Friday, May 10, 2019

Cara Khusyuk Solat

"Ketika kita sholat, akan ada Iblis bernama Khanzab. Dia ini kerjanya memang mengganggu orang solat. Kita akan mengingat hal-hal yang tidak penting atau lupa rakaat. Dia juga akan membawa keraguan apakah kita kentut atau tidak," tulis Ustaz Alif Omar.

" Rasulullah pernah berpesan yang diriwayatkan Ahmad mengenai masalah ini, 'Jika kentut, pastikan telinga kita mendengar suara dan mencium baunya. Jika tidak, bererti itu pekerjaan Khanzab. Kalau teringat urusan di luar solat, itu juga perbuatan dia."

Cara melawan Khanzab ini, sebenarnya cukup mudah. Semuanya dilakukan sebelum mengerjakan solat.

"Pertama, baca ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim), setelah itu ludah tiga kali ke kiri. Syarat saja meludahnya, jangan dengan air-airnya. Kemudian baca Ayat Kursi sebanyak satu kali. Disambung dengan membaca Surag An-Nas juga satu kali," kata Ustaz Alif.

Dianjurkan Pahami Setiap Bacaan Sholat

Setelah melakukan itu semua, baru memulai solat. Ustaz Alif juga menganjurkan untuk memahami setiap bacaan dalam solat sehingga menambah khusyuk.

"Cuba fahami maksud ayat-ayat dalam bacaan solat. Apa ertinya Surah Al-Fatihah, bacaan rukuk, iqtidal, sujud dan lain-lain," katanya. "Jadi,sambil membaca bacaan solat, kita juga harus faham ertinya. Bukan hanya dibaca atau dihafalkan saja.

"Silakan cuba cara ini. Lihat siapa yang menang, kita atau syaitan?"

Insyaa Allah.

(Sumber: siakapkeli.my)


 

Monday, May 6, 2019

Dapur With Love

Article tentang saya di Women's Weekly (Malaysia) ketika menjadi Juri untuk 'Dapur With Love' yang dianjurkan oleh BluInc Publication. It was wonderful to try various products eg yoghurt, cookies, crisps, drinks, peanut butter, chocolate spreads etc and to give my sincere views based on texture, colour, smell and taste. Lupakan kolestrol dan kalori apabila menjadi juri mana-mana pertandingan, hehe.
 

Friday, October 19, 2018

Bridge Near Neuschwanstein Castle


Neuschwanstein Castle, Southern Bavarian, Germany is a 19th-century Romanesque Revival palace on a rugged hill above the village of Hohenschwangau near Fussen. The palace was commissioned by King Ludwig II of Bavaria as a retreat and in honour of Richard Wagner. Ludwig paid for the palace out of his personal fortune and by means of extensive borrowing, rather than Bavarian public funds.

The castle was intended as a home for the King, until he died in 1886. It was open to the public shortly after his death. Since then more than 61 million people have visited Neuschwanstein Castle. More than 1.3 million people visit annually, with as many as 6,000 per day in the summer.

Sunday, August 26, 2018

Duta Vesawit


 


Alhamdulillah, pengalaman menarik shooting utk iklan Vesawit bersama anak bongsu, Nazifa Aqillah. Saya telah dilantik sebagai Duta bermula Ogos 2018 yg lalu sehingga Ogos 2020. Saya memilih Vesawit kerana ia tahan panas jika digoreng berkali-kali, mengandungi Vitamin E (disahkan oleh Swiss Vitamin Institute) dan sememangnya minyak yang lebih sihat kerana ia Tanpa Lemak-Trans dan Tanpa Kolesterol.

Thursday, April 13, 2017

7 New Cartergate Street

Selepas 36 tahun, saya kembali semula di hadapan rumah sewa semasa menuntut di Grimsby College of Technology (sekarang Grimsby Institute), South Humberside, United Kingdom. Foto 1981 diambil pada awal bulan Januari. Muka saya bulat kerana makan coklat pada musim dingin - coklat sangat murah di United Kingdom, hehe.

Saya berjalan kaki ke kolej (macam masa student) meskipun cuaca dingin bulan April 2017.  Dari kolej, naik bas pula ke bandar Grimsby. Kawasan shopping telah berbumbung, begitu juga pasar lebih teratur dan kemas berbanding dulu. 

Kawasan depan New Cartergate Street ini dulunya tempat letak kereta. Kini sudah ada jalan raya merentanginya. Nostalgia sungguh apabila teringat zaman student dulu yg penuh dengan memori pahit dan manis. 

Semoga ada rezeki untuk ke sana lagi satu hari nanti, insyaa Allah.
 

Sunday, September 13, 2015

Ulam Kasih Sambal Cinta


Ulam Kasih Sambal Cinta
( published by Alaf21 ) - 560 pages - Romantic Comedy
RM 27.00 SM   |   RM 30.00 SS

Sinopsis Novel :

Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

 

Saturday, September 6, 2014

Bake n Sell

Semasa penggambaran rancangan masakan 'Bake And Sell' di HyppTV. Bersama hos, Cay Kuijpers. Di dalam satu hari, semua peserta dikehendaki membeli bahan-bahan di kedai barangan bakeri dan memasak pelbagai jenis dessert kemudian menjualnya di pusat membeli-belah sekitar kota raya.
 

Saturday, August 30, 2014

Pesta Makanan di Putrajaya



Saya telah berpeluang bertemu dengan chef-chef terkemuka, Datuk Chef Wan, Chef Florence dan Chef Kamarul di even masakan di Putrajaya sempena Bulan Kemerdekaan. Saya juga menjual buku-buku masakan di salah sebuah reruai di sana. Turut dijual adalah produk-produk pes, makanan keluaran pelbagai syarikat dan makanan ringan / jajan. 

Semoga ada lagi peluang begini supaya pakar-pakar masakan dapat berjumpa dan bertuka-tukar fikiran tentang dunia kulinari di Malaysia, khususnya. Di event itu juga, Datuk Chef Wan telah mengadakan demo masakan dan mencuit hati penonton dengan pelbagai kisah menariknya sepanjang menjadi chef.

Sunday, November 15, 2009

Bekal Ke Sekolah

Membawa bekalan ke sekolah mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan kerana masakan itu disediakan oleh ibu sendiri. Bukankah air tangan ibu penting dalam mendidik anak-anak yang akan patuh dan membalas kasih sayang yang ditunjukkan? Biarpun hanya dua keping roti bersapu mentega/majerin dengan taburan gula, jem atau serikaya, ia lambang sebuah kesinambungan antara anak, ibu dan keluarga secara keseluruhan. 

Tentu sekali bagi ibu-ibu surirumah sepenuh masa, tiada masalah kerana mereka tidak perlu bergegas ke pejabat. Bekalan yang lazimnya dibawa selain sandwich adalah nasi atau mi serta mihun goreng. Dengan campuran udang atau ayam dan sayur lain, ia hidangan yang sempurna. Jika anda menyediakan semua bahan asas terlebih dulu - kisar bawang, potong sayur dll - masa menggoreng tidak sampai 15 minit. 

 Apa yang paling penting bila menyediakan bekalan anak ke sekolah?  

* mudah - tidak rumit untuk dibuat (jimat masa)
* murah - menggunakan bahan asas yang mudah diperolehi (jimat wang)
* seimbang - mengandungi karbohidrat, protin dan zat lainnya

Sumber karbohidrat selain roti putih atau wholemeal (gandum tulen) ialah roti pita, croissant, ban. Sandwich yang biasa selain sardin atau tuna, ialah telur rebus yang dicampur mayonis dan thousand island dressing atau telur scramble.  

Untuk kelainan, belah 2 roti pita dan sumbatkan dengan isian yang disukai oleh anak-anak. Jangan lupa salad, timun atau tomato untuk zat tambahan. Jika membuat nugget atau sosej goreng, pastikan ada mafin lobak atau roti dengan keju serta buah (epal, oren, pisang) yang mampu memberi diet seimbang untuk anak anda. Sekiranya anak hanya suka makan telur dan ayam, misalnya, ciptakan kelainan. 

Contohnya, bila membuat telur dadar, campurkan dengan sedikit parutan kentang atau pasta rebus (karbohidrat memberi tenaga). Selain digoreng, ayam boleh direbus, dikukus atau dibakar. Jangan putus asa memperkenalkan makanan lain dalam jumlah yang sedikit pada mulanya. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak memang sukar tetapi keadaan ini selalunya berubah bila mereka meningkat dewasa.

 Pastikan juga bekas makanan dan minuman menarik supaya anak-anak gembira membawanya ke sekolah. Jika anak suka berkongsi makanan dengan rakan-rakan, apa salahnya memberi dia bekalan yang lebih? Andaikata anak anda memberi bekalannya pada kucing pada waktu rehat, beritahu dia betapa penting makanan tersebut untuk dirinya sendiri. 

Sikap penyayang baik tetapi harus kena pada tempatnya. Ajak anak-anak ke dapur untuk membuat brownies, biskut dll yang boleh dibawa sebagai bekalan. Ini akan menyemaikan rasa tanggungjawab di samping dapat memupuk semangat yang baik. Tidak salah memberi duit tetapi haruslah menggalakkan dia menabung dan berjimat cermat. 

Elakkan dari membeli jajan yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan pengawet serta pewarna tiruan. Ajar anak-anak dengan cara yang berhemah dan lembut supaya mereka tahu bahawa perhatian yang anda tunjukkan adalah demi kasih sayang pada mereka. 


 

Wednesday, September 9, 2009

NAMA SYAITAN dalam SURAH AL-FATIHAH

 

Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. 

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 

2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 

3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 

4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 

5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! 

7) SIROTHOLLAZI........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 

8) AMIN, hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Tuesday, March 3, 2009

Warkah Cinta

 

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ? Masa umur 19 tahun
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ? Tiada - hanya kata-kata puitis yg menyentuh jiwa.
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ? Tiada - siapa yg mampu, ada kertas wangi, beb.
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ? Ada beberapa helai, tak semua.
5 - Ada disertakan gambar ? Tiada - klise sangatlah.
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ? Tidak - dah koyak setem buat collection.
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ? Simpan buat kenangan (untuk Muzium Cinta ker…?)
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ? 10 November 1982
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ? Anak, masa mula-mula posmen hantar, emak baca dulu...huhu!
10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ? Bergantung pada siapa yang menghantarnya, dan betapa taksub anda mencintainya...fuhh!

Tuesday, February 24, 2009

Novel 'Cuma Dia'

 

Hampir 70 jam selepas menghabiskan novel, rasa rindu pada Dalila, Iqbal, Nina, Farish, Mimi, Ikhwan, Jenny Tan dan Meor Hassan begitu menebal. Tiada dapat lagi menghitung hari bersama mereka, makan di restoran atau kafe yang mereka gemari, melihat pemandangan cantik dan melalui malam-malam yang menggamit kenangan terindah...

Mungkin perasaan begini juga 'terpaksa' ditempuhi oleh ramai novelis di luar sana kerana watak-watak 'ciptaan' di dalam novel telah menjadi sebahagian daripada diri sendiri. Novelis sama-sama mengecapi pengalaman yang dilalui oleh watak dan penuh dengan rasa kasih, benci, sayang, rindu atau bosan. Malah novelis menyelami setiap kegembiraan, kesedihan, kemurungan atau keseronokan watak.

Perjalanan watak yang penuh intrigue, adventure dan suspens membuat novelis gementar dan jiwa sama-sama dihambat perasaan sedemikian. Bayangkan setiap hari selama hampir tiga bulan, menganyam rasa dan membuai naluri bersama mereka. Sebagai novelis, sepanjang masa menulis novel, mampu 'masuk' ke dunia imaginasi cum realiti kerana sesebuah novel merupakan extension kepada apa yang tersirat di dalam diri (atau apa yang didengari, hehe..!!).

Saya kagum dengan novelis yang mampu menulis tiga buah novel sekaligus. Saya ibaratkan minda seperti mempunyai tiga buah bilik. Bila menggarap novel pertama, masuk ke minda 'bilik A'. Seterusnya, tutup pintu dan masuk ke minda 'bilik B' untuk novel kedua. Nampak sukar tetapi semuanya bergantung pada semangat dan sejauh mana seseorang novelis ingin mencabar dirinya sendiri...

Thursday, January 22, 2009

Galeri Perfileman Malaysia

Pintu masuk ke Galeri Perfileman yang terletak di Jln Pahang Kecil (simpang pertama selepas lampu trafik masuk ke Tasik Titiwangsa). Jalan masuknya kecil, menghala ke banglo2 persendirian dan parking merupakan masalah besar sekiranya ramai yang berkunjung ke sini. Banyak peralatan kamera dari zaman 50an sehingga kini dipamerkan. Suasana sebenar dunia lakonan dengan pengarah, penolong, juruteknik lampu dll. Sangat bermanfaat bagi sesiapa yang menggemari filem dan cara pembikinannya. 

Pintu masuk ke Galeri Perfileman yang terletak di Jln Pahang Kecil (simpang pertama selepas lampu trafik masuk ke Tasik Titiwangsa). Jalan masuknya kecil, menghala ke banglo2 persendirian dan parking merupakan masalah besar sekiranya ramai yang berkunjung ke sini. Banyak peralatan kamera dari zaman 50an sehingga kini dipamerkan. Suasana sebenar dunia lakonan dengan pengarah, penolong, juruteknik lampu dll. Sangat bermanfaat bagi sesiapa yang menggemari filem dan cara pembikinannya. Foto artis-artis yang terkenal dari zaman filem hitam-putih. 

Baris atas, no:4 dari kiri, Datuk Jins Shamsudin. Filem2 Jefri Zain (ala spy 007) ketika itu sangat diminati ramai. Ramai bintang2 filem lama yang berbakat besar dan ada di antara lakonan mereka yang benar2 menyentuh jiwa. Foto pelakon terkenal beberapa dekad menghiasi dinding. Terdapat juga bahagian di mana dipamerkan piala2 Festival Filem Malaysia. Foto favourite saya, Balairong Seri tempat Sultan bersemayam. Inilah satu-satunya set menggambarkan keadaan Sultan bila bersemayam di atas petarana baldu kuning bertekad benang emas dan bertatah permata manikam. Ukiran di dinding lambang seni halus pertukangan Melayu.  

:: Memang kunjungan ke sini mengembalikan nostalgia ::

Monday, December 22, 2008

Moroccan Pavilion

Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman. Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas. Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman. Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas. Lihatlah pintunya yg besar, menghala ke dalam kawasan yg boleh dilawati. Seni ukiran dan mozek begitu halus, menggambarkan keunikan yg tersendiri. Ukiran ayat2 suci menambahkan rasa murni dan keinsafan dalam jiwa. Sebelum ke Putrajaya, singgah di Cyberjaya menjemput anak lelaki yg menuntut di MMU. Dia jarang pulang (kerana banyak assignment), jadi pada hujung minggu yg agak free, memang kami ambil peluang untuk menghabiskan waktu bersamanya...

Morocco Pavilion

 

 




Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman.

Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas.

Lihatlah pintunya yg besar, menghala ke dalam kawasan yg boleh dilawati. Seni ukiran dan mozek begitu halus, menggambarkan keunikan yg tersendiri. Ukiran ayat2 suci menambahkan rasa murni dan keinsafan dalam jiwa.

Sebelum ke Putrajaya, singgah di Cyberjaya menjemput anak lelaki yg menuntut di MMU. Dia jarang pulang (kerana banyak assignment), jadi pada hujung minggu yg agak free, memang kami ambil peluang untuk menghabiskan waktu bersamanya...

 

Tuesday, December 16, 2008

Christmas 2008

Bulan Disember di pusat-pusat membeli-belah dan ruang lobi pejabat-pejabat besar memang meriah dengan pokok-pokok fir yg dihias cantik. Jika anda berpeluang ke negara barat, keadaannya lebih 'sakan' dengan lagu-lagu Christmas Carols berkumandang di merata tempat. Di pekarangan bangunan CIMB berdekatan stesen LRT Masjid Jamek. Ramai pelancong asing mengambil kesempatan mengabadikan kenangan. Pokok fir dihias dengan pelbagai jenis bebola, riben, hadiah dll. Saya suka membandingkan efek setiap hiasan pada keseluruhan pokok. 

Di Berjaya Times Square...memang 'gergasi' pokok krismasnya. Foto bawah seperti berada di angkasa dengan bintang-bintang bertaburan dan planet merah serta keemasan.

Christmas Trees

 




Bulan Disember di pusat-pusat membeli-belah dan ruang lobi pejabat-pejabat besar memang meriah dengan pokok-pokok fir yg dihias cantik. Jika anda berpeluang ke negara barat, keadaannya lebih 'sakan' dengan lagu-lagu Christmas Carols berkumandang di merata tempat.

Di pekarangan bangunan CIMB berdekatan stesen LRT Masjid Jamek. Ramai pelancong asing mengambil kesempatan mengabadikan kenangan. Pokok fir dihias dengan pelbagai jenis bebola, riben, hadiah dll. Saya suka membandingkan efek setiap hiasan pada keseluruhan pokok.

Di Berjaya Times Square...memang 'gergasi' pokok krismasnya. Foto bawah seperti berada di angkasa dengan bintang-bintang bertaburan dan planet merah serta keemasan.

 

Wednesday, October 29, 2008

Bertemu Ejul

 

Pada hari Isnin, 13 Oktober 2008 saya mengadakan pertemuan dengan Ejul di pejabatnya di Shah Alam. Meskipun sempat berbual hanya beberapa ketika, saya rasa gembira kerana dapat menghadiah buku2 sebagai cenderahati. Doa saya semoga Faizul akan meneruskan karya dan kelak muncul sebagai penulis yg disegani. Setiap kali Pesta Buku Antarabangsa KL, Ejul akan datang berbual dgn saya di booth (reruai). Dia telah berjaya menulis buku, tahniah!

Tuesday, October 28, 2008

Blog dan ITNM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada minggu lepas pula, saya membuat surprise visit ke Institut Terjemahan Negara Malaysia di Wangsa Maju untuk bertemu dengan enche. Beliau sudah berkhidmat di sana selama 15 tahun. Banyak cerita menarik tentang dunia buku yg kami kongsi bersama. Enche memang seorang yg peramah dan dia juga bercita-cita untuk menulis novel di masa akan datang. 

 Saya bersama Datuk Chamil Wariya di dalam studio BLOG, yg dapat ditonton setiap Ahad di RTM1 bermula jam 8.40 malam. Datuk Chamil kaya dengan pengalaman dalam bidang penulisan dan sempat berkongsi dengan saya pelbagai aspek tentang dunia perbukuan dan media secara amnya. Pengalaman yg tidak ternilai!

Sunday, October 26, 2008

Rakan Klinik Kesihatan Dong, Raub.









Foto tahun 1969. Saya di Standard One, Methodist Girls' School, Raub, Pahang. Uniform blaus putih dengan skirt dan tali leher merah. Waktu itu kami sekeluarga tinggal di Pusat Kesihatan Dong yg terletak kira-kira 9 batu dari Raub. Ia juga menempatkan klinik untuk rawatan pesakit luar. 

Di situlah penduduk kampung mendapatkan rawatan pergigian, ibu2 mengandung, suntikan pelalian dan seumpamanya. Di mana agaknya rakan2 saya yg tiga orang lagi tu? Masihkah mereka mengingati saya, agaknya? Saban tengah hari kami menunggu bas sekolah yg berwarna hitam-putih. 

Foto ini diambil oleh ayahanda saya pada satu hari yg panas terik (tengoklah muka saya berkerut...!) Malangnya persahabatan kami tidak lama (walaupun tinggal di berek yg sama). Berek adalah kuarters khas untuk kakitangan kerajaan yg bekerja di situ. Pegawai yg lebih tinggi pangkatnya akan tinggal di rumah berkembar dua. 

Manakala doktor pula di rumah banglo lengkap dengan orang gaji dan tukang kebun. Masa ni pula, ramai doktor dari Korea yg berkhidmat di pusat2 kesihatan seumpama ini. Yg paling boring, doktor tu memelihara anjing. Kadangkala anjing itu terlepas dari kurungan dan mengejar kami yg bermain di persekitaran. Pengalaman ngeri, woo, dikejar anjing...!

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...