9

Restoran Mamanda promosikan hidangan yang pernah dimasak untuk raja-raja Melaka kurun 15-16 dan kurun 18. Daging rusa, daging kerbau, umbut kelapa dan siput barai merupakan sebahagian daripada bahan makanan yang digunakan dalam masakan untuk santapan diraja, terutama buat raja-raja Melaka, lebih kurang 500 tahun yang lalu.

Nasi kunyit yang kita sajikan sekarang ini untuk majlis istimewa, seperti berkhatan dan silaturahim, merupakan antara sajian yang dihidangkan dalam jamuan diraja pada zaman pemerintahan Raja Ahmad, putera Sultan Mahmud Shah, iaitu Sultan Melaka pada kurun ke-16. 

Hidangan seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, atau Sulalatus Salatin, ini akan disajikan oleh Cef Norzailina Nordin, cef selebriti dari Malaysia. Cef Norzailina juga merupakan penulis bersama novel fiksyen sejarah, Air Mata Raja, yang mengisahkan permulaan sejarah perjuangan raja-raja Melayu dari abad ke-14 serta menjejaki pengisahan oleh Tun Seri Lanang, penulis Sejarah Melayu, pada awal abad ke-17. 

Pelancaran buku ini akan diadakan pada 20 September ini di Restoran Mamanda di Kampong Gelam. Sempena pelancaran ini juga Restoran Mamanda akan memperkenalkan Hidangan Diraja dari 20 hingga 22 September. Menu khas sajian eksotik Hidangan Diraja ciptaan Cef Norzailina yang berasaskan fakta sejarah dan kajian selama tiga tahun ini akan disediakan untuk dinikmati pelanggan. 

Beliau akan menyediakan Kerabu/Pincuk Rumpai Laut, Pisang Rebus (manisan), Gulai Kerbau/Rusa, Nasi Kunyit, Nasi Minyak Sapi, Sup Hayam/Ayam dan Gulai Lemak Umbut Kelapa. Menurut Cik Masmunah Abdullah, Pengarah Urusan Restoran Mamanda: "Hidangan Diraja ini merupakan hidangan istimewa yang tidak pernah kita jumpa apatah lagi merasanya. Inilah peluang kita merasa masakan yang dihidangkan untuk raja-raja Melayu beratus tahun dahulu." 

Sejurus selepas pelancaran buku Air Mata Raja, Restoran Mamanda akan menyediakan sajian untuk raja-raja Melayu dalam kurun ke-18 yang diberi nama Hidangan Nasi Mamanda. Ia akan dijadikan hidangan tetap restoran ini. Antara masakan yang merangkumi sajian khas ini ialah Nasi Putih Kuning Bestari, Kerabu Mangga, Sambal Goreng Desa Permai, Ikan Semerah Sambal, Rendang Mamanda dan Udang Panggang. Sajian eksotik Hidangan Diraja disediakan bagi makan malam sahaja pada 20 September, dan pada 21 hingga 22 September pelanggan boleh menikmati sajian ini untuk makan tengah hari dan makan malam.
Harganya SGD$120 untuk seorang. 

Hidangan Nasi Mamanda pula berharga SGD$120 sedulang untuk empat orang. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 6396-6646 atau melalui e-mel sales@mamanda.com.sg. 

Hanya di Restoran Mamanda 
HIDANGAN DIRAJA Sajian eksotik untuk raja-raja Melaka pada kurun 15-16 
Tarikh: - 20 September 2013: makan malam - 21-22 September: makan tengah hari & malam Harga: SGD$120 seorang 

HIDANGAN NASI MAMANDA 
Sajian untuk raja-raja Melaka pada kurun ke-18 
Setiap hari dari 20 September 2013 Harga: SGD $120 untuk empat orang

Sumber: http://cyberita.asia1.com.sg/gah/makanan-untuk-raja

Post a Comment

شركة الصفرات تنظيف الكنب بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف المنازل
شركة مكافحة النمل الابيض بجازان
افضل شركة رش مبيدات بمكة
شركة مكافحة الحشرات بمكة
شركة الصفرات لتنظيف بالرياض
شركة الصفرات لتنظيف السجاد بالرياض
يبدء الفريق بتنظيف الواجهات بعناية فائقة وجيدة وبعد الانتهاء من عملية التنظيف وتفحص العميل للعمل يقوم الفريق باعطاء العميل شهادة ضمان وايضا تقدم الشركة متابعة دورية

وهنا يا عزيزى العميل قد وصلنا لنهاية موضوعنا عن شركة تنظيف الواجهات بالدمام, وهذا بعد ان قمت بتوضيح كل شى عن الشركة ولو اردت الاستفسار عن اى شى او حل اى مشكلة تواجهك بالنسبة لتنظيف واجهات زجاج وحجر بالدمام يجب عليك التواصل مع شركة وادى الرياض على الرقم الموحد فى الدمام

كلمات تسهل عليك البحث عن الشركة على الانترنت

شركة الصفرات لمكافحة الحشرات بالرياض