photo top1_zpsumtuxoys.jpg

NEW COOKBOOKS AND NOVEL : Emel: norzailina@yahoo.com untuk order

1

Jom dapatkan buku masakan terbaru saya di Kedai Buku Popular. Ada 25 resipi Manisan Kukus Barat termasuklah resipi ini:

1¼ cawan  tepung
½ cawan gula kastor
2 sudu kecil serbuk penaik
¼ sudu kecil garam
¾ cawan susu segar (dipanaskan dan larutkan 1 sudu besar serbuk kopi segera)
¼ cawan  mentega (dicairkan)
1 sudu kecil  vanila
Kelapa parut kering, strawberi, blueberi dan beri merah

Bahan Sos
¼ cawan  gula kastor
½ cawan  gula perang
3 sudu besar  serbuk koko
1 cawan  air mendidih

1.                  Satukan gula kastor, tepung, serbuk penaik dan garam.
2.                   Masukkan susu, mentega dan vanila, pukul rata.
3.                   Tuangkan ke dalam bekas kaserol 9 inci yang sudah dilengser.
4.                   Sos: Satukan gula kastor, gula perang dan serbuk koko. Taburkan ke atas adunan.
5.                   Tuangkan air mendidih ke atasnya. Kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak. Biar 15 minit sebelum dihidangkan.

Post a Comment

siapa minat kek kuppi boleh cuba..
nampak mudah tu..