IKAN ala PORTUGIS
Ikan bakar ala Portugis menjadi kegemaran ramai. Selain mudah disediakan,
ia juga harum dan memikat selera. Anda boleh juga sediakan dan bungkus untuk
dipanggang atau barbeku di tempat perkelahan. Ia memang sesuai sebagai hidangan
dengan nasi.
Ikan yang sering menjadi pilihan ialah ikan pari jenis kecil. Selain itu,
ikan bawal atau kembung. Pastikan anda mengelar isinya supaya kuah mudah
meresap. Cara memasak dengan membakar atau memanggang juga lebih menyihatkan
daripada cara menggoreng dengan minyak yang banyak. Malah ia juga tidak
mengandungi santan yang boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan terlalu
kerap.
Jika tidak sukakan bau daun limau purut, boleh gunakan daun kunyit atau daun
kemangi. Keharuman herba ini dapat menghilangkan bau hanyir ikan. Anda juga
boleh lumur ikan dengan jus limau nipis seketika supaya baunya hilang. Kemudian
barulah dibasuh dan dilumur pula dengan garam.
Jika hendak dimasak di atas bara api, tidak perlu dibungkus dengan foil. Begitu juga sekiranya anda masak
di atas kuali leper atau kuali capati. Kuali begini tebal dan dapat mengekalkan
kepanasan. Semasa memanaskannya, pastikan api besar. Kemudian barulah
diperlahankan apinya.
Jika memanggang dengan daun pisang sahaja (tanpa foil), pastikan ia dua lapis. Kemudian sapu bahagian luarnya dengan
sedikit minyak. Ini dapat menghalang daun tersebut menjadi hangus. Sekiranya
memanggang dengan daun pisang, bau ikan lebih harum.
Untuk mengekalkan kesegaran daun pisang, bungkus dengan suratkhabar.
Kemudian letak di atas beg plastik dan bungkus kemas. Simpan di rak bawah di
dalam peti sejuk. Daun pisang untuk membungkus kuih-muih perlu dilayur terlebih
dulu. Selain melayur di atas api perlahan dengan memegang kedua-dua hujung daun
pisang, anda juga boleh merendamkan ia di dalam bekas berisi air mendidih
sehingga lembut.
Bagi yang tidak suka menggunakan jus limau nipis, boleh digantikan dengan
jus limau kasturi atau jus lemon (limau
susu). Selain itu boleh juga gunakan air asam jawa yang pekat. Jangan sesekali
lupa untuk mencampurkan gula.
Belacan yang dipanggang di atas api atau digoreng dalam minyak yang sedikit
akan mengharumkan masakan. Anda juga boleh menggunakan serbuk belacan yang
dijual di dalam botol.
Jika mahukan ikan atau ayam lebih garing, buka bungkusan pada penghujung
5-8 minit masa memasak dan gril keperangan. Ikan akan masak jika bahagian
matanya bertukar menjadi keputih-putihan.
Ikan Bakar Portugis
4 ekor ikan kembung
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu besar sos
cili Thai
3 sudu besar
minyak
Garam, gula
secukupnya
Daun pisang, aluminium foil
Bahan kisar
(dengan 100 ml air)
6 biji bawang
merah
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2 cm lengkuas
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm kunyit
2 biji cili
merah, dibuang biji
2-3 biji cili
padi
3 sudu besar pes cili
3 sudu besar pes cili
1 cm belacan,
dibakar
Jus dari 1 biji
limau nipis
Cara
membuatnya
1. Lumur ikan dengan garam. Biar 20 minit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga
wangi.
3. Masukkan sos cili Thai. Kacau rata.
4. Bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan
gula. Angkat.
5. Letak sehelai daun pisang di atas foil.
6. Sudukan sedikit kuah. Letak seekor ikan.
Bubuh lagi kuah di atasnya.
7. Taburkan daun limau purut. Bungkus kemas.
8. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200 C
selama 30 minit atau hingga masak.
9. Boleh juga dipanggang di atas bara api
atau dimasak atas kuali leper.
Post a Comment
2 comments
qzz0518
canada goose jackets
cheap jordans
canada goose outlet
michael kors outlet
michael kors uk
yeezy boost
true religion jeans
ugg outlet
polo ralph lauren
polo ralph lauren
zzzzz2018.9.1
louboutin shoes
moncler online outlet
nike requin pas cher
moncler jackets
moncler online
louboutin shoes
pandora jewelry outlet
cheap nhl jerseys
pandora jewelry outlet
michael kors outlet