0
TEFAL

Periuk Tefal kali ini berbeza kerana ia diperkuatkan dengan Titanium. Jadi kuasa kalis lekatnya tahan lebih daripada dua kali ganda berbanding periuk atau kuali kalis lekat yang lain. Pengalaman menggunakannya benar-benar membuat saya teruja.

Ia juga mudah dibersihkan terutama apabila menyediakan karamel atau gula hangus. Langsung tidak melekat! Senang sangat bila saya hendak membuat Kek Sarang Semut atau Puding Karamel. Atau mengacau adunan untuk Kuih Tepung Bungkus atau Kuih Lompat Tikam. Sekejap saja dah bersih! Tak perlu sental sampai lenguh.

Satu lagi faktor penting adalah, kepanasannya yang sekata. Tiada lagi masalah bahagian tepi adunan hangus atau adunan yang dikacau tidak masak rata. Memang berbaloi memiliki Tefal dengan Titanium ini. Bak kata orang, Alah Membeli Menang Memakai. Salutan Titanium memastikan kuali Tefal kekal seperti baru dengan penjagaan yang sempurna. Oleh itu, penting sangat untuk memahami cara menjaganya.

Saya berpeluang menggunakan Tefal semasa mengadakan demo memasak di Taman Radin Jaya, Kuala Selangor baru-baru ini. Saya menunjukkan cara membuat Kuih Bantal Raja. Semasa mendadar kulit untuk kuih itu, semua yang hadir seronok menggunakan kuali Tefal yang langsung tidak perlu dilenser dengan minyak atau marjerin.

Selepas mendadar, saya hanya perlu lap bahagian dalam kuali dengan rol tuala kertas. Ia bersih serta-merta! Saya sudah bersedia untuk memasak inti epal untuk membuat Pai Epal Goreng. Menjimatkan masa, bukan?

Ciri bahagian tengahnya yang unik juga memastikan kuali sudah cukup panas. Saya sempat buktikan di dapur universiti tempat saya mengajar. Topik Masakan Russia dan saya menunjukkan cara membuat Blinis, sejenis pankek yang menggunakan yis. Amboi, bersorak students saya apabila saya meletak kuali Tefal di atas penunu.

Kalau buat Blinis dengan kuali biasa, selalunya akan melekat dan bentuk Blinis menjadi tidak sempurna. Kadangkala sebab kuali tidak panas betul. Kuali Tefal ada indikator ‘T’ di tengahnya yang akan berubah warna bila cukup panas (Exclusive - Thermo-Spot). Dengan Tefal juga, saya dapat bentuk Blinis yang sempurna dan keperangan yang sekata. Ini kerana kepanasannya yang serata dan saya tidak perlu gunakan minyak langsung.

·         Jimat wang kerana tidak perlu membeli kuali kalis lekat yang lain kalau sudah ada Tefal yang tahan lebih lama.
·         Jimat masa kerana tidak perlu mencuci, hanya lap (dalam keadaan kesempitan waktu).
·         Sihat kerana makanan ‘panggang’ (pan-sear) dimasak dengan sempurna (dengan jusnya) tanpa menggunakan minyak.
·         Sihat kerana makanan saute / stir-fry hanya menggunakan ½ sudu teh minyak.
·         Tahan lasak kerana kekuatan Titanium di bahagian dalamnya.
·         Tahan lasak kerana salutan enamel di bahagian luarnya.
·         Boleh digunakan di atas sebarang jenis dapur seperti induction, gas, eletrik, seramik dan dapur arang.

Jom alami keseronokan memasak dengan Tefal Titanium.



Post a Comment