Tuesday, August 12, 2008

Pulau Langkawi










Tiga hari dua malam di Aseania Resort Langkawi sempena Hari Keluarga NY adalah percutian yg dinanti-nantikan setelah penat bekerja. Lobi indah dgn candeliar and marble artwork yg begitu unik. Kafe menghadap kolam renang (terpanjang di Asia Tenggara) sungguh mendamaikan

Kami bersama dua orang puteri yg turut serta. (Kanan) Melawat kilang membuat pelbagai jenis ubat/bedak/losyen/minyak berasaskan gamat (timun laut). Asal nama 'gamat' adalah kerana sifatnya yg akan berbunyi dgn begitu 'gamat' (riuh) sekali bila berkumpul. Jadi, pencari gamat dapat mengumpulkannya berpandukan bunyi tersebut

Kiri) Paddling di Tasik Dayang Bunting. Nampak saja airnya keruh tapi bila diletak di dalam botol, sangat jernih. Hendak ke situ terpaksa mendaki tangga yg curam. Bukan untuk yg sakit lutut. Berhati-hati kerana banyak monyet yg mungkin akan menerkam tin minuman atau makanan ringan yg dibawa. Ramai sungguh orang.

Melihat kumpulan helang mengambil perut ayam yg sengaja dicampak ke dalam laut. Memang menakjubkan. Langkawi mempunyai 99 buah pulau dan ada yg terbentuk seperti perempuan mengandung lengkap daripada kepala ke kaki.

Di Pulau Beras Basah, salah sebuah destinasi island-hopping. Pantainya cukup cantik tetapi tiada kemudahan awam seperti pancur mandi atau tandas. Kedai menjual jajan dan air juga dibuka sangat lewat. Banyak monyet di sini juga. Kanak2 jangan dibiarkan bersendirian. Pelancong bermandi-manda dan kami 'menjamu mata', hehe....


 

No comments:

Post a Comment

Peristiwa Pilu 11 April 2021

       Assalamualaikum sahabat, Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِن...