>NEW COOKBOOKS AND NOVEL : Emel: norzailina@yahoo.com untuk order

0
1 cawan beras wangi (ditanak)
½ cawan taugeh (dibuang ekor)
1 cawan daun bayam
2 sudu kecil minyak bijan
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar minyak
½ batang lobak merah (dipotong halus)
200g daging kisar
2 sudu kecil kicap pekat
Garam secukup rasa

Bijan panggang, kimchi, gochujang, telur mata kerbau (hidangan)

1.  Celur taugeh dan bayam secara berasingan sehingga layu, keluarkan. Letak di bawah air paip supaya sejuk. Lap kering dan gaulkan secara berasingan dengan garam, minyak bijan dan bawang putih.
2.  Panaskan minyak, goreng lobak merah sehingga layu. Ketepikan.
3.  Kuatkan api, goreng daging sehingga keperangan.
4.  Masukkan kicap pekat, kacau sehingga masak. Hidangkan nasi panas dengan taugeh, bayam, lobak merah, daging dan Bahan Hidangan.

Post a Comment