3
Bahan-bahan:
1 cawan mentega
½ cawan gula kastor
1 sudu teh vanila
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh kopi emulco

Bahan Ayak:
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastard
¼ cawan susu tepung
3 sudu besar serbuk koko
½ sudu teh soda penaik

Bahan Hiasan:
½ biji putih telur
120-150 gm gula aising
Manik berwarna-warni

Cara membuat:
1.      Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.      Masukkan vanila, telur, susu pekat dan kopi emulco.
3.      Kacau sebati kemudian bubuh bahan ayak.
4.      Uli menjadi doh. Canai setebal 4 mm dan terap bentuk yang disukai.
5.      Atur atas tin pembakar berlenser marjerin.
6.      Bakar pada 185 C selama 15-20 min.
7.      Biar sejuk atas redai kemudian hiaskan.
8.      Untuk hiasan. Pukul telur sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula aising hingga adunan tidak mengalir bila dipicit.
9.   Picit bentuk zig-zag kemudian taburkan manik. Biar hiasan keras sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Post a Comment