Wednesday, September 30, 2009

Nostalgia Kuih

Amat menarik dan tentunya berbaloi bagi menambah pengetahuan kita tentang kuih-muih tradisional. Jangan lepaskan peluang! Hari Ahad ini adalah hari terakhir pameran tersebut...

Tuesday, September 29, 2009

Resipi Sihat

Siakap Kukus

600 g (1 ekor) ikan siakap
30 g taucu – tapis & cincang
15 ml minyak kelapa dara
180 g (1 biji) tomato – dadu kecil
70 g cendawan butang – hiris nipis
20 gm keichi (gojii)
6 cm halia muda – hiris halus
2 tangkai daun bawang – potong 1 cm
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuat
1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada sulah.
2. Letak ikan di atas daun pisang. Satukan taucu, minyak dan tomato.
3. Tuangkan ke atas ikan. Taburkan cendawan, keichi dan halia muda.
4. Kukus ikan selama 25 minit atau hingga masak.
5. Angkat dan taburkan daun bawang sebelum disajikan.

Salad Buah Dadih

200 g tembikai susu

200 g nenas
280 g oren
150 g pisang
10 ml jus limau nipis

Sos Dadih
3 sudu besar gula perang
150 g dadih ‘rendah lemak’ buah campuran
30 ml jus oren
30 ml madu

Cara membuat
1. Potong dadu tembikai susu dan nenas.
2. Potong berbaji oren untuk ambil isinya.
3. Belah 2 pisang dan potong 1 cm. Gaul dengan jus limau nipis.
4. Campurkan semua buah-buahan dan sudukan ke dalam mangkuk kecil.
5. Satukan semua bahan sos di dalam mangkuk.
6. Tuangkan sos dadih di atasnya dan sajikan.

Saturday, September 26, 2009

Hukum Islam di Tanah Melayu

Tahukah kalian bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu?

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum Kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.

Hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH.

Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya, Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

Hukum Islam yang paling ditakuti ialah mencuri kena kerat tangan. Kita telah ditakut-takutkan dan media barat telah menggambarkan betapa buruknya hukuman kerat tangan ini. Kita perlu tahu, kalau setakat mencuri roti kerana lapar, kalau setakat mencuri seringgit dua ringgit, tidak akan dikenakan kerat tangannya! Islam ada hukum ta’zir, iaitu hukuman yang diringankan oleh pemerintah dengan sebab-sebab tertentu untuk meringankan hukuman tersebut.

Sumber : www.hikmatun.wordpress.com

Monday, September 14, 2009

Raya Greetings


Buat semua pengunjung:
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Buat semua yang memandu untuk pulang ke kampung
atau ziarah-menziarahi:

SENTIASALAH BERWASPADA DI JALAN RAYA

Jangan lupa menyaksikan program masakan saya:
'ENAK LAGI SIHAT'
MULAI HARI RAYA KE-3

JAM 6.30 PAGI (setiap hari), DI TV2

Card Raya : blog.surf7.net

Tat Kelopak

Bahan-bahan
120 gm marjerin

120 gm mentega

60 gm gula aising

1 biji kuning telur

1 sudu teh vanila

330-350 gm tepung gandum
*
50 gm tepung jagung*
* ayak


Bahan jem nenas

450 gm parutan nenas – tapis

1 camb jus limau nipis

180 gm gula pasir

1 batang kulit kayu manis


Cara membuat:

1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.

4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.

5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.

6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

8. Untuk Jem: jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

KUIH LOMPAT TIKAM

110 gm tepung beras
30 gm tepung gandum

300 ml santan (dari 1 biji kelapa)

200 ml jus pandan

2 camca besar gula pasir

Sedikit pewarna hijau

Garam secukup rasa



Bahan sos

300 ml air

150 ml susu segar

3 camca besar tepung jagung

60 gm gula pasir

Garam secukup rasa


Bahan air gula

200 ml air

100 gm gula merah/gula melaka

60 gm gula pasir

1 helai daun pandan, disimpulkan


Cara membuatnya
1. Larutkan semua bahan di dalam kuali.

2. Kacau atas api perlahan hingga kental.

3. Tuangkan ke dalam loyang 20 cm yang sudah dilengser minyak.

4. Kukus selama 15 minit kemudian angkat dan biar sejuk.
5. Untuk sos: Satukan semua bahan. Kacau atas api perlahan hingga pekat.

6. Untuk air gula: Jerang semua bahan hingga mendidih dan gula larut. Renihkan atas api perlahan hingga pekat sedikit.

Bila adunan mulai pekat dan kental, ia menjadi agak berketul-ketul. Anda perlu terus mengacau (sepanjang masa atas api perlahan) hingga adunan menjadi licin, halus dan berbau harum. Jika menggunakan kuali non-stick, adunan yang cukup masak tidak 'lekat' di tepinya.

Saturday, September 12, 2009

Agar-agar Santan

Lapisan Bawah
900 ml air
1 camca besar serbuk agar-agar
130 gm gula pasir
½ camca teh esen ros
Sedikit pewarna merah

Lapisan Atas
450 ml santan (dari 1 biji kelapa)
½ camca besar serbuk agar-agar
90 gm gula pasir
1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara membuatnya
1. Jerang semua bahan lapisan bawah. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 25 cm.
3. Jerang pula semua bahan lapisan atas atas api sederhana.
4. Kacau selalu. Bila mendidih, padamkan api. Keluarkan daun pandan.
5. Bila lapisan bawah sudah hampir keras, sendukkan agar-agar bersantan ke atasnya.
6. Biar keras baru disimpan di dalam peti sejuk.

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan
2 kg sotong, dibersihkan
120 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
60 gm tepung jagung
1 camb rempah kari
¼ camt serbuk kunyit
garam secukupnya
240 ml air
1 biji kuning telur
1 biji putih telur

Cara membuatnya
1. Potong bulat sotong. Letak dalam kuali dan tutup.
2. Masak atas api sederhana kuat selama 2-3 minit atau hingga terbit airnya.
3. Letak dalam penyejat dan biar sejuk.
4. Untuk membuat batter: Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, rempah kari, serbuk kunyit dan garam.
5. Tuangkan air perlahan-lahan sambil dikacau sebati.
6. Masukkan kuning telur dan kacau rata-rata.
7. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga kental.
8. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan tepung secara berhati-hati.
9. Celupkan sotong satu persatu biar bersalut elok dengan batter tadi.
10. Goreng dalam minyak panas hingga keperangan.
11. Angkat dan sejatkan minyaknya. Sajikan dengan sos cili.

Friday, September 11, 2009

Berita Harian 11-09-09

INFO: Cuma Dia • Pengarang: Norzailina Nordin • Tebal: 503 halaman • Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd (Alaf 21) • Harga: RM 19.90 senaskhah • Bintang: * * * *

CUMA Dia karya Norzailina Nordin menampilkan kisah anak yang taat diwakili watak Dalila menghadapi rahsia hubungan sulit bapanya, Meor Hassan dengan bekas kekasih pertamanya, Jenny yang terbongkar sehingga melukakan gadis itu kerana terpaksa mengorbankan cinta sucinya demi kasih terhadap bapa.

Novel yang menyorot jalinan cinta tiga pasangan dengan kategori usia berbeza ini, membawa pembaca menyelami emosi remaja yang baru mengenal erti hidup Ikhwan dengan Mimi; cinta alam kerjaya penuh dugaan membabitkan Dalila, Iqbal dan Hilman serta nyalaan semula cinta selepas sekian lama terpisah.

Pengarang seakan sedar keperluan menggunakan latar yang boleh meyakinkan kisah sindiket perdagangan manusia dengan mengambil Tanzania sebagai sebahagian daripada lokasi penceritaan, suatu langkah yang jarang diambil penulis novel cinta dan memberi sedikit kelainan kepada novelnya.


Kehidupan Dalila sebagai peguam muda bermula apabila bertemu Iqbal secara tidak sengaja di pusat beli-belah sehingga menimbulkan bibit cinta antara mereka, tetapi di luar pengetahuan gadis itu, jejaka berkenaan bertugas sebagai penyiasat dan merahsiakan tugas sebenarnya demi keselamatan.


Percintaan indah pasangan itu menemui jalan buntu selepas Iqbal dihantar bertugas ke Afrika untuk mengorek maklumat kegiatan perdagangan manusia, tetapi terpaksa membohongi Dalila dengan memberi alasan penukaran itu untuk urusan projek telekomunikasi baru syarikat.


Pada masa sama, bapa Dalila, Meor Hassan bertemu kekasih pertamanya, Jenny, sehingga menyalakan semula rasa cinta mereka yang terbengkalai selepas berpisah, ditambah pula masing-masing dilanda masalah serta memerlukan teman berbicara.

Penulis menarik perhatian pembaca apabila kisah percintaan Meor dan Jenny mengakibatkan mereka lupa akan tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing terutama suami Jenny, Majid yang lumpuh dan memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak.

Kebaikan dan keperibadian Suraya akhirnya menjerut hati Jenny sehingga menyebabkan dia berasa bersalah kerana terlalu mengikut kata hati, tetapi dia tidak mampu memadamkan cintanya terhadap Meor apatah lagi selepas Majid meninggal dunia.

Pembaca novel ini juga akan dicuit dengan babak lucu lewat babak adik Iqbal, Ikhwan yang bekerja sambilan di sebuah restoran menyamar sebagai remaja belasan tahun bagi mendekati gadis pujaannya, Mimi yang sering menjamu selera di premis berkenaan.
Boleh baca selanjutnya di sini.

Oleh ~ Nurul Farina Nazlan

Wednesday, September 9, 2009

Saat Bersejarah...

Baru beberapa detik berlalu
09:09:09:09:09:09

Menarik untuk diingati, bukan?
Jam 9 pagi, 9 minit, 9 saat, 9 haribulan 9 (september) tahun 2009.

It will never ever happen again, in our life-time...

Tuesday, September 8, 2009

Enak Lagi Sihat di TV2

Rancangan terbitan Nafalia Corp, 'Enak Lagi Sihat' akan menemui penonton di TV2 pada 22 - 25September 2009 (mulai Hari Raya ke-3). Setiap hari pada jam 6.30 pagi. Selain memperkenalkan pelbagai masakan yang mudah, enak dan menyihatkan, ada segmen tentang pemakanan dan apa yang perlu anda ketahui sepanjang meraikan kedatangan Syawal bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan ketenangan fikiran.

Foto yang dirakamkan bersama host, Linda Onn. Lokasi adalah di Taman Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Memang mempesonakan pemandangan di situ...jangan lupa saksikan, ya?


Kek Batik

80 g milo
45 g serbuk koko
125 ml air mendidih

190 g mentega

200 g susu pekat

110 g gula kastor

5 biji telur, dipukul sedikit

1 camt vanila

250 g biskut Marie, dipatah 4


Cara membuatnya:
Alas tin lof (23x9x7cm) dengan kertas kalis minyak.
Sebatikan milo, koko dan air mendidih.

Masukkan mentega, susu pekat, gula, telur dan vanila.

Kacau atas api sederhana hingga pekat, kira-kira 5 min.

Perlahankan api, kacau tanpa henti selama 20 min lagi.

Tuangkan ke dalam mangkuk, gaulkan dengan biskut.
Ratakan dan tekan (padat) ke dalam tin lof tadi. Biar sejuk.

Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 4-8 jam.

Credit pic ~ http://cornercafe.wordpress.com

BISKUT HORLICKS

1 c mentega
1½ cawan gula kastor
2 camt vanila
2 camb susu pekat
2½ c tepung gandum
¾ c Horlicks
½ camt soda penaik
2 biji telur Gred A
1 cawan cip coklat

Pukul mentega, gula hingga sebati.
Masukkan vanila, susu pekat dan telur.
Pukul sederhana laju selama 2 min.
Masukkan bahan lain dan cip coklat.
Dengan dua sudu kecil, ambil adunan dan letak atas tin pembakar beralas foil (tak perlu lengser).
Bakar pada 160 C selama 25 min atau hingga sekelilingnya keemasan.

**Tekstur biskut ini seperti biskut Chocolate Chip dengan istilah 'Drop Cookies'. Tidak boleh diterap. Biarkan seketika selepas dikeluarkan dari oven kerana ia lembut sedikit... (ps: saya belum berpeluang mencubanya lagi...)
Foto : flickr.com

Monday, September 7, 2009

Adam AF & Mydin Subang Jaya

Sebagaimana tahun lalu, saya juga menyertai AJK Adam AF Fan Club dengan kerjasama Mydin meraikan anak-anak yatim sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba. Kali ini giliran Rumah Anak-anak Yatim Tg Ampuan Rahimah (RACTAR) Subang Jaya.

Seramai 20 orang diraikan selama kira-kira 3 jam lebih kami berada di sana. Saya menemani 'anak angkat', Nurul (foto kiri) dan membantunya memilih sepasang baju kurung, tudung, kasut, kemeja-T dan jam tangan. Semuanya gembira kerana mendapat 'hadiah' berkenalan serta bergambar bersama Adam AF yang begitu mesra dan sporting... pastilah Syawal ini lebih bermakna bagi mereka.

Bertemu Erma

Bersama Erma Fatima, pelakon dan pengarah tersohor ketika di IPTAR, Angkasapuri untuk sesi pitching. Dua buah novel saya iaitu 'Getaran Rindu' dan 'Cuma Dia' dipertaruhkan oleh Nafalia Corporation (tqvm En Najib & YM Raja Noor) untuk didramatised ke kaca tv.

Meskipun baru first time berjumpa, ternyata Erma peramah dan tidak lokek dengan senyuman. Malah kami sempat berbicara sedikit tentang dunia novel tanah-air. Perkembangan terkini yang memberansangkan - semakin banyak novel akan diadaptasikan ke drama atau telefilem. Syabas kepada RTM khususnya dan penerbit-penerbit tempatan !!

Wantan Goreng

Bahan-bahan:
6-7 tangkai daun bawang
6 batang ketam dinginbeku – hiris halus
1 biji kuning telur

1 ulas bawang putih – cincang halus

2 pokok daun sup – potong halus

1 camca besar sos tiram

½ camca besar tepung jagung

12 keping kulit popia

Minyak untuk menggoreng

Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Sos cili (untuk hidangan)

Cara membuat

1. Celur daun bawang di dalam air mendidih hingga lembut. Angkat dan letak dalam bekas berisi air biasa.

2. Dalam mangkuk besar, satukan ketam, telur, bawang putih, daun sup, sos tiram dan tepung jagung.
3. Masukkan garam dan serbuk lada, kacau rata-rata.

4. Sudukan sedikit campuran ketam ke atas sehelai kulit popia.

5. Basahkan kelilingnya dan tangkupkan seperti bungkusan.

6. Ikat dengan daun bawang dengan berhati-hati.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

Thursday, September 3, 2009

Ikan Terubuk Nyonya

1 ekor ikan terubuk sedang
jus 2 biji limau nipis
2 helai daun limau purut – dihiris halus
2-3 sudu besar minyak

Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Sos (dikisar):
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh kicap cair
1 sudu besar kicap manis
jus 2 biji limau nipis
1-2 sudu teh gula

Cara membuat:
1. Belah belakang ikan dan buangkan perutnya. Biar sisiknya. Bersih dan lapkan dengan kitchen towel.
2. Perap ikan bersama daun limau purut dan bahan kisar selama 2 jam.
3. Panggang di atas daun pisang sambil direnjiskan dengan minyak.
4. Bila masak, sajikan dengan sosnya.

Sambal Goreng Minang

500 g udang sedang
150 g bawang merah – dihiris halus
1 liter santan (2 biji kelapa)
minyak untuk menggoreng
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
150 g bawang merah
100 g bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3-4 camb pes cili
10 biji cili merah

Rebus dan potong dadu 2 cm:
1 kg paru
500 g daging
500 g hati lembu

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, goreng paru, daging dan hati hingga keperangan. Angkat dan goreng udang hingga masak.
2. Panaskan 1 senduk minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Tuangkan santan, kacau rata. Bila kuah agak pekat, masukkan pula bahan yang digoreng. Kacau sekali-sekala hingga agak kering. Bubuh garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan bawang hiris dan udang, kacau sebati. Angkat dan sajikan.

Tuesday, September 1, 2009

My Fav Cookies

Bahan Doh
80 g gula aising

100 g mentega

1 biji kuning telur

170 g tepung gandum }

60 g tepung jagung } diayak

1 camt serbuk penaik }

1 camt coffee emulco



Bahan Tengah

70 g mentega

30 g gula aising

60 g chocolate spread

40 g smooth peanut butter

1 biji kuning telur
40 gm kelapa kering
2 camb serbuk koko

100-120 g tepung gandum


Cara membuat
1. Untuk doh: Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati.

2. Masukkan bahan ayak dan emulco, uli menjadi doh. Ketepikan.
3. Untuk inti: Pukul 5 bahan pertama hingga sebati.

4. Campurkan dengan kelapa kering, koko dan tepung gandum. Uli menjadi doh.
5. Canai doh setebal 3 mm. Buat 2 lapisan, ketepikan.
6. Canai doh untuk inti setebal 3 mm. Letak di atas doh pertama.

7. Tangkup dengan doh yang satu lagi (perisa kopi).
8. Potong bentuk empatsegi panjang dan susun atas tin pembakar.

9. Bakar pada 180 C selama 20-25 minit atau hingga masak.

Oleh kerana biskut ini ada 2 lapisan, anda boleh buat 2 jenis biskut yang berbeza, tak perlu melapisnya. Jika doh agak lembik, tambah 1-2 camb tepung gandum. Ini adalah perkara biasa kerana keadaan butter yang berlainan lembutnya.

Shortbread

Bahan-bahan
125 gm mentega

50 gm gula kastor

175 gm tepung gandum, diayak

Gula kastor, untuk tabur

Cara membuatnya

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (jangan terlalu kembang seperti membuat kek).

2. Masukkan tepung dan uli perlahan menjadi doh.

3. Lengser tin pembakar berukuran 25-26 cm dengan marjerin.

4. Ratakan adunan tadi biar sekata tebalnya.

5. Cucuk permukaannya dengan garfu.

6. Potong bentuk jejari tapi jangan sampai putus. Taburkan separuh gula kastor di atasnya.
7. Bakar pada suhu 160-170 C selama 40-45 minit atau hingga keemasan.

8. Taburkan baki gula kastor rata-rata di atasnya.

9. Biar 5 minit sebelum memotongnya dan biar sejuk atas redai.

Untuk perisa coklat, kurangkan tepung menjadi 155 gm, tambah serbuk koko sebanyak 20 gm dan 1 camt chocolate emulco. Boleh dibuat 2 lapis berlainan perisa atas dan bawah tetapi gunakan loyang lebih besar supaya ketebalan sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...