Foto 1993. Nasrunnizar bersama abahnya, Nadzri. Dan Nadzri bersama paknya, Yahaya. Manakala Yahaya bersama ayahnya, Ismail. Foto berwarna yg semakin pudar dimamah usia... sehinggakan kelihatan seperti foto hitam-putih. Foto 2008. Ismail (yg digelar chaq oleh cucu, nyang oleh cicit) pada usia 97 tahun, bersama anakandanya, Yahaya; cucunya Nadzri dan cicitnya, Nasrunnizar. Hanya foto dapat mengabadikan perjalanan waktu yg tiada terhenti detiknya...
Friday, August 15, 2008
Thursday, August 14, 2008
Two Moons Phenomena
Seluruh dunia menunggu 27 Ogos 2008. Sepanjang Ogos, planet Marikh akan bercahaya di langit malam. Cahayanya paling terang pada hari tersebut. Malah ia kelihatan seperti bulan purnama.
Pada tarikh itu juga, Marikh akan berada 34.65 juta batu dari bumi. Pastikan anda melihat langit pada jam 12.30 tengah malam kerana anda akan mendapati seolah-olah ada dua bulan!
Peristiwa ini hanya akan berada pada jarak ini pada tahun 2287..!!. Jadi, jangan lepaskan peluang kerana kita tiada lagi di bumi 279 tahun dari sekarang...
Tuesday, August 12, 2008
Pulau Langkawi
Tiga hari dua malam di Aseania Resort Langkawi sempena Hari Keluarga NY adalah percutian yg dinanti-nantikan setelah penat bekerja. Lobi indah dgn candeliar and marble artwork yg begitu unik. Kafe menghadap kolam renang (terpanjang di Asia Tenggara) sungguh mendamaikan
Kami bersama dua orang puteri yg turut serta. (Kanan) Melawat kilang membuat pelbagai jenis ubat/bedak/losyen/minyak berasaskan gamat (timun laut). Asal nama 'gamat' adalah kerana sifatnya yg akan berbunyi dgn begitu 'gamat' (riuh) sekali bila berkumpul. Jadi, pencari gamat dapat mengumpulkannya berpandukan bunyi tersebut
Kiri) Paddling di Tasik Dayang Bunting. Nampak saja airnya keruh tapi bila diletak di dalam botol, sangat jernih. Hendak ke situ terpaksa mendaki tangga yg curam. Bukan untuk yg sakit lutut. Berhati-hati kerana banyak monyet yg mungkin akan menerkam tin minuman atau makanan ringan yg dibawa. Ramai sungguh orang.
Melihat kumpulan helang mengambil perut ayam yg sengaja dicampak ke dalam laut. Memang menakjubkan. Langkawi mempunyai 99 buah pulau dan ada yg terbentuk seperti perempuan mengandung lengkap daripada kepala ke kaki.
Di Pulau Beras Basah, salah sebuah destinasi island-hopping. Pantainya cukup cantik tetapi tiada kemudahan awam seperti pancur mandi atau tandas. Kedai menjual jajan dan air juga dibuka sangat lewat. Banyak monyet di sini juga. Kanak2 jangan dibiarkan bersendirian. Pelancong bermandi-manda dan kami 'menjamu mata', hehe....
Friday, August 8, 2008
Tuesday, August 5, 2008
Pedoman
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat makbulkan doamu, Maka DIA Ingin mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNYA.
Mudah-mudahan
mesej ini memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah
hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH. Manusia hanya dapat
merancang, TUHAN yang menentukan...
Peristiwa Pilu 11 April 2021
Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...