6

Cef serba boleh

CEF Selebriti Malaysia, Norzailina Nordin, seorang yang serba boleh.
Dikenali ramai sebagai Cef Lin di seberang Tambak, beliau bukan sahaja pengarang 30 buku masak dan hos rancangan memasak di televisyen, malah pengarang novel dan penulis skrip.
Antara buku masak tulisan Cef Lin ialah Selera mmVitaoils, Resipi Pilihan Keluarga, Seni Hiasan Kek, Resipi Istimewa dan Mudah dan Koleksi Terbaik Norzailina Nordin.
Empat resipi yang dikemukakan dalam ruangan ini dicipta khas oleh Cef Lin untuk pembaca Berita Minggu.
Apabila ditanya bagaimana beliau mencipta resipi, Cef Lin menerangkan:
"Apabila hendak mencipta resipi, selalunya saya akan melihat beberapa resipi daripada majalah dan buku masakan. Daripada foto atau resipi di situ, saya akan cuba menggabungkan resipi asal dengan tambahan bahan-bahan lain. Contohnya, jika resipi kek menggunakan kaedah membakar, saya akan tambah bahan lain dan menjadikannya kek yang boleh dikukus atau dimasak dengan ketuhar gelombang mikro.
"Idea mencipta resipi juga datang daripada masakan di restoran atau gerai. Dari situ saya akan mengubah suai mengikut selera saya iaitu dengan menambah cili supaya lebih pedas atau menambah rempah-ratus agar masakan menjadi lebih berperisa."
Buat masa ini, Cef Lin, yang dilantik sebagai Cef Konsultan di Restoran Mamanda di Kampung Gelam, sedang bekerjasama dengan restoran ini untuk melaksanakan satu projek berkaitan dengan juadah Kesultanan Melaka sempena pelancaran buku Air Mata Raja.
*Petikan daripada Berita Minggu Singapura, karya Pn Alijah. Boleh baca di sini http://cyberita.asia1.com.sg/cef-serba-boleh

Post a Comment

Semekom Kak.Semua resepi2 yg ditayangkan simple senang nk follow hehehe