0
Crunchy, melt-in-the-mouth, senang nak buat, rich & tak cukup satu keping kalau makan... nah, ni dia Jejari Mentega Kacang, dipetik dari buku '100 Resipi Biskut, Kek, Manisan & Kudapan' terbitan PTS (harga RM27, boleh pesan online di bookcafe.com.my).
Lapisan Bawah:
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula aising
1/4 cawan gula perang
1 cawan serbuk biskut
1 cawan mentega kacang halus
Lapisan Atas:
1 1/2 cawan coklat masakan, dicincang
2 sbesar mentega kacang halus
1/4 cawan mentega kacang halus (hiasan)
1. Utk lapisan bawah: cairkan mentega, gula aising & gula perang.
2. Masukkan serbuk biskut & mentega kacang, kacau rata.
3. Tekan ke dalam tin 18cm yg dialas kertas kalis minyak.
4. Utk lapisan atas: Cairkan coklat dan 2 sbesar mentega kacang, tuangkan ke atas lapisan bawah.
5. Cairkan mentega kacang, isi ke dalam beg aising & picitkan corak di atasnya.
6. Simpan dlm peti sejuk selama 2-3 jam (atau kurang), potong bentuk jejari.

Post a Comment