2
"U ada costochondritis," kata doktor kepada saya apabila selesai memeriksa rusuk kiri saya yg dah seminggu sakit. Sesetengah kes berlaku di dada (dekat jantung), dan mungkin wujud kekeliruan antara costochondritis dengan serangan jantung (angin ahmar).
Apakah Costochondritis?
Ia adalah keradangan cartilage (rawan) yang menyambung rusuk ke tulang dada (sternum). Kesakitan dirasai pada rusuk ke-4, ke-5 atau ke-6. Sering dihadapi oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Boleh sembuh dalam beberapa minggu, walaupun mungkin berlarutan selama beberapa bulan atau lebih. Tidak menyebabkan masalah jangkapanjang tetapi kadangkala ia berulang.
Walaupun tiada penyebab jelas, namun kebarangkalian ia berlaku adalah kerana:
• Tumbukan kuat pada dada (trauma)
• Mengangkat objek berat
• Melakukan senaman yang terlampau (strenous exercise)
• Batuk yang kuat atau berulang-ulang
• Arthritis (penyakit sendi)
• Infeksi pada sendi rusuk (disebabkan virus, bakteria, kulat) atau jangkitan (tuberculosis, syphilis, aspergillosis)
• Ketumbuhan (jika kanser, mungkin merebak dari dada, thyroid atau paru-paru ke sendi)
• Impak kemalangan kenderaan (selalunya tidak nampak secara fizikal)
• Impak jatuh (tidak semestinya di dada)
Simptom / Tanda-tanda:
• Sakit dada selepas senaman, trauma kecil atau infeksi paru-paru.
• Sakit di bahagian hadapan dada (selalunya kiri), mungkin boleh merebak ke belakang.
• Sakit bila menarik nafas panjang, batuk atau ketawa.
• Sakit bertambah bila bergerak atau menarik nafas panjang.
• Sakit yang mencucuk bila bahagian (yang sakit) itu ditekan.
Untuk mengurangkan risiko:
• Bawa atau angkat barang berat dengan berhati-hati
• Kurang melakukan senaman lasak atau kerja kasar.
• Jauhi tempat penyembur / spray serangga nyamuk dll
• Elakkan menghidu spray minyak wangi, rambut dll
• Jangan menghidu makanan / pakaian yang ditumbuhi kulat
• Hindari tempat yang terlalu banyak asap
Moga bermanfaat.
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

The petty hat is 100% brushed cotton with our unique design the front.This light soft hat can be packed away easily making it the ideal hat for vacation travel and all times when you want to keep the sun off of your beautiful face
petty hat | petty hat| petty hat