Wednesday, February 25, 2009

Spageti Olio

Bahan-bahan
300 g spageti
1 kg udang sederhana
1 biji lemon, perah
4 s/besar hirisan pasli
1 s/teh serbuk cili (flakes)
4 ulas bawang putih, ketuk
60 ml minyak
1 tin kecil anchovy fillets (bilis jeruk)
8 ulas bawang putih, cincang
Garam
Hirisan lemon

Cara membuat:
1. Masak spageti dalam air mendidih bergaram dan berminyak hingga lembut.
2. Gaul udang, jus lemon, pasli, cili, bawang putih (ketuk), minyak dan garam.
3. Panaskan kuali atas api sederhana, masukkan campuran udang.
4. Masak 3 min atau hingga udang masak. Keluarkan udang dan bawang putih.
5. Perlahankan api, masukkan 60 ml minyak.
6. Bubuh anchovies, bawang putih dan kacau supaya anchovies hancur.
7. Toskan spageti, gaulkan dengan sos tadi.
8. Bubuh udang bergoreng dan kacau rata. Angkat dan taburkan pasli.


:: Spageti Olio menghias kulit buku Selera MMVitaoils. Sedap disajikan panas-panas. Anchovy fillets boleh dibeli di dalam tin di pasaraya besar, Cold Storage atau Hock Choon (sebelah Victoria Stn Jalan Ampang) ::

Tuesday, February 24, 2009

Rasa Rindu....

Hampir 70 jam selepas menghabiskan novel, rasa rindu pada Dalila, Iqbal, Nina, Farish, Mimi, Ikhwan, Jenny Tan dan Meor Hassan begitu menebal. Tiada dapat lagi menghitung hari bersama mereka, makan di restoran atau kafe yang mereka gemari, melihat pemandangan cantik dan melalui malam-malam yang menggamit kenangan terindah...

Mungkin perasaan begini juga 'terpaksa' ditempuhi oleh ramai novelis di luar sana kerana watak-watak 'ciptaan' di dalam novel telah menjadi sebahagian daripada diri sendiri. Novelis sama-sama mengecapi pengalaman yang dilalui oleh watak dan penuh dengan rasa kasih, benci, sayang, rindu atau bosan. Malah novelis menyelami setiap kegembiraan, kesedihan, kemurungan atau keseronokan watak.

Perjalanan watak yang penuh intrigue, adventure dan suspens membuat novelis gementar dan jiwa sama-sama dihambat perasaan sedemikian. Bayangkan setiap hari selama hampir tiga bulan, menganyam rasa dan membuai naluri bersama mereka. Sebagai novelis, sepanjang masa menulis novel, mampu 'masuk' ke dunia imaginasi cum realiti kerana sesebuah novel merupakan extension kepada apa yang tersirat di dalam diri (atau apa yang didengari, hehe..!!).

Saya kagum dengan novelis yang mampu menulis tiga buah novel sekaligus. Saya ibaratkan minda seperti mempunyai tiga buah bilik. Bila menggarap novel pertama, masuk ke minda 'bilik A'. Seterusnya, tutup pintu dan masuk ke minda 'bilik B' untuk novel kedua. Nampak sukar tetapi semuanya bergantung pada semangat dan sejauh mana seseorang novelis ingin mencabar dirinya sendiri...


Saturday, February 21, 2009

Novel Terbaru

Syukur kerana usaha selama berbulan-bulan sudah selesai jam 12.15 tengah hari tadi. Novel ke-25 saya setebal 520 mukasurat menggunakan pendekatan yg berbeza kerana saya terus menaip dengan format novel yg sudah siap. Kali ini saya memilih font Maiandra GD saiz 12. Bagi saya, sesetengah font hanya sesuai untuk novel tertentu. Ini bermakna, jikalau font yang dipilih tidak 'kena', ilham susah nak 'dapat'. Lain penulis akan mempunyai pandangan yg berbeza, tentunya!

Novel ini juga mempunyai jalan cerita yg 'segar' dan bagi saya sungguh 'memikat' kerana jalinan plotnya yang bersahaja, tidak terlalu menurut corak atau pattern yang lazim. Malah saya membina plot berperingkat-peringkat dan mengikut 'kerenah' watak itu sendiri. Ini bererti, persembahan dalam novel ini lebih menjurus kepada 'perjalanan ke arah realiti'. Ia juga menggabungkan tiga kisah cinta sebenar yg terjadi sekitar setahun yg lalu. Mudah-mudahan garapan saya kali ini benar-benar 'menyengat'....

Kategori Bloggers...

Inilah kesimpulan atau teori yg saya dapati bila mengkategorikan bloggers (pernah disiarkan dulu) tetapi wajar dilihat semula kerana 'pattern' blogging sebetulnya sangat ANEH...!!

Ada 6 peringkat bloggers
Peringkat F

Ada blog tapi tak pernah up-date
Ada blog, up-date seminggu sekali
Mula blog-hopping, belum berani tinggalkan jejak walau 4-5 kali masuk
Mula tinggalkan jejak di mana2 blog yg disukai

Peringkat E
Mula berbalas mesej pada kadar maksima 3-4 kali seminggu
Saling melawat blog pada kadar 10-12 blog sehari
Masih mencari blog yg akan disenaraikan sebagai favourites

Peringkat D
Mula mengirim emel pada tuanpunya blog (favourites)
Saling berbalas emel pada kadar 3-4 kali seminggu
Invite YM (dari alamat emel)
Mula berchat di YM
Selalu emel

Peringkat C
Jumpa di blog setiap hari
Minta nombor telefon (masa YM)
Mula sms
Mula call
Jarang emel

Peringkat B
Sms (sekurang-kurangnya 10 kali sehari)
Call (pada kadar berbeza setiap hari)
Blogging (termasuk chat/tinggalkan mesej di blog lebih 3-4 sehari)
Chat di YM
Emel (kurang atau lebih bergantung pada individu)

Peringkat A
Jumpa


Friday, February 20, 2009

Satay Sedap !!

HMM...MANA NAK MAKAN SATAY SEDAP ??
Satay di sini terjamin sedap, rasa tradisional yang asli, bersih, harga berpatutan dan tentunya memikat selera sesiapa saja...!!

:: Sila dapatkan maklumat lanjut di ::
www.rajamenangis.com

SELAMAT MENJAMU SELERA...

Wednesday, February 18, 2009

Tawaran Buku Masakan

TAWARAN ISTIMEWA!!

Buku masakan 'Kuih Melayu Manis &
Pedas' mengandungi 60 resepi pelbagai kuih manis (sweet) serta kuih savoury (pedas). Sangat bermanfaaat sebagai khazanah warisan masakan kerana resepi lama dan baru sesuai untuk sebarang majlis dan perayaan. Manakala buku masakan 'Hidangan Mengandungi Roti' dengan 60 resepi daripada pelbagai jenis roti serta serbuk roti (puding, sandwic, kek dll). Kedua-dua buku berharga RM39.90 (setiap satu) kini ditawarkan pada harga RM33.00 saja (setiap satu) termasuk belanja pos berdaftar/penghantaran.


Buku 'Seni Menghias Kek' ini pula mengandungi 50 jenis hiasan kek lengkap dengan gambar langkah demi langkah cara membuat setiap hiasan daripada pelbagai jenis aising termasuk fondan, ganache, royal dll. Harga pasaran RM62.40. Kini boleh dipesan terus melalui e-mel pada harga RM50.00 termasuk belanja pos berdaftar/penghantaran.


:: Tawaran ini terhad ::

Saturday, February 14, 2009

Demo Memasak

Minggu lepas saya dijemput oleh AJK Surau Al-Amin, Fasa 7, Taman Seri Gombak untuk mengadakan kelas masakan kepada kaum wanita. Seramai 36 orang hadir untuk kelas yang bermula jam 3.00 ptg itu. Mereka meminta saya mendemokan dua jenis masakan iaitu Chicken Pie dan Tiramisu. Pihak surau juga menyediakan laksa dan teh-O selepas kelas berakhir. Mereka berminat belajar membuat Tiramisu kerana ia agak mahal jika dibeli di kedai.

Sedang memberikan penjelasan tentang pelbagai kemusykilan yang dikemukakan oleh hadirin. Mereka berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim di samping belajar sesuatu yang baru. Saya terharu dapat menyumbangkan sedikit masa dan tenaga serta gembira melihat keceriaan juga jalinan kemesraan di wajah mereka yang datang.

Tuesday, February 10, 2009

Telur Sotong

Pernahkah anda menikmati sepiring telur sotong goreng kunyit? Sukar untuk menceritakan kesedapannya kerana dengan setiap kali kunyahan, telur sotong akan "cair" di dalam mulut...Ia diperap terlebih dulu dengan sedikit jintan manis, jintan putih, halba dan serbuk kunyit (untuk lebih 'asli', tumbuk kunyit segar bersama garam hingga lumat). Biar selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih cincang hingga wangi kemudian masukkan telur sotong tadi. Kacau dan tambah sedikit air. Bila telur masak, bolehlah diangkat. Memang seeeeedaaaap kalau disajikan dengan nasi, roti, capati atau naan. Tapi, ada satu masalah besar, hehe, mana nak beli telur sotong? (Lupa nak tanya kedai mamak kat Jitra ni, mana dia dapat supply...)

:: Boleh ganti dengan telur ikan tapi kesedapan tak sama ::


Monday, February 9, 2009

Penumbral Eclipse 090209

Pada malam ini, sekitar jam 8.45 malam, selama 4 jam, akan berlaku Penumbral Eclipse of the Moon. Ia boleh dilihat terutama di sebelah barat Lautan Pasifik. Bahagian atas bulan akan kelihatan gelap. Jika anda di bahagian utara bulan dan memandang ke arah bumi, anda akan dapat saksikan gerhana matahari. Untuk efek sebenar (gerhana matahari di atas bulan), dan pengalaman menaiki sky-lift anda boleh baca novel saya 'Impian Terindah' (terbitan Alaf 21 Sdn Bhd) yang telah mengambil masa 5 bulan research dengan data-data yang saya perolehi daripada NASA. Walaupun ia novel bercorak futuristik sains fiksyen yang disuntik dengan elemen percintaan, semua fakta adalah benar berdasarkan teori dan penemuan teknologi masakini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...