Majlis Re-union MGSS-Tg.Afzan ke-2 setahun yg lalu. Kami
berpakat untuk hi-tea di Puteri Pacific kerana kebanyakan daripada kami bekerja
dan tinggal di Kuala Lumpur. Kali ini lebih ramai daripada yg pertama. Kali
pertama bertemu, topik menarik adalah berapa orang anak, serta bagaimana kami berubah
dari segi wajah dan bentuk tubuh, ahaks!
Saya (yg selalu jadi penganjur) turut menjemput guru2 yg mengajar kami tetapi
malangnya mereka masih tinggal di Kuantan dan tidak dapat hadir. Walaubagaimana
pun, dua rakan yg bermastautin di sana sempat singgah untuk beramah mesra. Ada
yg membawa anak sekali dan sudah tentu mereka menjadi tumpuan.
Ada di antara rakan2 yg dah jadi pegawai besar, bos firma mereka sendiri
atau penolong HM. Malah ada yg begitu successful
sehingga mampu berumah dan berkereta besar (mungkin juga punya
teman hidup yg kaya).
Namun ada juga yg mengalami keruntuhan rumahtangga dan kini hidup sendirian atau bersama anak2. Walauapa pun, re-unions sering memberi rasa gembira dan sedih, nostalgia dan permainan emosi. Ia mengingatkan kita bahawa dulu kita pernah menjadi remaja...