photo top1_zpsumtuxoys.jpg

NEW COOKBOOKS AND NOVEL : Emel: norzailina@yahoo.com untuk order

1
- Bahan Inti 
50g gula merah, 
1 sudu besar gula pasir, 
100ml air, 
100g kelapa parut putih, 
1 helai daun pandan (disimpulkan), 
1 sudu besar tepung serbaguna 

- Bahan Kuah 
2 cawan santan (daripada 1 kelapa), 
2 sudu besar tepung beras, 
½ cawan gula pasir,
2 helai daun pandan (disimpulkan), 
garam secukup rasa 

- Bahan Doh 
2 cawan tepung pulut, 
2 sudu besar tepung pulut hitam, 
1 cawan air (secukupnya), 
garam secukup rasa 

- Cara Membuat 
1.  Inti: Masak gula merah, gula pasir dan air sehingga mendidih. Apabila gula larut, tapiskan ke dalam kuali. Masukkan kelapa parut putih dan daun pandan. Masak sehingga kering, taburkan tepung serbaguna dan kacau rata. Angkat dan biar sejuk. 
2.  Kuah: Jerang semua bahan sehingga mendidih, angkat. 
3.  Doh: Satukan semua bahan menjadi doh. 
4.  Ambil sedikit doh, leperkan dan isi inti. Bentukkan bebola. Masukkan bebola ke dalam air mendidih. Apabila timbul, angkat dan letak dalam kuah santan. Hiaskan dengan daun pandan.

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment