1
Available cookbooks and novels with discounts and signature from author!
All price including postage.
Harga tertera termasuk harga pos.

Online Process :
1. Choose your cookbooks or novels which is available in this page ONLY.
2. Email your order to norzailina.online@gmail.com
3. For any request, kindly email to norzailina.online@gmail.com
4. Wait for the reply confirmation with final price.
5. Bank-in to details attached in the email.
6. Email your payment slip with full name, address and telephone number.
7. Order process between 5 working days to 1 week, based on available stock.

Proses Pembelian :
1. Pilih buku masak atau novel yang ada di halaman ini sahaja.
2. Emel pesanan ke norzailina.online@gmail.com
3. Jika ada pertanyaan, emel ke alamat yang sama, norzailina.online@gmail.com
4. Tunggu emel dibalas untuk harga akhir.
5. Bayaran secara bank-in mengikut info yang akan diberikan di dalam emel.
6. Emel slip bayaran beserta nama penuh, alamat dan nombor telefon.
7. Proses pembelian di antara 5 hari waktu bekerja sehingga 1 minggu, bergantung kepada stok.


TERBARU DI PASARAN 2015!


 Langkah Demi Langkah, 01 Resipi Pengikat Kasih Mertua ( published by Popular ) - 101 recipes
RM 30.00 SM   |   RM 33.00 SS

Langkah Demi Langkah, Jom Kuih-Muih ( published by Alaf21 ) - 38 recipes
RM 18.00 SM   |   RM 21.00 SS

Langkah Demi Langkah, Kek Lazat ( published by Alaf21 ) - 30 recipes
RM 25.00 SM   |   RM 28.00 SS


 100 Juadah Perayaan ( published by Alaf21 ) - 100 recipes
RM 30.00 SM   |   RM 35.00 SS

 Koleksi Terbaik Norzailina Nordin ( published by PTS ) - 44 recipes
RM 22.00 SM   |   RM 25.00 SS

Rahsia Dapur ( published by Alaf21 ) - 384 pages
RM 13.00 SM   |   RM 16.00 SS


200 Resipi Pilihan Chef ( published by Alaf21 ) - 200 recipes
RM 35.00 SM   |   RM 40.00 SS

Buku masakan ini pernah memenangi Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013
Kategori Buku Pilihan Umum

200 Resipi Pilihan Chef ini memuatkan 96 resipi makanan lengkap berset untuk membantu anda meningkatkan kesihatan. Makanan utama disajikan bersama beberapa hidangan sampingan sebagai pelengkap. Apa yang anda mahu, pasti ada! Sama ada nasi, mi, lauk-pauk, kuih-muih, sayuran, kek, puding, biskut dan pasta. Tidak ketinggalan juga, beberapa masakan barat dan jawa.

Mengandungi 9 kandungan bab :
- Menu daging
- Makanan laut
- Sumber karbohidrat
- Nutrisi dalam sayuran
- Pemanis mulut
- Berpantang cara alami
- Kandungan nutrisi : Tinggi & Rendah
- Cegah penyakit
- Sajian istimewa




Ulam Kasih Sambal Cinta
( published by Alaf21 ) - 560 pages - Romantic Comedy
RM 27.00 SM   |   RM 30.00 SS

Sinopsis Novel : Ulam Kasih Sambal Cinta

Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?



Air Mata Raja
( published by Dewan Bahasa & Pustaka ) - 1000 pages - Historical Novel
RM 60.00 SM   |   RM 65.00 SS

Novel ini pernah memenangi Anugerah Buku PNM - RTM 2013
Kategori Fiksyen Terbitan Kerajaan (Bahasa Melayu)

Novel Air Mata Raja ini juga pernah disenarai pendek untuk
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 (Genre Novel)



3 Kata Hati
( published by Alaf21 ) - 576 pages - Romantic Comedy
RM 22.00 SM   |   RM 25.00 SS

Sinopsis Novel : 3 Kata Hati

Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

Post a Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)