4
Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita untuk menyambutnya, harus diingati persiapan yang perlu dilengkapi agar Ramadhan kali ini tidak menyebabkan kita tersungkur sebelum penghujungnya. Bukan setakat persediaan daripada aspek mental dan spiritual malah aspek fizikal juga perlu diambilkira dan disenaraikan keutamaannya. Selain mengejar pahala di bulan barakah, kita juga mensasarkan kesihatan tubuh badan yang unggul agar ia mampu menjadi wahana menggapai ketaqwaan kepada Allah SWT. 

Sebelum Ramadhan, momentum kesihatan perlu dibina. Latihan puasa perlu dicetuskan. Ini untuk memastikan agar fisiologi tubuh badan dapat disesuaikan dengan situasi berpuasa. Berpuasa sunat sebelum Ramadhan dapat melatih perut supaya tidak terlalu ‘terkejut' dengan puasa sebulan dalam bulan Ramadhan. 

Inilah antara hikmah puasa sunat Rejab dan Sya'ban yang digalakkan dalam Islam sepertimana telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: "Adalah Rasulullah SAW kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya'ban".

Baca lagi di sini.

Post a Comment