Wednesday, May 15, 2019

Pau Kacang

 

PAU

270 gm tepung pau
5 gm serbuk penaik
2.5 gm pemantap roti
8 gm lemak sayuran
¼ sudu teh ovalette
2 gm yis segera
25 gm gula kaster
130-135 gm air

Cara membuat:
1. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan pemantap roti.
2. Gaul dengan lemak sayuran dan ovalette.
3. Masukkan yis dan gula, kacau rata-rata.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh.
5. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai dan uli lagi selama 10 minit.
6. Bila doh menjadi kenyal, tutup dengan plastik.
7. Biar doh mengembang dua kali ganda. Uli menjadi saiz asal semula.
8. Bahagikan, bubuh inti. Letak atas kertas kalis minyak yang dipotong empatsegi.
Tutup dan biar kembang lagi. Kukus selama 15 minit atau hingga masak.

PAU
Kebanyakan orang suka makan pau kerana ia lembut. Intinya juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Bagi yang kesuntukan masa, boleh menggunakan inti yang sudah sedia seperti serikaya, kelapa parut bergula merah, kacang hijau dan pes kacang merah. Asalnya, pau adalah kuih orang-orang Cina. Sebaik-baiknya, ia dikukus dalam pengukus buluh supaya keasliannya terpelihara.

Bahan terpenting dalam pembuatan pau ialah yis. Secara amnya, ada dua jenis yis. Untuk menjimatkan masa, gunakan yis segera dalam bentuk biji atau ‘granules’. Untuk memastikan yis elok, sediakan sedikit air suam bercampur gula. Taburkan yis di atasnya dan biarkan seketika. Jika nampak berbuih dan kembang, itu bermakna yis elok.

Resipi pau yang disertakan di sini menggunakan pemantap roti. Ia juga dikenali sebagai bread improver. Fungsinya adalah untuk memudahkan doh kembang. Untuk mengembangkan doh, letak mangkuk di dalam hangat. Pastikan ia ditutup terlebih dulu dengan tuala lembab atau plastik nipis (cling film).

Pemantap roti berbeza dengan pelembut atau bread softener. Pemantap adalah dalam bentuk serbuk berwarna putih. Manakala pelembut roti seperti lemak sayuran. Lemak sayuran (vegetable shortening) digunakan supaya pau kelihatan putih. Jika menggunakan marjerin, pau menjadi kekuningan.

Supaya pau menjadi putih, gunakan tepung pau atau tepung berprotein rendah. Ovalette atau Quick 75 adalah pemantap kek span yang menjadikan pau lebih lembut dan gebu. Jika mempunyai mesin pemutar dengan dough-hook, anda tidak perlu menguli dengan tangan. Masukkan semua bahan kering, gaul dengan mesin pada tahap perlahan. Bila semuanya sebati, baru tuangkan sedikit demi sedikit air hingga menjadi doh. Setelah beberapa minit, bolehlah ditaburkan sedikit lagi tepung ke dalam mesin. Ini untuk memudahkan anda mengeluarkan tepung daripada dough-hook.

Jika menguli dengan tangan, ‘tolak’ doh tersebut dengan pangkal tapak tangan sehingga agak nipis. Kemudian tolak naik bahagian bawahnya sebelum diuli lagi seperti tadi. Sekiranya doh terlembik, tambah sedikit lagi tepung. Selalunya doh akan sedikit keras tetapi setelah diuli dengan sempurna, ia menjadi menganjal (elastic).

Sapu sedikit minyak pada permukaan doh dan sekeliling mangkuk. Kemudian tutup kemas. Untuk mempercepatkan proses pengembangan, anda juga boleh meletak mangkuk berisi doh di dalam pengukus berisi sedikit air panas. Pastikan mangkuk di tutup dengan tuala bersih. Kemudian tutup pengukus dan biar hingga doh kembang dua kali ganda.

Pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau. Harus diingati bahawa pau mesti diletak dalam jarak 5 hingga 6 cm setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik saja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.

 

Friday, May 10, 2019

Cara Khusyuk Solat

"Ketika kita sholat, akan ada Iblis bernama Khanzab. Dia ini kerjanya memang mengganggu orang solat. Kita akan mengingat hal-hal yang tidak penting atau lupa rakaat. Dia juga akan membawa keraguan apakah kita kentut atau tidak," tulis Ustaz Alif Omar.

" Rasulullah pernah berpesan yang diriwayatkan Ahmad mengenai masalah ini, 'Jika kentut, pastikan telinga kita mendengar suara dan mencium baunya. Jika tidak, bererti itu pekerjaan Khanzab. Kalau teringat urusan di luar solat, itu juga perbuatan dia."

Cara melawan Khanzab ini, sebenarnya cukup mudah. Semuanya dilakukan sebelum mengerjakan solat.

"Pertama, baca ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim), setelah itu ludah tiga kali ke kiri. Syarat saja meludahnya, jangan dengan air-airnya. Kemudian baca Ayat Kursi sebanyak satu kali. Disambung dengan membaca Surag An-Nas juga satu kali," kata Ustaz Alif.

Dianjurkan Pahami Setiap Bacaan Sholat

Setelah melakukan itu semua, baru memulai solat. Ustaz Alif juga menganjurkan untuk memahami setiap bacaan dalam solat sehingga menambah khusyuk.

"Cuba fahami maksud ayat-ayat dalam bacaan solat. Apa ertinya Surah Al-Fatihah, bacaan rukuk, iqtidal, sujud dan lain-lain," katanya. "Jadi,sambil membaca bacaan solat, kita juga harus faham ertinya. Bukan hanya dibaca atau dihafalkan saja.

"Silakan cuba cara ini. Lihat siapa yang menang, kita atau syaitan?"

Insyaa Allah.

(Sumber: siakapkeli.my)


 

Monday, May 6, 2019

Dapur With Love

Article tentang saya di Women's Weekly (Malaysia) ketika menjadi Juri untuk 'Dapur With Love' yang dianjurkan oleh BluInc Publication. It was wonderful to try various products eg yoghurt, cookies, crisps, drinks, peanut butter, chocolate spreads etc and to give my sincere views based on texture, colour, smell and taste. Lupakan kolestrol dan kalori apabila menjadi juri mana-mana pertandingan, hehe.
 

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...