4
Bahan-bahan:
2 kg kerang – rebus, kupas
400 ml Santan M&S
2 batang serai – titik
2 helai daun kunyit - simpul
1 keping asam gelugur
Garam, gula

Bahan B:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 helai daun salam
10 tangkai cili kering – direndam
4 biji cili merah
6 cm lengkuas
2 cm halia

Cara membuat:
1. Jerang santan, bahan B, serai, daun kunyit dan asam gelugur.
2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga kuah pekat.
3. Masukkan kerang, garam dan gula.
4. Angkat dan hidangkan.


*Boleh tambah hirisan daun kunyit ke dalam rendang, jika suka. Dimasukkan beberapa minit sebelum diangkat atau setelah rendang pekat.

Post a Comment