Saturday, September 27, 2008

San Remo (The Star Newspaper)

 

HAVE you tried cooking mee goreng, laksa, or mee rebus with pastas?
Celebrity Chef Norzailina Nordin, who has been using pasta in many of her recipes for over 15 years, offers some tips on how to infuse Malaysian flavours into the Italian ingredient.
“Use local spices and herbs such as coriander leaves, serai, and spring onion, which are easily available compared to fresh herbs such as thyme and oregano,” she said, adding that she also served pasta with curry, rendang and sambal.

She was speaking at a press conference to promote one of the popular pasta brands in the local market, San Remo recently.
“You can be creative with pastas as it comes in many shapes and varieties. I’ve even made kuih talam using angel hair pasta. “Many people are getting more health conscious now and it’s healthier with pastas,” said the home economist and author. “My favourite pasta is angel hair as it cooks very fast, about 15 minutes and while waiting, you can prepare the other ingredients,” she said.

According to GBA Corporation Sdn Bhd (the exclusive distributor of San Remo in Malaysia) product manager Kwan Su Khoon, San Remo is the market leader in Australia and Malaysia.
“Our customers include housewives, students and working adults. Students living on their own find it easy to prepare our pastas.
“It’s cheaper, too. For example, it’s RM4.50 for a pack of 500g pasta, once boiled it will double up to 1kg.

The Local flavour: Pasta Delight.
“Add in ingredients and you’ll get a wholesome plate of pasta at less than RM5,” she said. San Remo Pasta was established in Australia in 1936. On San Remo’s marketing strategy, Kwan said the sampling sessions in shopping malls introduced consumers to the various types of pastas available.

“More people are consuming pasta, but many Malaysians still prefer spaghetti. To encourage people to use pasta in their cooking, we have come up with different pasta recipes for them to try out. “We’ve had customers who have used the short pasta for kerabu and one customer even created rendang lasagna!” said Kwan, adding that children would love the colourful and short pastas that come in different shapes such as spirals, bowties, and shells.

Norzailina offered some simple tips on cooking pastas.
“Boil it in hot water, then add salt and oil when it’s cooking to prevent it from sticking.
“Make sure that it is al dente (which means just right in Italian or firm to the bite). For creamy sauces, use pastas with shapes so that the sauce sticks to it,” she said. For this Raya, Norzailina had come up with few dishes and one of it is the Pasta Delight. “The gravy just takes about 15 minutes,” she said. The dish is made from plum sauce, black pepper sauce, sardines and garnished with chopped coriander leaves, chillies and bunga kantan.

Rabu lalu saya diundang oleh GBA sebagai jurucakap bagi produk mereka iaitu pasta San Remo. Ini adalah kerana saya telah menggunakan pelbagai jenis pasta keluaran San Remo semenjak beberapa tahun yg lalu. Saya juga pernah mencipta lebih 100 jenis resepi menggunakan pasta jenama tersebut termasuk untuk Sajian Jelita sempena Syawal 2001. Juga untuk Demonstrasi Memasak yg ditaja oleh San Remo. Saya telah ditemubual oleh wartawan dari The Star yg ingin tahu apakah keistimewaan pasta San Remo serta petua-petua penggunaannya dalam beraneka jenis masakan yg sesuai bagi selera orang-orang Malaysia...

Tuesday, September 9, 2008

Reunion 08 Mac 2007

Majlis Re-union MGSS-Tg.Afzan ke-2 setahun yg lalu. Kami berpakat untuk hi-tea di Puteri Pacific kerana kebanyakan daripada kami bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Kali ini lebih ramai daripada yg pertama. Kali pertama bertemu, topik menarik adalah berapa orang anak, serta bagaimana kami berubah dari segi wajah dan bentuk tubuh, ahaks! Saya (yg selalu jadi penganjur) turut menjemput guru2 yg mengajar kami tetapi malangnya mereka masih tinggal di Kuantan dan tidak dapat hadir. 

Walaubagaimana pun, dua rakan yg bermastautin di sana sempat singgah untuk beramah mesra. Ada yg membawa anak sekali dan sudah tentu mereka menjadi tumpuan. Ada di antara rakan2 yg dah jadi pegawai besar, bos firma mereka sendiri atau penolong HM. 

Malah ada yg begitu successful sehingga mampu berumah dan berkereta besar (mungkin juga punya teman hidup yg kaya). Namun ada juga yg mengalami keruntuhan rumahtangga dan kini hidup sendirian atau bersama anak2. Walauapa pun, re-unions sering memberi rasa gembira dan sedih, nostalgia dan permainan emosi. Ia mengingatkan kita bahawa dulu kita pernah menjadi remaja...

 

Wednesday, September 3, 2008

Nostalgia Ramadan

Ramadan mengimbau sejarah dan kenangan terhadap keluarga yg telah pergi meninggalkan kita. Sekitar 1965. Saya bersama ayahanda (pulang ke Rahmatullah 1996) di kuarters Klinik Kesihatan Dong, Raub, Pahang. Itulah uniform Pengawas Kesihatan yg perlu dikanji dan digosok (ketika itu seterika arang). 

(atas gelunsur) Bersama bonda di Padang Bandaran Bentong. Fesyen rambut 'pokok kelapa' memang kegilaan anak-anak masa tu...Bonda dengan trend rambut 'kembang' ala 60an, berkebaya renda dan kain batik lepas. Wan Bah, bidan di Ketari, Bentong yg telah menjaga 3 orang anak angkat termasuk 2 anak perempuan Cina (salah seorangnya, bonda saya) dan seorang anak India Malbari.

Saya tak sempat mengenalinya kerana dia meninggal dunia waktu saya masih kecil. Bonda bergambar dengan mertuanya, Watiah bt Ranu (keturunan Jawa) di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Bahagian hutan di belakang tu kini sudah dipenuhi hotel. 

Itulah saya (nombor 2 dari kiri) bersama lelaki Sikh yg saya panggil Tata (datuk). Dia telah menjadi 'bapa angkat' kepada bonda saya. Kebetulan, rumah kecilnya di belakang rumah Wan Bah. Dia yg berasal dari Chad di benua India menjadi tempat bonda saya meminta wang belanja masa dia masih di bangku sekolah. 
 
Tata memang penyayang terhadap kami 'cucu-cucu angkat'nya kerana dia sebatang kara. Masih teguh dalam ingatan, setiap kali dia pulang dari tempat kerjanya, dia pasti membawakan biskut, gula-gula dan jajan lain untuk diberikan kepada kami...  Foto tahun 1967

 

 

 

Tuesday, September 2, 2008

Bertemu Rozz

Minggu lepas saya sempat bertemu dengan Rozz yg pulang bercuti ke tanah air dari London. Kemesraan terjalin dengan begitu deras kerana kami saling berinteraksi di dalam blog serta sesekali dia menelefon saya. Seperti biasa, banyak cerita2 tentang bloggers yg kami kenali. Kami berharap dapat bersua lagi di lain masa. InsyaAllah.


 

Family: Convo & Birthdays


Sept 2, 2008

Minggu lepas juga saya sekeluarga meraikan konvokesyen adik kedua, Nordiana (Masters dr sebuah universiti di New Zealand) dan adik bongsu, Norafiza (Degree dr OUM). Bonda kelihatan bangga. Adik lelaki , Norman pula sedang belajar untuk memperolehi Ijazah dr UiTM. (Kanan) Dia bersama anak2 saudara dan kek birthday yg meraikan ulangtahun 6 orang dalam bulan Ogos.
ps: Dalam foto hanya 3 orang menyambut birthday, yg lain merajuk kalau tak dapat join sama, hehe...

Sabtu lalu saya juga menjadi tetamu 'gengkicap'. Terima kasih yg tidak terhingga buat mereka kerana sudi menjemput. Di kesempatan itu, kami berbual tentang pelbagai kisah menarik dalam dunia novel. Banyak buah fikiran dan idea2 sensasi yg mereka kongsi bersama. Sangat mengujakan. Kemesraan mereka akan dikenang sampai bila-bila.


 

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...