Tiga hari dua
malam di Aseania Resort Langkawi sempena Hari Keluarga NY adalah percutian yg
dinanti-nantikan setelah penat bekerja. Lobi indah dgn candeliar and marble artwork yg begitu
unik. Kafe menghadap kolam renang (terpanjang di Asia Tenggara) sungguh
mendamaikan
Kami bersama
dua orang puteri yg turut serta. (Kanan) Melawat kilang membuat pelbagai jenis
ubat/bedak/losyen/minyak berasaskan gamat (timun laut). Asal nama 'gamat'
adalah kerana sifatnya yg akan berbunyi dgn begitu 'gamat' (riuh) sekali bila
berkumpul. Jadi, pencari gamat dapat mengumpulkannya berpandukan bunyi tersebut
Kiri) Paddling di Tasik Dayang
Bunting. Nampak saja airnya keruh tapi bila diletak di dalam botol, sangat
jernih. Hendak ke situ terpaksa mendaki tangga yg curam. Bukan untuk yg sakit
lutut. Berhati-hati kerana banyak monyet yg mungkin akan menerkam tin minuman
atau makanan ringan yg dibawa. Ramai sungguh orang.
Melihat
kumpulan helang mengambil perut ayam yg sengaja dicampak ke dalam laut. Memang
menakjubkan. Langkawi mempunyai 99 buah pulau dan ada yg terbentuk seperti
perempuan mengandung lengkap daripada kepala ke kaki.
Di Pulau Beras
Basah, salah sebuah destinasi island-hopping.
Pantainya cukup cantik tetapi tiada kemudahan awam seperti pancur
mandi atau tandas. Kedai menjual jajan dan air juga dibuka sangat lewat. Banyak
monyet di sini juga. Kanak2 jangan dibiarkan bersendirian. Pelancong
bermandi-manda dan kami 'menjamu mata', hehe....