
Esok saya dijemput sebagai Penceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas sempena Hari Buku & Minggu Pusat Sumber Sekolah. Ceramah ini merupakan salah satu pengisian Hari Buku untuk para pelajar agar mereka dapat mempelajari pengalaman seorang penulis dalam menerbitkan buku.
Saya kira, perasaan nostalgia kembali dalam diri kerana saya bakal berhadapan dengan pelajar-pelajar di Dataran Perhimpunan sekolah itu untuk dua sesi, pagi dan petang. Semoga mereka mendapat sedikit sebanyak ilmu yang akan saya kongsi bersama.
Kali pertama saya mengajar ialah pada tahun 1987. Sekolah pertama, Sek.Ren.Keb. FELDA Mata Ayer, Perlis (lihat foto). Saya mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik. Manakala sekolah kedua, Sek.Ren.Keb. Beseri, Perlis. Sehingga kini, ramai murid-murid saya dulu masih memanggil saya, 'cikgu' .... (walau pun sekarang saya lebih cenderung sebagai 'Guru Memasak', hehe... )
:: Apa khabar agaknya guru-guru yang pernah saya kenali di sekolah-sekolah itu? ::


