Thursday, March 8, 2007

Reunion March 2006

 




Majlis Re-union MGSS-Tg.Afzan ke-2 setahun yg lalu. Kami berpakat untuk hi-tea di Puteri Pacific kerana kebanyakan daripada kami bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Kali ini lebih ramai daripada yg pertama. Kali pertama bertemu, topik menarik adalah berapa orang anak, serta bagaimana kami berubah dari segi wajah dan bentuk tubuh, ahaks!

Saya (yg selalu jadi penganjur) turut menjemput guru2 yg mengajar kami tetapi malangnya mereka masih tinggal di Kuantan dan tidak dapat hadir. Walaubagaimana pun, dua rakan yg bermastautin di sana sempat singgah untuk beramah mesra. Ada yg membawa anak sekali dan sudah tentu mereka menjadi tumpuan.

Ada di antara rakan2 yg dah jadi pegawai besar, bos firma mereka sendiri atau penolong HM. Malah ada yg begitu successful sehingga mampu berumah dan berkereta besar (mungkin juga punya teman hidup yg kaya). 

Namun ada juga yg mengalami keruntuhan rumahtangga dan kini hidup sendirian atau bersama anak2. Walauapa pun, re-unions sering memberi rasa gembira dan sedih, nostalgia dan permainan emosi. Ia mengingatkan kita bahawa dulu kita pernah menjadi remaja...

Sunday, December 3, 2006

Reunion Dec 2006

 




Majlis Re-Union Tg.Afzan-MGSS menemukan saya dengan rakan2 lama yg menuntut di tingkatan 1-3 di Sek.Men.Tg.Afzan dan di tingkatan 4-5 di Sek.Men.Methodist, Kuantan. Kami berjumpa di California Kitchen, KLCC (atas saranan salah seorang drpd kami).

Ada di antara kami yg sudah hampir 27 tahun tak bertemu! Bayangkan berapa banyak cerita yg hendak dikongsi. Saat2 gembira ketika di bangku sekolah (ada di antara mereka telah menjadi classmate saya sejak di darjah 2 di Assunta Convent lagi...bayangkan, kenal selama 36 tahun!) Memang tersentuh hati mengingatkan kerenah zaman kanak2 yg masih berhingus dan guru2 tertentu yg kelakar, yg over dan yg memberi peransang sehingga kami berjaya.

Pertemuan sebegini umpama support group kerana ada di antara kami yg terpaksa melalui keperitan melawan kanser atau pelbagai masalah dalam perkahwinan. Berada dalam lingkungan teman2 memberikan semacam inspirasi kerana kita sedar, sebagai manusia, kadangkala kita bersandar pada kenangan lama untuk kembali ketawa...

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...