4
Resipi unik yg dimuatkan dalam buku '101 RESIPI PENGIKAT KASIH MERTUA'. Senang nak buat, boleh diubahsuai dengan terung atau nenas (hanya guna 1 cawan air sebab nenas akan mengeluarkan airnya) jika tiada pisang muda. Selain udang, boleh juga ganti dengan ikan masin talang (boleh dimasukkan di langkah 2). Jom cuba utk hidangan berbuka puasa...

GULAI DARAT UDANG DGN PISANG MUDA
5-6 biji pisang lemak manis muda
1 1/2 cawan air
2 sbsr rempah kari daging
1 cawan santan
300g udang sedang, dikupas
4 sbsr minyak
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan Tumis
4 ulas bawang merah } dihiris halus
4 ulas bawang putih }
2cm halia }
2 tangkai daun kari

1. Buang kulit luar pisang, belas 2. Rendam dalam air garam utk mengelak lebam.
2. Jerang air, masukkan pisang & rempah. Masak atas api sederhana hingga pisang empuk.
3. Tambah udang, santan, garam & serbuk lada sulah. Kacau hingga udang masak kemudian angkat.
4. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga harum. Tuangkan ke dalam gulai, kacau rata dan tutup periuk.

Post a Comment