2
BAN KISMIS GULUNG
Jika anda biasa dengan teknik pembuatan roti, anda akan dapati mudah untuk membuat sebarang jenis ban (bun). Bagi yang mempunyai mesin memproses makanan, boleh menggunakan dough hook bagi proses menguli doh.

Sebelum mula membuat roti, anda mesti faham cara menguli. Bila adunan telah sebati tetapi masih melekat sedikit di tangan, taburkan tepung di atas papan pencanai. Sebaik-baiknya gunakan papan kayu atau keluli (steel-top).

Ambil doh,tekan sambil menolak dengan tapak tangan sehingga ke hujung. Kemudian tolak bahagian hujung sebelah lagi sehingga ke hujung. Ulangi sehingga doh nampak licin dan menganjal bila disentuh. Maksudnya, bila anda menekan doh itu, bentuknya akan kembali ke asal. Ini akan menandakan doh itu sudah cukup diuli.

Letak semula di dalam mangkuk tadi tapi pastikan bahagian dalam mangkuk dilengser sedikit minyak terlebih dulu. Kemudian tutup dengan tuala lembab. Kaedah ini dipanggil proofing. Di kedai-kedai bakeri yang besar, ada mesin khas untuk proses ini. Suhu di dalam mesin itu sentiasa hangat dan ini membuat roti tersebut lembut dan gebu, berbeza dengan roti yang dibuat di rumah yang terpaksa bergantung pada cara sendiri.

Jika dapur anda tidak begitu hangat, anda boleh letakkan mangkuk di dalam kereta bertutup. Pastikan kereta diletak di tempat panas. Dengan cara ini, doh akan mudah naik. Selain menutup dengan tuala lembab, anda juga boleh menutup dengan plastik.

Sekiranya anda tidak punya waktu pada hari tersebut, masukkan doh ke dalam peti sejuk. Letak di atas rak paling bawah. Yis di dalam doh tidak akan aktif di dalam suhu rendah. Anda boleh simpan selama 12 jam. Keluarkan doh dan biar pada suhu bilik. Bila ia kembang barulah disambung proses membuatnya.

Kaedah proofing juga boleh dibuat dengan cara menyediakan pengukus berisi air mendidih. Letak mangkuk doh di dalam air itu dan tutup pengukus. Biar hingga doh kembang. Cara ini lebih cepat dan mudah serta ‘menjadi’ selalu.
Proses menguli kedua lebih pendek iaitu lebihkurang 2-3 minit. Ini adalah untuk ‘mengempiskan’ doh dan membuang semua angin yang terkumpul di dalamnya. Ini penting kerana doh perlu dikembangkan sekali lagi. Bila saiznya kembali ke saiz asal, anda boleh mula membentuk doh tersebut mengikut cara yang diberi. 

Bagi ban gulung, canai lebar mengikut ukuran yang ditetapkan. Semasa mencanai, taburkan sedikit tepung pada penggelek sekiranya doh melekat. Sepatutnya ini tidak berlaku jikalau doh telah diuli dengan sempurna. Selain kismis untuk intinya, boleh digantikan dengan buah-buahan campuran. Ada orang menambah sedikit badam bakar yang dicincang halus. Jadi, terpulanglah pada pilihan masing-masing.

Gulungkan kemas supaya intinya tidak terkeluar. Kemudian potong menjadi 9 kepingan yang sama tebal. Susun pada jarak yang sama di dalam tin. Bila ia kembang, ia akan bercantum menjadi satu kepingan besar. Sentiasa pastikan doh ditutup dengan tuala lembab ketika proses mengembangkannya. Ini adalah untuk mengelakkan ia menjadi kering dan keras setelah dibakar.

Ketika ban dibakar, sediakan glis atau glaze. Ini adalah untuk mengilatkan roti atau ban. Hendaklah menyapukan glis sebaik saja ban dikeluarkan dari ketuhar. Jikalau mahupun ban yang lembut, sesudah meletakkan di atas redai, tutup sebentar dengan tuala kering. Bila ban agak suam, baru ketepikan tuala itu.

Bagi yang tidak sukakan bau rempah, tidak perlulah menggunakan serbuk kayu manis. Ia hanya sebagai pengharum ban ini. Anda boleh gantikan dengan serbuk bunga cengkih (cloves powder) jika anda suka. Malah, bagi yang mencuba pertama kali, mungkin hendak membuat ban-ban kecil daripada doh itu saja.

Jadi, anda tidak perlu mencanai dan meletakkan inti. Memadai membahagikan doh dengan menimbangnya sama berat. Selalunya, 40 gram sebiji. Kemudian bentukkan bulat dengan cara menggenggam doh di dalam tangan dan menggolek cara pusingan ‘O’ berulang kali di atas papan pencanai. Dengan cara ini, ban akan menjadi bulat dengan mudah.        


Ban Kismis Gulung
250 g tepung gandum, diayak
1 camb pelembut roti
½ camt garam
11 g yis segera
90 ml susu suam
50 g mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul
50 g gula kastor

Inti
50 g mentega, dicairkan
50 g gula perang
125 g kismis
1 camt serbuk kayu manis

Glis
3 camb gula kastor
3 camb air

Cara membuat
1.    Satukan tepung, pelembut roti dan garam di dalam mangkuk besar.
2.    Masukkan gula dan yis, gaul sebati.
3.    Campurkan semua bahan lain.
4.    Uli di atas papan pencanai yang ditaburi tepung selama 10 minit.
5.    Bila doh licin dan menganjal, tutup dengan tuala lembap.
6.    Biar di tempat hangat selama 2 jam atau hingga naik dua kali ganda saiz asal.
7.    Uli semula selama 2 minit.
8.    Canai menjadi selebar 30 x 23 cm.
9.    Sapu mentega cair dan taburkan gula, kismis dan serbuk kayu manis.
10.  Gulung dan potong menjadi 9 keping.
11.  Susun di dalam tin empatsegi 18 cm yang telah dilengser dengan lemak sayuran.
12.  Tutup dan biar di tempat hangat selama 30 minit atau hingga kembang.
13.  Bakar pada 200 C selama 20-25 minit atau hingga keperangan.
14.  Jerang gula dan air hingga mendidih. Biar mendidih 2 minit.
15.  Sebaik saja ban dikeluarkan, sapu dengan air gula.

16.  Ubah ke atas redai supaya sejuk.

Post a Comment

Ambil doh,tekan sambil menolak
xưởng in lịch dengan tapak tangan sehingga ke hujung. Kemudian tolak bahagian hujung sebelah lagi In lịch lò xo 7 tờ sehingga ke hujung. Ulangi sehingga doh nampak licin dan menganjal bila disentuh. Maksudnya, bila anda menekan doh itu in kẹp file giá rẻ, bentuknya akan kembali ke asal.

mẫu thiệp chúc mừng năm mới 2017 đẹp

Ini akan menandakan doh itu sudah cukup diuli.in bao lì xì