JEMPUT-JEMPUT
Jemput-jemput
Pisang juga dikenali sebagai Cekodok. Dari mana asal nama itu, tidak dapatlah
dipastikan dengan tepat. Biasanya, ia berwarna coklat tua atau keemasan gelap.
Manakala rupanya yang pelbagai bentuk, saiz atau kadangkala penyek dan leper
tidak menyelerakan. Namun, kuih tradisional yang sebenarnya sangat mudah
disediakan ini memang digemari ramai.
Jemput-jemput
Udang atau Bawang pula lebih dikenali sebagai Cucur. Pisang Goreng juga digelar
Cucur Pisang. Ia sajian yang sangat popular dan gerai menjual pelbagai jenis
cucur sering menjadi tumpuan terutama di kawasan komersial yang padat dengan
pejabat dan premis perniagaan.
Jemput-jemput
Pisang sesuai sebagai sajian sarapan dan minum teh. Selain itu, ia sangat
praktikal sebagai bekalan anak-anak ke sekolah atau semasa berkelah. Oleh
kerana ia amat senang dibuat, anak-anak remaja juga boleh mempelajarinya.
Malahan ia boleh menjadi kuih pertama yang mereka cuba bila mereka mulai berminat
untuk belajar memasak.
Bahan-bahan
untuk membuat Jemput-jemput Pisang juga mudah dibeli di mana-mana. Namun ada
sesetengah orang masih tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan jemput-jemput
yang gebu di dalamnya, rangup di luarnya, berbentuk bulat dan harum.
Bahan utama
adalah pisang. Pilihlah pisang yang masak ranum dan tidak terlalu masak
sehingga berair. Semua jenis pisang sesuai. Pendekata, pisang yang tidak boleh
dibuat cucur kerana terlalu lembik adalah pilihan tepat. Untuk pengetahuan
anda, jika pisang sebegini dibuat cucur, ia akan ‘makan minyak’ atau meresap
minyak gorengan dengan banyaknya. Ini menghilangkan rasa sebenar cucur.
Antara yang
sering digunakan adalah pisang awak, pisang abu, pisang raja dan pisang nangka.
Pisang yang selalu dimakan begitu saja seperti pisang berangan, pisang montel dan
pisang emas juga boleh digunakan. Ada
orang mencampurkan beberapa jenis pisang kerana setiap satu mempunyai rasa yang
berbeza.
Jika pisang yang
digunakan sangat manis, anda tidak perlu menambah gula yang banyak. Kadangkala,
gula yang berlebihan akan timbul pada permukaan luar jemput-jemput yang sudah
masak.
Setelah melecek
pisang dan menambah gula mengikut citarasa masing-masing, anda perlu
mencampurkan tepung gandum. Sukatan tepung juga bergantung kepada tahap
kelembikan pisang. Jika pisang terlalu ranum dan mulai berair, anda perlu
menggunakan tepung yang banyak.
Adunan yang
terlalu lembik tidak akan menghasilkan jemput-jemput yang bulat dan sempurna
bentuknya. Lagipun, anda akan dapati ia meresap terlalu banyak minyak setelah
digoreng. Rasa jemput-jemput menjadi tidak sedap lagi. Dari segi kesihatan, ia
juga tidak elok. Kebanyakan dari kita memang cuba mengurangkan kadar minyak
dalam makanan.
Satu bahan lain
yang tidak kurang pentingnya adalah soda bikarbonat atau sodium bicarbonate. Ia turut dikenali sebagai soda penaik. Jangan
keliru dengan serbuk penaik iaitu baking
powder yang digunakan untuk membuat kek. Jangan masukkan berlebihan kerana
ia akan membuat jemput-jemput berasa pahit.
Sebaik-baiknya
gunakan minyak terbaik untuk menggoreng jemput-jemput. Minyak yang semulajadi
wangi akan menjadikan jemput-jemput harum. Minyak tidak boleh terlalu panas
kerana jemput-jemput mudah hangus. Jika terjadi begini, bahagian dalam
seringkali tidak masak dan masih lembik.
Apa petua bagi
mendapatkan jemput-jemput yang bulat? Anda perlu membasuh tangan sejurus
sebelum ‘menjemput’ adunan itu atau mengambilnya dengan hujung jari-jemari. Lakukan
setiap kali hendak menggoreng beberapa biji jemput-jemput sekaligus. Jari yang
masih basah itu akan membantu ‘membentuk’ jemput-jemput menjadi bulat semasa
anda menjatuhkan ia ke dalam minyak panas.
Sekiranya adunan
itu cukup sempurna, jemput-jemput akan terbalik dengan sendirinya di dalam
kuali setelah bahagian bawahnya masak. Ini adalah keistimewaannya. Namun
pastikan minyak gorengan mencukupi supaya jemput-jemput boleh terapung dengan
mudah. Anda tidak perlu risau. Jemput-jemput pasti akan bergolek dengan
sendirinya di dalam minyak itu bila ia masak sempurna. Ia seolah-olah seperti magic!
Pastikan anda
menyejat atau tuskan minyak sebaik-baik mengangkatnya dari kuali. Gunakan tuala
kertas dapur atau tisu. Ini untuk memastikan jemput-jemput kelihatan kering. Di
samping itu, bahagian kulit luarnya juga akan kekal rangup sepanjang masa. Jadi,
lain kali bila pisang anda terlalu masak untuk dimakan begitu saja, buatlah
jemput-jemput!
JEMPUT-JEMPUT
PISANG
6 biji atau 600
gm pisang raja/awak
50 gm gula pasir
(atau ikut suka manisnya)
160-180 gm
tepung gandum
½ camca teh soda
penaik
Secubit garam
Minyak untuk
menggoreng
Cara membuatnya
1.
Kupas pisang dan lecek hingga lumat.
2.
Masukkan gula, tepung, soda penaik dan garam. Kacau
sebati.
3.
Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit lagi tepung.
4.
Panaskan minyak. Goreng jemput-jemput hingga masak.
5.
Angkat dan sejatkan minyaknya.
Post a Comment
3 comments
qzz0518
celtics jerseys
mulberry outlet
oakley sunglasses
longchamp outlet
pandora charms
cheap nfl jerseys
nike outlet
oakley sunglasses
ugg boots
adidas nmd
0810jejeMicron excellent signifie que cortez nike 2017 le manchon de cartouche ne doit pas être utilisé comme élément structurel de votre canister, car les air jordan 11 homme cycles continus de chauffage et de refroidissement, combinés aux secousses et aux chocs asics nimbus femme rose d'un silencieux, font des rivets un choix incroyablement faible et médiocre pour l'assemblage. basket nike air max thea print beige «Il y avait 3 caissiers dans chaque file d'attente et une personne supplémentaire adidas zx flux femme leopard rose aidant à l'emballage!» Se plaignaient certaines personnes. Ceci est un briquet fascinant Air Jordan 4 France et étrange en ce qu'il y a en fait un coupe-cigare guillotine intégré! soldes chaussures tennis asics homme Sur le devant de votre Blazer Optimus, il y a vraiment un cutter tenu magnétiquement qui glisse buy nike air max 1 leopard et s'éteint.
zzzzz2018.9.1
coach outlet online
kate spade
adidas nmd runner
nike factory
moncler outlet
ugg boots clearance
pandora
jordan shoes
fitflops sale clearance
longchamp outlet