8
Izinkan saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN; terima kasih kepada mereka yang telah sudi dan sentiasa setia mengikuti rancangan 'Selera Rasa M&S' sepanjang ia disiarkan. Semoga segala ilmu memasak yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kebaikan kita bersama, insyaAllah. Hidangan yang dimasak dengan hati girang dan ikhlas akan bertambah enak... 


Sila layari laman Facebook 'Selera Rasa M&S' untuk mendapatkan 39 resipi (serta banyak lagi..) yang ditunjukkan dalam rancangan masakan itu.
Terima kasih juga kepada semua crew yang terlibat. Banyak pengalaman manis yang kita kongsi bersama... InsyaAllah jika ada rezeki, boleh kita berjumpa dilain kali. Tidak lupa penghargaan kepada Santan Kelapa M&S, Pearl Haya yang telah menaja pakaian dan tudung, Amy Jepun (mekap artis) serta penerbit Armnet Integrated (sila lawati RUANG untuk koleksi kabinet dapur yang menarik, seperti dalam program tersebut). Jasa kalian tak dilupakan...

Post a Comment

Selamat Hari Raya Kak Norz :)
Maaf zahit & batin

Assalamualaykum sis, selamat hari raya eidul fitr,walaupun lama x meninggalkan komen, tetapi makteh dok ikut sis selalu, dlm bloglist makteh.semuga ceria selalu ya.