tahun ini. Saya bertemu Ezry (budak lelaki di dalam foto, bersama ibunya). Ezry sangat meminati rancangan masakan dan setiap kali semasa bersahur, dia akan menghadap tv untuk menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils. Hari cuti sekolah pula, dia akan menonton siaran pagi dan ulangannya juga!

Sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, dia begitu teruja (dan tak sangka, mungkin) sehingga terus mencapai basikalnya dengan pantas lalu mengayuh laju meninggalkan rumah. Kami tersenyum melihat kelibatnya yg begitu terburu-buru pergi. "Mungkin dia malu," kata ibunya. Sebelum tu, dia di dapur dan ibunya telah menceritakan bahawa 'Chef Lin' ada di ruang tamu.

Ezry juga peminat Chef Liza dan semua rancangan masakan yg ditayangkan di tv. Dia bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di UiTM Shah Alam! Masih di Tahun 3 tapi penuh dengan semangat...!!


Kisah kedua diceritakan oleh Raihan, adik ipar saya. Dia memiliki sebuah kedai menjahit pakaian. Kebetulan tak jauh dari rumah Ngah Lah, seorang lelaki yg sudah berusia lebih 60 tahun. Kata Ngah Lah, dia cukup suka menonton rancangan Selera Ramadan MMVitaoils sehinggakan tak lepas satu siaran pun. Punyalah terkejutnya dia bila Raihan memberitahunya bahawa pengacara rancangan tu, merupakan kakak iparnya! Jadi, sehari sebelum Hari Raya, saya pun mengambil kesempatan bertemu dan berbual seketika dengannya. Ternyata dia bagaikan tak percaya...

Demikianlah antara kenangan manis yg ingin saya kongsi...dari penjual bunga di Padang Besar sehingga ke penjual tudung berbangsa Siam di Nat (pasar pagi Balai Baru), mereka menegur mesra saya kerana mengaku tak ketinggalan menonton rancangan masakan itu...mudah-mudahan kita mendapat manfaat.

 

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...