4
Bahan-bahan:
40 gm biskut Oreo
50 gm biskut Digestive
200 ml susu segar
450 ml air
300 ml santan 
1 helai daun pandan, disimpulkan
¾ cawan gula pasir
Sedikit garam                      
1 paket serbuk agar-agar

Cara membuat:
1.     Buang krim Oreo, kisar dengan Digestive hingga halus. Ketepikan.
2.    Jerang susu, air, santan, daun pandan, gula, garam dan serbuk agar-agar.
3.   Bila mendidih, asingkan separuh dan campurkan dengan serbuk biskut. Ratakan ke dalam loyang.
4.    Tuangkan baki puding dan biarkan ‘set’.
5.    Kemudian letak dalam peti sejuk.

**Jika puding diletakkan di dalam peti sejuk semasa ia masih panas, ia akan berair setelah dipotong dan dihidangkan.

Post a Comment