BISKUT BANGKIT
Mungkin ramai di antara kita pernah makan Kuih Bangkit. Ia adalah kuih
tradisional berwarna putih dan gebu. Ada pelbagai versi kuih ini kerana ia
turut popular di kalangan kaum Nyonya selain daripada Melayu.
Paling biasa yang kita dengar adalah kuih bangkit kelapa dan kuih bangkit
santan. Cara membuatnya juga berbeza. Satu jenis yang ditekan ke dalam acuan
yang berukir di dasarnya kemudian diketuk untuk mengeluarkan kuihnya sebelum
dibakar. Pada zaman dahulu, acuan diperbuat daripada kayu. Sekarang ia banyak
dijual dalam bentuk plastik.
Selain itu, kuih tersebut juga diterap. Namun, oleh kerana adunannya tidak
seperti adunan biskut yang biasa, setiap kali sebelum menerap, ia mesti dicelup
terlebih dulu ke dalam tepung ubi. Ini untuk mengelakkan adunan melekat pada
penerap tersebut.
Penerap yang biasa adalah berbentuk bunga kemboja berkelopak lima. Bahagian
atasnya akan dibentuk dengan pengepit khas supaya timbul sedikit. Inilah
bangkit gaya tradisional yang jarang kita lihat sekarang kerana langkah
membentuk di atas setiap kelopak kuih agak rumit dan memakan masa yang panjang.
Jika sebelum ini kita biasa mendengar Kuih Bangkit, kali ini biskut pula! Ia
sangat mudah dibuat. Yang penting, rasanya adalah kombinasi bangkit santan dan
bangkit kelapa. Warnanya juga putih kerana ia menggunakan tepung kanji.
Adakah tepung kanji sama dengan tepung ubi? Memang sama dan ia juga
dikenali di sesetengah tempat sebagai tepung sagu. Tepung ubi yang anda
perlukan adalah tepung ubi kayu (tapioca flour) dan bukan tepung ubi kentang
(potato flour).
Untuk meringankan lagi kuih bangkit ini, anda boleh menggoreng ‘kering’
tepung tersebut. Menggoreng dengan kaedah ini juga disebut menyangai atau
sangrai. Tidak perlu menggunakan minyak langsung. Kacau tepung atas api
perlahan sehingga ia agak panas. Anda perlu berhati-hati kerana ia mudah
menjadi kekuningan dan boleh merosakkan warna kuih nanti. Kemudian ketepikan
dan tunggu ia sejuk sebelum diayak.
Menjemur di bawah cahaya terik matahari adalah satu cara memanaskan tepung
tersebut. Ratakan di dalam loyang atau nyiru yang dialas dengan kertas.
Jemurlah selama 2 hingga 3 jam jika hari agak panas. Kacau beberapa kali dengan
senduk kayu supaya seluruh tepung menjadi panas. Dengan cara ini juga, kuih
akan lambat rosak atau berbau tengik.
Selain pati santan, saya juga menggunakan serbuk santan di dalam paket. Ini
dapat memberikan rasa santan yang lebih kepada biskut itu. Boleh gunakan santan
di dalam kotak kerana ia lebih mudah. Lagi pun, anda hanya perlukan sedikit
saja dan tidak perlu memerah kelapa parut.
Namun begitu, bagi yang inginkan rasa lebih asli atau tulen, anda boleh
perah kelapa parut (1/2 biji) tanpa menggunakan air. Ini adalah cara untuk
mendapatkan patinya (cream). Letak kelapa parut di dalam kain nipis (kain kasa)
atau maslin. Kemudian perahkan terus ke dalam mangkuk. Anda mungkin perlukan
lebih sedikit sekiranya adunan tidak lembut.
Untuk menghias biskut, anda boleh menyapu atasnya dengan kuning telur.
Kemudian taburkan bijan. Dengan cara ini juga, biskut menjadi berkilat dan
lebih wangi. Bijan juga akan menjadikannya rangup. Boleh juga gunakan putih
telur sebagai sapuan di atas biskut. Selain daripada itu, untuk membuat sapuan
lebih berkilat, tambahkan sedikit susu pekat ke dalam kuning telur.
Kelapa kering yang digunakan di dalam biskut ini boleh dibeli yang sudah
siap iaitu desiccated coconut. Anda
juga boleh menggoreng kelapa parut (bahagian putih sahaja) di atas api perlahan
hingga kering dan kekuningan. Jangan sampai ia menjadi garing atau terlalu kuning
kerana ini akan membuat warna biskut gelap. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Untuk mempercepatkan proses menyejuk, ratakan kelapa itu di dalam talam atau
loyang yang besar.
Pastikan ketuhar dengan elemen pemanas bawah sahaja. Jika menggunakan api atas
dan bawah, permukaan biskut akan menjadi perang dan tidak cantik. Kalau ketuhar
anda mempunyai kipas, hendaklah turunkan suhu kepada 160 C semasa membakarnya.
Harus diingat bahawa bahagian yang paling hampir dengan dinding ketuhar adalah
lebih panas daripada bahagian tengahnya.
Anda mungkin perlu mengubah tin pembakar di sebelah atas ke bawah dan
sebaliknya. Sebelum mengubah anda mesti terbalikkan bahagian depan ke belakang
supaya kepanasan yang terkena pada biskut akan sama rata. Ini akan membuat ia masak
sempurna dan pada masa yang sama.
Jika selama ini anda sering berputus asa kerana kuih bangkit tidak menjadi,
kini anda sudah ada resipi yang mudah diikuti. Hanya pastikan adunan tidak
terlalu keras setelah diuli perlahan. Ini adalah kerana kandungan kelapa di
dalamnya. Jika adunan mengeras dan sukar untuk dicanai, uli semula dengan
sedikit mentega atau marjerin. Tidak perlu menguli kesemua adunan. Memadai
adunan yang anda ingin canai terlebih dulu.
Seperti kebanyakan biskut, sebaik saja masak, ubah ke atas redai. Ini
adalah supaya ia mudah sejuk dan tidak menyerap wap kelembapan di bawahnya.
Biskut yang tidak diletak di atas redai mudah berkulat jika disimpan lama. Tin
pembakar juga hendaklah dilengser dengan marjerin. Jika menggunakan mentega,
bahagian bawah biskut mudah hangus.
Biskut
Bangkit
125 gm mentega
130 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 camca teh vanila
50 gm serbuk santan
2-3 camca besar pati santan
280-300 gm tepung kanji }
280-300 gm tepung kanji }
150 gm tepung gandum }
ayak
1½ camca teh serbuk penaik }
60 gm kelapa kering, dikisar halus
Cara membuatnya
1.
Pukul mentega dan
gula hingga sebati.
2.
Masukkan telur dan
vanila, kacau rata.
3.
Bubuh serbuk
santan, pati santan, bahan ayak dan kelapa.
4.
Uli menjadi doh.
Canai doh setebal 6 mm.
5.
Terap dengan acuan
bentuk bunga atau hati.
6.
Atur atas tin
pembakar yang dilengser marjerin.
7.
Bakar biskut pada
180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
Post a Comment
5 comments
Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com
qzz0518
kate spade outlet
coach outlet
coach outlet
cheap jordans
76ers jerseys
birkenstock outlet
pandora charms
nhl jerseys
jordan shoes
manchester united jersey
0810jejeLes dessins sont asics gel runmiles homme avis à la mode et ont une énorme popularité parmi les hommes et les femmes. Encore chaussures adidas zx flux bleu marine un autre devrait voir les sites à Paris sont asics chaussures de badminton classés comme le Louvre - un seul dans les plus grands baskets nike air huarache femme musées d'art au cours de l'environnement. En développant une équipe virtuelle, nike air jordan homme chaussures Nike cherche à exploiter la force de différentes nationalités non limitées par la localisation géographique.
zzzzz2018.9.1
polo ralph lauren outlet
pandora charms
coach outlet store online
coach outlet
ferragamo outlet
jordans
coach outlet online
christian louboutin outlet
ralph lauren outlet
ralph lauren uk
Saya nak tumpang tanya, apa fungsi tepung tu digoreng sebelum dibancuh ye?