1
Info tentang bahagian lembu agak sukar diperolehi kecuali dalam Bahasa Inggeris. Dengan bantuan Dewan Bahasa, saya cuba mentafsirkan dalam gambarajah di bawah. Harap dapat dijadikan panduan. Harus diingat, ada perbezaan nama potongan daging dari Australia atau New Zealand atau Amerika. 
* Uniknya, dalam istilah Melayu wujud 'daging harimau menangis' yang dikatakan paling lembut, terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu. Ia juga dikenali dengan nama 'daging hujung batang pinang' dan enak dibakar atau panggang. 
* Daging batang pinang (sirloin) tidak sesuai untuk masakan yang 'memakan masa' seperti rendang atau stew (berkuah pekat). 
* Untuk sup daging yg lebih menyihatkan, rebus daging, biar semalaman di dalam peti sejuk. Buangkan lapisan lemak yg terbentuk di permukaan.
* Sebarang masakan untuk gril, barbeku dll menggunakan daging lebih enak jika diperap lama. Jika perap kurang drpd 4 jam (pada suhu bilik), lebih drpd 4 jam (dalam peti sejuk).
* Seperti ikan, daging juga boleh dibuat pekasam. Daging salai (smoked beef) adalah satu cara pengawetan supaya daging tahan lama.
* Hendaklah memotong daging secara melintang dari uratnya, bukan mengikut aliran urat supaya ia mudah empuk.
* Antara cara untuk empukkan daging, jangan masukkan asam keping / asam gelugur terlalu awal bila memasak. 
* Bungkus daging dengan daun betik supaya ia mudah empuk bila dimasak. Atau masukkan beberapa helai daun nangka. Boleh juga masukkan sudu tembaga agar daging mudah empuk.

Post a Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)