Thursday, February 9, 2012

KUIH SIPUT

600 gm tepung gandum
Garam secukup rasa
160 gm marjerin
20 gm lemak sayuran
1 biji telur
200-220 ml air
Minyak masak

Cara membuatnya
1. Ayak tepung bersama garam.
2. Gaulkan marjerin dan lemak sayuran dengan tepung.
3. Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit air.
4. Uli menjadi doh yang lembut.
5. Ambil sedikit, tekan di atas acuan hingga nipis.
6. Kemudian gulung seperti menjadi bentuk siput.
7. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
8. Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Friday, February 3, 2012

Sepetang di Auditorium Karangkraf Mall

Sesi diskusi yang memberi pelbagai maklumbalas tentang kebolehan seseorang Selebriti menulis dan apakah implikasinya kepada senario perbukuan tanah air.
Bergambar beramai-ramai setelah tamat sesi 'Sembang Buku'. Dari kiri, Hasreeyati, Sophia (terima kasih kerana merakamkan foto-foto sempena majlis itu), Ahmad Fedtri, Datuk Fadzley, Pn Sri Diah dan Meen Tahrin (editor Media Hiburan).
Bertukar-tukar pandangan dan meluahkan isi hati tentang topik yang dibincangkan. Sebagai pengacara yang serba boleh, Ahmad Fedtri menceriakan suasana pada petang itu dengan celotehnya yang mencuit hati.
Saya berkongsi pengalaman selama 20 tahun dalam bidang masakan (sejak 1992 memasuki Pertandingan Memasak anjuran Jelita-Kelloggs) dan 18 tahun bergiat aktif dalam bidang penulisan (novel pertama ARCA IMPIAN terbitan Berita Publishing pada 1994).

Wednesday, January 25, 2012

Jadual Demo Masakan

Jom serbu Festival Penulis hujung minggu ni di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. Temui saya jam 11 pagi pada hari Ahad.

Saya akan menyediakan :
(1) Puri (dari buku 'Belajar Memasak 2)
(2) Ayam Masala (dari buku '100 Juadah Perayaan)

Jangan ketinggalan untuk merasa kedua-dua jenis masakan.
Dan dapatkan tandatangan jika membeli buku-buku masakan & novel saya, insyaAllah.
Terima kasih atas kesudian kalian untuk hadir ...

Monday, January 23, 2012

Asam Rebus Biji Cempedak

2 ekor ikan sungai (misalnya, keli, sepat, tilapia dll), dipotong
10 biji cempedak, direbus empuk
2 tangkai daun kesum
½ kuntum bunga kantan
1 sudu besar pes cili (lebihkan jika suka pedas @ gantikan dengan cili kering yg direndam)
1 keping asam gelugur (guna 2 jika kecil)
Air secukupnya
Garam, gula secukup rasa

Bahan ditumbuk halus
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh ketumbar
1 cm belacan
1 cm kunyit

Cara membuat
1. Satukan semua bahan di dalam periuk. Anggaran air sama paras dengan ikan dan biji cempedak.
2. Jerang atas api sederhana sambil dikacau sekali-sekala.
3. Bila mendidih dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Aktiviti 29 Jan 2012

Jangan lupa temujanji kita pada hari ahad, 29 Jan 2012 di tapak Festival Penulis, Karangkraf, Seksyen 16, Shah Alam.

JAM 11 PAGI
Demo Memasak dua resipi drpd buku :
(1) 100 Juadah Perayaan
(2) Belajar Memasak 2

JAM 2.30-4.30 PTG
Sembang Buku bersama Moderator Ahmad Fedtri Yahya.
Para Panel Jemputan terdiri daripada :
(1) Norzailina Nordin
(2) Dato' Fazley Yaakob
(3) Meen Tahrin

Jualan buku-buku ada potongan sehingga 70%.
Festival Penulis bermula daripada hari Jumaat - Ahad.

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...