Monday, July 28, 2008

Morse Code

Tentu kalian terfikir siapakah lelaki ni? Beliau adalah Samuel Morse yg mencipta Morse Code pada 1844 untuk digunakan dengan telegraf elektrik. Ia digunakan dengan meluas sekitar awal abad ke-20. Malah sangat penting bagi militari semasa dalam pertempuran. Ia masih digunakan sehingga kini oleh amateur radio operators atau dikenali sebagai ham. (Lihat MARES : Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia.

Morse Code menggunakan tanda pendek dan panjang dalam bentuk dots (dikenali sebagai dits) dan dashes (tanda panjang, atau dahs), dengan ruang di antaranya untuk menunjukkan huruf, nombor (0-9), tanda bacaan (sengkang, noktah, tanda seruan dll). Setiap orang di seluruh dunia boleh berkomunikasi dengan menggunakan kod yg tertera di bawah.  

Kini saya sedang belajar Morse Code kerana bagi saya, ia sesuatu yg sangat mencabar. Ia berkait rapat dengan keupayaan kita mendengar bunyi kod, kemudian mengidentifikasinya dalam 2-3 saat sebelum mengubah ia menjadi huruf yg perlu ditulis di atas kertas. 

Lebih cepat dapat melakukannya, lebih mahirlah seseorang itu. Sebagai permulaan, mungkin boleh mengenali 12 wpm (perkataan seminit) tetapi boleh meningkat sehingga 30 wpm atau lebih. Menurut kajian, mengirimkan teks dengan Morse Code lebih pantas daripada melalui sms! Hebat, bukan?

Thursday, July 10, 2008

Program Masakan RTM1

 

 Salam semua... Kesibukan tahap gaban. Mungkin inilah ungkapan 'orang muda' masa kini. 

Saya sedang membuat persiapan untuk sesi penggambaran 30 episod rancangan masakan untuk RTM1 bulan Ramadan kelak. Ingin juga saya kongsi jadual seminggu lalu yg amat padat: 

* Mencipta 60 resipi menggunakan produk penaja rancangan 

* Membeli bahan2 masakan yg diperlukan 

* Mencuba 60 resipi masakan & membuat pindaan (jika perlu) 

* Membungkus setiap bahan untuk hampir 100 masakan kerana ada yg perlu disediakan terlebih dulu di rumah (menjimatkan masa di studio) 

* Memasukkan semua bahan resipi di dalam kotak2 bertanda Day 1 hingga Day 10  

* Memastikan semua barang2 dapur yg diperlukan sudah tersedia (kena lias dengan penerbit) 

* Mengunjungi butik untuk fitting baju & tudung (30 helai) 

* Meeting dengan pembantu seramai 2 orang bagi memastikan shooting berjalan lancar  

* Memunggah semua barang ke dalam studio selewat2nya hari Jumaat petang Di tengah2 keberantakan ini, saya dijangkiti virus tekak dan kehilangan suara selama 3-4 hari (kini masih serak macam suara rocker, hehe...). Makan ubat dan vitamin punyalah banyak...dah naik loya. Makanya inilah yg dinamakan dugaan. 

Mungkin juga sedikit stress kerana belum cukup 'rihat' (yg sebenarnya tiada). Syukur saya hampir sembuh... Jadi, selama 10 hari mulai Sabtu (12 Julai-21 Julai) ini, saya akan 'berkurung' di dalam studio dari jam 9 pagi hingga 6 atau 7 malam

Sangatlah saya harapkan rakan2 taulan bloggers agar mendoakan saya sihat sejahtera dan dapat menyempurnakan amanah yg diserahkan pada saya ini. Terima kasih, semoga Ilahi memberkati kalian. 

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...