1
AYAM PANGGANG
Hidangan yang bukan saja mudah dibuat tetapi memang sedap dimakan.  Sementara ayam dipanggang, anda boleh menyediakan bahan sampingan yang lain. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah cadangan. Jika anda ingin menghidangkan dengan brokoli celur atau salad dan hirisan tomato sahaja, pun boleh.

Untuk menjimatkan masa, mungkin ada yang mahu menggoreng kentang ‘fries’. ‘Fries’ boleh dibeli dalam pek dinginbeku dan terus digoreng dalam minyak panas. Selain itu, ada juga kentang berbaji (wedges) siap bersalut rempah untuk terus digoreng.

Jika menggunakan ‘deep-fryer’, kerja menggoreng menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain itu, gorengan lebih sekata dan sempurna masaknya. Bagi yang ingin mengurangkan penggunaan minyak, memadai meletak ‘fries’ di dalam tin pembakar kalis lekat (atau beralas foil). Kemudian renjiskan rata-rata dengan ‘oil-spray’. Ia ada campuran 1/4 bahagian minyak dan 3/4 bahagian air. Bakar hingga empuk.

Namun begitu, ada pula yang sukakan kentang lecek. Pilihlah kentang berkulit merah yang gebu dan sedap. Selepas direbus, ketika masih panas, lecek dengan sedikit mentega dan susu segar. Tambah sedikit garam. Anda akan dapati kentang lecek lebih lemak, ringan dan cair di dalam mulut.

Saya perkenalkan bawang putih bakar kerana ia sangat baik untuk menurunkan kolesterol. Ia juga mempunyai banyak khasiat lain. Bawang putih dibakar selabu tapi bahagian atasnya hendaklah dipotong. Titiskan minyak zaitun atau jagung. Bila sudah dibakar selama kira-kira sejam, isinya boleh dicungkil dengan hujung garfu. Rasa bawang putih bakar sangatlah sedap kerana ia cair di dalam mulut! Bau bawang putih (yang tidak menyenangkan sesetengah orang juga hilang). Tidak percaya? Boleh cuba!

Bahan lain yang mungkin agak asing adalah sos Lea & Perrins. Ia juga dikenali dengan nama Worchestershire Sauce. Boleh dibeli di dalam botol kecil. Jika tiada, boleh digantikan dengan ‘Seasoning’ dalam bentuk cecair jenama terkenal di pasaran. Kurangkan penggunaan garam kerana ia sudah cukup masin.

Sebaik-baiknya, gunakan serbuk lada hitam yang baru dikisar. Ini lebih harum daripada serbuk lada hitam yang tersedia di dalam botol. Jika mahu, boleh gantikan herba kering dengan herba segar. Lebihkan menjadi 2 camca besar yang dicincang halus.

Herba Italy yang sesuai untuk ayam adalah campuran parsli dan oregano. Sementara rosemary enak dengan kambing dan dill untuk makanan laut (bau menghapuskan hanyir). Ia memberikan aroma Western pada hidangan anda.

Jika anda lihat, campuran sos sangat mudah kerana semuanya ada di dalam botol. Saya menggunakan mentega (jangan guna marjerin) dan tepung gandum sebagai bahan pemekat sos. Hendaklah dimasak atas api perlahan dan dikacau selalu. Jika campuran ini hangus atau berwarna coklat gelap, sos akan menjadi pahit. Seelok-eloknya campuran hendaklah berwarna keemasan. Seandainya sos agak pekat, bolehlah ditambah sedikit air panas.

Selepas sejam, cucuk bahagian dada ayam (paling tebal). Kalau cecair yang terbit kemerah-merahan, ini bermakna ayam belum masak. Panggang lagi selama 10-15 minit. Biar ayam yang sudah dibakar selama 10 minit pada suhu bilik sebelum dipotong. Ini akan ‘meredakan’ kepanasan cecair di dalam ayam dan menjadikan isi ayam lebih lembap.

Jika hendak dibawa berkelah, bungkus ayam panggang dengan dua lapisan foil. Kemudian letak di dalam bekas bertutup. Dengan cara ini, ayam akan kekal panas selama beberapa jam. Anda akan dapati ia lebih menyelerakan.

Ayam yang tidak habis dimakan (terutama bahagian dada), boleh dihiris esoknya dan dijadikan sandwic. Anda juga boleh menggantikan ia sebagai lauk nasi ayam atau nasi beriani. Bagi yang inginkan rasa Timur, lumur ayam dengan sedikit serbuk rempah kari (bagi menggantikan herba campuran).

Ubahsuailah ikut kegemaran keluarga anda kerana memasak seharusnya menjadi suatu tugasan yang menyeronokkan!

AYAM PANGGANG
1 ekor ayam
1 camb herba kering campuran Italy (jika suka)
1 camt sos Lea & Perrins
40 g mentega
2 labu bawang putih, dihiris atasnya
2 camb minyak zaitun
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan sos
2 camb sos Blackpepper                      }
2 camb sos cili                                     }
2 camb sos barbeku                             } campuran sos (belum masak)
2 camt kicap manis                              }
Serbuk lada hitam secukupnya           }
150 ml air                                            }
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
50 ml susu segar
200 ml air

Sayuran campur
1 camb minyak
1 batang lobak merah
80 g cendawan tiram
100 g pis
1 camb sos tiram
Sedikit air

Salad kentang
1 biji telur, direbus & dikupas
2 camb mayonis
3 camb sos Thousand Island
3 biji ubi kentang, direbus & potong
1 batang salderi, dicincang halus
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya
1.      Lumur ayam dengan herba campuran, sos Lea & Perrins, serbuk lada hitam dan garam.
2.      Letak di atas tin pembakar yang dialas dengan foil. Sapukan mentega di seluruh ayam.
3.      Bubuh bawang putih di sisi ayam, titiskan minyak zaitun pada bahagian atas.
4.      Bakar di dalam ketuhar 190 C selama 1 hingga 1 jam lebih atau hingga masak.
5.      Hendaklah menjirus ayam dengan jus (cecair) dan sedikit campuran sos (belum masak) setiap 10 minit.
6.      Untuk sayuran campur: Panaskan minyak, goreng lobak merah hingga separuh empuk. Tambah sedikit air.
7.      Masukkan cendawan, pis dan sos tiram.
8.      Kacau hingga pis empuk dan kuahnya agak kering kemudian angkat.
9.      Untuk salad kentang: Lecek telur dengan mayonis dan sos Thousand Island.
10.  Gaul dengan semua bahan lain. Ketepikan.
11.  Untuk sos: Cairkan mentega atas api perlahan. Masukkan tepung dan kacau tanpa henti.
12.  Bila mendidih, masukkan susu, air dan baki campuran sos tadi.
13.  Kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan bersama ayam serta bahan-bahan sampingan yang lain.

 *Untuk mengetahui sama ada ayam panggang masak, cucuk bahagian dada. Jika cecair yg keluar berwarna kemerah-merahan, ayam belum masak. Jika cecair jernih, ayam sudah masak.


Post a Comment

ith our main courses,mẫu lịch tết 2017 đẹp we also enjoyed my bottle of 1997 Joseph Drouhin Beaune xưởng in lịch
Premier Cru Clos des Mouches -
thiết kế lịch độc quyềnStill notably fresh with good acidity, which cuts nicely through the hearty lamb. Notable grip.
A notch or two over medium-bodied; sappy dark red berries over plum base, with good earthiness, focus,
and definition. More than decent length;in kẹp file tại Hà Nội
nicely rustic.báo giá lịch tết I had my share of this before finishing off the other two reds,
as mẫu in kẹp file đẹp, comparatively, this was the lightest in body
in lịch để bàn chữ M