Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kek Pelangi

1:20 PM norzailina 9 Comments Category :


1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga

Cara membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

RELATED POSTS

9 comments