photo top1_zpsumtuxoys.jpg

NEW COOKBOOKS AND NOVEL : Emel: norzailina@yahoo.com untuk order

2
Bahan-bahan
500g kepak ayam (dilap kering)
¾-1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil tepung jagung (dicampur air menjadi pes)
garam, lada hitam, minyak, bijan putih panggang, daun salad dan daun bawang

Bahan Sos (boleh tambah jika suka kuah banyak)
¼ labu bawang besar (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
¼ cawan kicap cair
¼ cawan air
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar gula perang
½ sudu kecil serbuk bawang putih
1 inci halia (dicincang halus)

Cara Membuat
1.  Lumurkan kepak ayam dengan garam dan serbuk lada hitam. Salut tepung jagung.
2.  Goreng sehingga masak. Angkat dan tuskan minyaknya.
3.  Untuk Bahan Sos: Masak atas api sederhana sehingga gula larut. Masukkan pes tepung jagung dan kacau sehingga pekat. Tambah garam dan serbuk lada hitam.
4.  Gaul kepak ayam dengan Bahan Sos. Taburkan bijan dan daun bawang. Hidangkan.

Post a Comment

dapnyee nampak. siap video tutorial..
nampak agak mudah tu boleh dcuba =)

Terima kasih, Siti. Memang sedap dan mudah pula.