KEK LAPIS
Kek ini sangat terkenal ketika perayaan seperti
Hari Raya. Harganya juga agak mahal kerana proses membuatnya agak rumit jika
dibandingkan dengan kek biasa. Walau bagaimanapun, sekiranya anda faham
langkahnya, amatlah mudah. Bukan itu saja, anda boleh mempelbagaikan resepi dan
corak untuk mendapatkan kek lapis yang unik dan tersendiri.
Kek Lapis Sarawak mempunyai pelbagai corak dan
perisa. Harga setiap sebuku bergantung kepada berapa rumit pembuatannya. Kek
yang mempunyai lorekan khusus dalam pelbagai warna dan rasa adalah yang paling
mahal kerana proses memasaknya memakan masa berjam-jam. Bahagian tengah atau
dipanggil ‘inti’ kek perlu dipotong kemudian dilekatkan dengan jem terlebih
dulu.
Di kalangan masyarakat di Indonesia, dikenali
sebagai spekkoek. Ia dimasukkan rempah ratus yang khusus dengan campuran kulit
kayu manis dan buah pala. Baunya harum dan menyelerakan. Kek berperisa
strawberi juga ditambah emulco atau pes pati buah tersebut.
Syarat utama untuk membuat kek lapis adalah
ketuhar atau oven. Ia mesti mempunyai elemen pemanas atas dan bawah serta gril
atau pemanggang di sebelah atasnya. Elemen gril ini akan kelihatan
kemerah-merahan setelah dinyalakan. Hanya sesetangah ketuhar yang mempunyai
ciri ini.
Perkakas kedua adalah penekan kek lapis. Ia
berbentuk bulat sebelah dan bersegi sebelah. Tujuannya untuk menekan setiap
lapisan kek sebaik saja dikeluarkan dari ketuhar. Jika anda tidak menekannya,
gelembung udara akan membuat lapisan kek tidak rata. Andaikata anda tidak
mempunyai penekan khas, gunakan bahagian bawah gelas yang agak berat.
Sebelum menekan lapisan, hendaklah dicucuk dengan
lidi koktel. Ini untuk memastikan ruang udara tidak wujud. Bila anda menekan,
udara yang terkumpul antara lapisan akan keluar melalui lubang lidi tadi. Bubuh
secukup adunan dan ratakan dengan belakang sudu supaya lapisan sekata. Adunan
yang tebal sukar masak. Manakala yang nipis akan hangus dengan cepat.
Lapisan pertama (bawah sekali) mesti dibakar
dengan elemen pemanas atas dan bawah. Bila permukaan lapisan nampak keemasan,
keluarkan dan cucuk kemudian tekan. Ratakan adunan di atasnya. Ubah ketuhar
pada gril. Selepas itu, gril (atas rak tengah) hingga keemasan. Selepas lapisan
3 atau 4, keluarkan rak besi ketuhar dan letak acuan kek di atas lantai ketuhar.
Dengan cara ini, kek tidak akan masak terlalu
cepat. Jika ia menjadi keemasan dengan deras, bahagian bawahnya mungkin masih
lembik. Ini akan mencacatkan keseluruhan lapisan kek. Pastikan sama banyak
adunan dimasukkan supaya lapisan sama tebal.
Selepas lapisan akhir nampak keemasan, tutup
(longgar) dengan kertas timah (foil). Ubah ketuhar pada elemen pemanas atau dan
bawah pada suhu 200 C. Bakar selama 7 hingga 10 minit supaya seluruh kek masak
sempurna. Ini akan membuat kek tahan lebih lama daripada biasa.
Salah satu cara supaya kek lapis tahan lama (tanpa
menggunakan bahan pengawet) adalah dengan memotong menjadi 4 bahagian dan
bungkus dengan plastik nipis. Letak di dalam bekas bertutup. Simpan di dalam
peti sejuk. Bila hendak dihidangkan, keluarkan satu bahagian saja. Biar selama
30 minit sebelum memotongnya.
Untuk mengembalikan kesedapan kek lapis, boleh
juga dikukus seketika sebelum menyajikannya. Bagi yang tidak sukakan bau
rempah, gunakan sedikit sahaja. Sementara bahan seperti Horlicks atau coffeemate boleh digantikan dengan susu
tepung.
Penekan khas (misalnya, penekan zig-zag) atau
pemotong lapisan (untuk potongan menyerong) boleh dibeli di sebarang kedai
menjual peralatan bakeri. Bila anda telah memahirkan diri dengan membuat kek
berlapis saja, anda boleh cuba beraneka jenis yang berjalur menegak atau mendatar.
Oleh kerana kek lapis mempunyai kandungan telur
yang tinggi, anda dinasihatkan agar memakannya sedikit saja. Resepi di ruangan
ini sudah dikurangkan gulanya juga agar tidak terlalu manis dan menjejaskan
kesihatan pemakannya. Coraknya juga akan ringkas dan mudah diikuti.
Namun sekiranya anda pertama kali mencubanya,
buatlah hanya lapisan biasa yang berlainan warna adunannya. Warna-warna yang
terang akan menjadikan kek lapis anda lebih menyerlah.
Kek Lapis Saujana
10 biji telur
14 biji kuning telur (buang putihnya)
350 gm gula kastor
1 camca besar ovalette/Quick 75
2 camca teh vanila
470 gm mentega
310 gm tepung paling halus }
50 gm susu tepung }
campur
1 camca teh rempah kek lapis}
1 camca teh serbuk penaik }
Pandan emulco + pewarna hijau
Pes keladi/emulco + Pewarna ungu
Cara membuatnya
1. Putar
5 bahan pertama hingga gebu. Ketepikan.
2. Pukul
mentega hingga kembang.
3. Masukkan
mentega berselangseli dengan campuran tepung ke dalam telur.
4. Bahagikan
3 (setiap satu 650 gm). Warna 2 bahagian hijau dan ungu.
5. Ratakan
sedikit adunan biasa (lapisan pertama) di dalam tin. Bakar dengan api atas dan
bawah.
6. Buat
lapisan biasa sebanyak 4 lapis, gril (setiap lapisan) hingga keperangan.
7. Ratakan
lapisan ungu, gril. Tekan dengan penekan zig-zag.
8. Gril
selapis adunan hijau, tekan dengan penekan zig-zag. Gril lapisan ungu dan
tekan. Ulangi hingga habis.
9. Gril
pula baki lapisan biasa seperti yang mula-mula tadi.
10. Akhir
sekali, bakar pada 180 C selama 5-7 minit.
Post a Comment
5 comments
tiffany and co uk
louboutin shoes
michael kors handbags
nike huaraches
kobe sneakers
jordans for cheap
adidas stan smith women
http://www.chromehearts.com.co
air max thea
mlb jerseys shop
http://www.cheapairjordan.us
cheap oakley sunglasses
adidas tubular UK
nike roshe run one
michael kors uk
kobe basketball shoes
cheap jordan shoes
louis vuitton handbags
tiffany jewelry
michael kors outlet store
yeezy boost 350
true religion jeans
yeezy boost 350
fitflops sale
oakley sunglasses wholesale
cheap authentic jordans
cheap nfl jerseys
cheap uggs
nike huarache
nike air zoom
ralph lauren polo shirts
nike air zoom structure 19
oakley sunglasses
tiffany and co
assalamualaikum. puan, saya sudah cari penekan zig zag & pemotong segitiga di merata kedai bakeri. masih tak ada.( mungkin di semenanjung, org jarang buat kek lapis). puan ada cadangan ke, di mana saya boleh beli secara atas talian. terima kasih����
qzz0518
denver broncos jerseys
coach handbags
chicago blackhawks jerseys
michael kors handbags
pandora jewelry
canada goose parka
canada goose jackets
swarovski crystal
fitflops
dc shoes
0810jejeMais qu'est-ce qui rend ce nike blazer femme soldes sérum si efficace pour les chéloïdes? Lorsque nous considérons le luxe, la structure et les qualités des produits Urban Don, nous air jordan 1 mid champs observons des capacités illimitées parmi ces accessoires. Ces impacts sont particulièrement évidents chez les basket hommes nike air max 2016 fabricants à forte intensité de main-d'œuvre. Savez-vous qu'un sexy établi des abdos masculins a été classé la cortez nike rouge meilleure fonction # 1 sur un homme? Je suis absolument sûr quand vous êtes air jordan pas cher avis quelque chose comme moi que vous avez passé beaucoup de jours à questionner comment dans l'environnement je air jordan 11 femme noir piétine ma graisse du ventre autour de la supprimer et obtenir les maigres muscles maigres qui devraient baver chaque baskets nike air huarache rouge personne.
zzzzz2018.9.1
cheap basketball shoes
football pas cher
adidas yeezy
tory burch handbags
ugg boots uk
christian louboutin sale
cheap jordans
salomom shoes
ugg boots on sale 70% off
golden goose shoes