Saturday, June 13, 2020
Live FB - 15/6/2020
Sunday, June 7, 2020
Pokok Tajam Belat
Pokok Tajam Belat atau nama saintifiknya Baccaurea Motleyana berasal
dari keluarga Rambai yang semakin sukar untuk ditemui di Malaysia namun
ada yang menemuinya dalam Hutan Simpan Tekai Tembeling, Jerantut, Pahang
yang terkenal dengan pelbagai spesis flora dan fauna.
Kebiasaannya ia mengeluarkan buah bersaiz biji guli hingga sebesar bola ping pong berwarna kekuningan dan berbuah lebat dibatang secara bergayut pada tangkai panjang. Buah Tajam Belat rasanya masam manis dan boleh dimakan begitu sahaja selain dibuat jeruk dan kulitnya pula boleh dijadikan sayur.
Pokok Tajam Belat hanya boleh ditemui di kawasan hutan berbukit
tinggi. Oleh sebab itu, ramai yang tidak mengenali spesis ini disebabkan
pokok berkenaan hanya tumbuh dalam hutan yang sukar untuk dikunjungi
selain taburan pokoknya yang terlalu sedikit.
Friday, June 5, 2020
My Hobby : Cross-Stitch
Inilah hasil jahitan saya. Bermula sejak sebelum MCO Mac 2020 dan mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk disiapkan. Bersaiz 18inci x 25 inci kain Adda 11ct, menggunakan benang DMC. Sungguh menyeronokkan apabila sudah selesai, kan. Ada sesiapa teringin nak beli, boleh tinggalkan emel di bawah, ya. Thank you semua.
Wednesday, June 3, 2020
Shortbread
Biskut Shortbread
Bahan-bahan
125 gm mentega
50 gm gula kastor
175 gm tepung gandum, diayak
Gula kastor, untuk tabur
Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan uli perlahan menjadi doh.
3. Lengser tin pembakar berukuran 25-26 cm dengan marjerin.
4. Ratakan adunan tadi biar sekata tebalnya.
5. Cucuk permukaannya dengan garfu.
6. Potong bentuk jejari tapi jangan sampai putus.
7. Bakar pada suhu 170 C selama 25-30 minit atau hingga keemasan.
8. Taburkan gula kastor rata-rata di atasnya.
9. Biar 5 minit sebelum memotongnya dan biar sejuk atas redai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Peristiwa Pilu 11 April 2021
Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...